Saya menggunakan 3 baldi iaitu untuk menadah air, merendam pakaian dan menyimpan pakaian yang telah dibilas (mencuci cara tradisional lah ni - cuci pakai tangan sebab memang tak boleh cuci pakai kaki. Hehe.. Jangan marah!).
Dikisahkan ceritanya, ketiga-tiga baldi ini masing-masing berwarna biru, merah dan hijau. Baldi berwarna merah berisikan pakaian seminggu yang perlu dicuci. Saya membawa ketiga-tiga baldi tersebut ke bilik air untuk kerja-kerja mencuci.
Dengan semangat berkobar-kobar, saya menaburkan 1/4 sudu formula pasir ajaib Sc88 ke atas pakaian kering dalam baldi merah. Selepas itu, saya mengisikan air yang ditakung dari baldi hijau. Sudah sebaldi air dari baldi hijau habis ditumpahkan ke dalam baldi merah tetapi AJAIB + ANEH kerana baldi merah tetap tidak dipenuhi air sedangkan formula pasir ajaib Sc88 sudahpun meresap entah ke mana.
Saya memindahkan kesemua pakaian ke baldi biru dan meletakkan baldi merah di tempat baldi biru. Dengan ini, ketiga-tiga baldi tersebut dapat berfungsi dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kini, kekurangan atau kecacatan baldi merah telah bertukar menjadi kelebihan.
"The right man on the right place"iaitu orang yang betul sepatutnya berada di tempat yang betul agar tidak menimbulkan masalah tetapi sebaliknya mendatangkan faedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberi maklumbalas. Saya sedang membaca maklumbalas teman dan akan memaparkan di blog ini.