Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

27 Julai 2012

0

Laporan Terkini Kebakaran Kapal Tangki MISC

 Sumber: http://mstar.com.my

Pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran pada kapal tangki minyak Bunga Alpinia milik MISC Berhad yang terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd Labuan. Seorang anak kapal dilaporkan maut dalam tragedi itu. Foto BERNAMA

LABUAN: Kebakaran di atas kapal tangki 'Bunga Alpinia' milik MISC Berhad, di sini pada awal pagi Khamis telah mengorbankan seorang anak kapal manakala empat lagi masih hilang. Letupan yang berlaku dalam kebakaran pada 2.30 pagi itu, menggegarkan Labuan. Anak kapal yang terbunuh dikenali sebagai Syahril Azmi Baharudin dan empat yang hilang dikenali sebagai Zahari Hashim, Mohd Hanafi Khairil, Mohd Nazim Kamsani dan seorang warga Filipina yang hanya dikenali dengan nama Colangoy.

Menurut MISC, kejadian itu berlaku ketika kapal berkenaan sedang mengisi metanol di terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan sementara pada jam 6 petang untuk membolehkan para petugas berbuka puasa dan disambung selepas itu.

MISC juga berkata, keluarga dan waris mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian itu.
Talian hotline telah disediakan bagi keluarga mangsa yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Menurut MISC, kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina.Seramai 24 anak kapal telah berjaya diselamatkan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad, Dr Abd Hapiz Abdullah berkata, letupan itu berlaku selepas beberapa jam proses pengisian bahan kimia ke dalam kapal dilakukan. Proses mengisi bahan kimia itu memakan masa kira-kira 24 jam.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, hanya seorang sahaja kakitangan syarikat itu yang cedera dan mengalami kecederaan di mata.

Katanya lagi, petugas syarikat Petronas Chemicals, yang identitinya tidak dimaklumkan itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan akan dirujuk kepada pakar mata esok.

Abd Hapiz juga berkata, pada masa kejadian terdapat 14 kakitangan Petronas Chemicals yang sedang bertugas di bilik kawalan. Mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Terdapat kira-kira 200 kakitangan Petronas Chemicals yang bertugas di loji tersebut.

Abd Hafidz menambah, ekoran kebakaran itu, operasi 'plant one' dihentikan sementara waktu, manakala 'plant two' tidak terjejas.

Beliau juga mengesahkan tidak ada kebocoran berlaku di perairan Labuan berikutan kebakaran kapal MISC itu.

Jelas beliau lagi, pihaknya memandang serius kejadian yang tidak diduga itu dan keselamatan merupakan keutamaan dalam operasi syarikat berkenaan.

Sementara itu, penduduk kampung berhampiran terminal Petronas, iaitu Kampung Patau-Patau 1 dan 2, yang terletak kira-kira 100 meter dari terminal berkenaan, awal pagi tadi telah dikejutkan dengan bunyi dentuman yang sangat kuat dan diikuti dengan gegaran.

Salah seorang penduduk Maimunah Mahmud dari Kampung Patau-Patau 1 berkata, pada masa kejadian dia sedang memasak untuk sahur, dan keluarganya yang tidur masa itu semua terkejut lalu meluru keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

"Dentuman itu diikuti dengan api yang menerjah ke langit. Kami semua panik bercampur takut ketika itu, bimbang kampung kami akan terbakar kerana rumah kami di hadapan tapak operasi Petronas itu," katanya.
Awang Kadir Abdullah yang tinggal di Kampung Patau-Patau 1 ketika ditemui berkata, kejadian yang mengerunkan itu merupakan yang pertama kali berlaku di loji tersebut.

Kejadian itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk kampung mengenai keselamatan mereka kerana kedudukan kampung mereka yang terlalu dekat dengan loji itu, katanya.

"Kita tidak nafikan operasi metanol ini telah banyak menjana aktiviti ekonomi penduduk setempat, namun aspek keselamatan perlu juga diambil kira. Kita percaya pihak Petronas sedar akan perkara ini, dan kita tahu mereka sentiasa mengutamakan ciri-ciri keselamatan," katanya.


Baca penuh...

26 Julai 2012

0

Gegaran di Labuan

Edisi terjemahan dari: http://1dusun.blogspot.com

Wilayah Persekutuan Labuan: Kira-kira jam 2.30 pagi, seluruh penduduk Labuan dikejutkan dengan bunyi letupan dan gegaran kuat. Letupan tersebut berpunca dari kapal tangki kimia yang diberi nama Bunga Alpinia. Kapal tangki milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC) Berhad tersebut dipercayai meletup disebabkan terkena sambaran petir. Kapal yang dibina pada tahun 2009 dan telah memulakan kerja-kerja pemunggahan minyak pada tahun 2010.


Jam 2:30 pagi: Mula terbakar
Jam 7:00 pagi: Satu lagi letupan kuat dari Kapal Bunga Alpinia
Kelihatan Plaform Supply Vessel / Multi-Purpose Offshore Vessel “Pacific Hawk” sedang mambantu memadamkan kebakaran tersebut.
Jam 9:30: Kapal mulai tenggelam
Beberapa orang pekerja telah dihantar ke hospital manakala seramai 5 orang lagi belum dijumpai. Kebanyakan pekerja adalah warganegara Malaysia, Filipina dan India.

Kapal tersebut telah ditunda ke tengah laut untuk mengelakkan api daripada merebak. Sehingga pukul 10:00 pagi (ketika berita ditulis), kapal tersebut telahpun mulai tenggelam kerana api tidak berjaya dipadamkan.
.

Gambar-gambar dari:
http://busuk.org/ping/view/261696
http://perkapalanmalaysia.com/

**
Saya juga mendengar letupan pada pukul 10:30 malam tetapi menyangka bahawa letupan tersebut adalah daripada bunyi mercun. Saya mengugacapkan takziah kepada mereka yang mempunyai saudara-mara yang terlibat dalam insiden kebakaran ini.


Baca penuh...