Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

01 Julai 2008

0

Jangan Pandang Resit

Selepas sahaja ke majlis perkahwinan adik saudara di Tuaran pada 28 Jun, kami berempat (adik, seorang adik saudara dan emak) berkunjung ke rumah kakak di Taman Ketiau, Putatan.
Sudah lama tidak berjumpa kakak yang baru balik dari bekerja di Kuala Lumpur. Nampaknya si cilik Nana & Sasha akan mendapat adik baru tidak lama lagi.

Hampir sejam kami berada di situ sambil menyelongkar stor dan membawa bahan-bahan sejarah yang kami tinggalkan di Taman Jumbo dahulu. Ada diantara barang ini merupakan barang kami (adik-adiknya) dan yang lain merupakan barang mereka yang mahu dilupuskan. Walaupun kebanyakan barangan adalah terpakai tetapi kami fikir ianya masih boleh digunakan dan ianya bolehlah diberikan kepada sesiapa yang memerlukan. Adik saya bercadang memberikan sebahagian barang-barang tersebut kepada anak muridnya di sekolah.

Sebelum balik ke Tambunan, adik saya singgah di Kompleks Karamunsing untuk membeli laptop dan barang-barang keperluan dapur. Saya pula terus bergegas ke restoran KFC. Saya mahu memesan lima set nasi dan ayam kentaki tetapi hampa setelah hampir setengah jam berbaris (3 buah kaunter dibuka) kerana apabila sampai giliran saya, nasi telahpun habis. Saya memesan menu lain untuk dibawa pulang.


Saya kemudiannya ke sebuah pasaraya yang terkenal dengan slogan jimat dan murah. Oleh kerana adik saya telah menunggu di keretanya, saya harus membeli-belah dengan segera. Tanpa melihat harga, saya mengambil sebungkus mee segera (kawan di rumah pesan), dua biji epal china dan 4 tin minuman ringan (325ml).

Sesampainya di kaunter juruwang, saya meletakkan barang-barang tersebut dan juruwang mengira harganya. Saya terkejut apabila dipaparkan harga RM 23.90 dalam mesin tunai juruwang tersebut lalu saya bertanyakan mengenai harga mee. Saya bertambah terkejut apabila juruwang menyatakan harganya RM14.00 dan saya membatalkan pembelian mee tersebut. Juruwang tersebut kemudiannya memanggil penyelia mereka untuk membantu membatalkan senarai tersebut daripada mesin tunai.

Saya kemudian membayar untuk 2 biji epal dan 4 minuman tin tersebut berharga RM 9.90.
Saya menyimpan resit ke dalam beg plastik minuman dan memberikan kepada emak. Namun sekembalinya di Labuan pada 30hb Jun, saya mulai merasa pelik dengan harga keseluruhan barangan tersebut.

Kesal juga kerana tidak menyimpan resit pembelian tersebut.


Baca penuh...