Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

21 Mei 2008

0

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi

Semakan keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Satu Tahun Sesi 2007/2008 boleh dilakukan dengan cara berikut:-


Semakan boleh dibuat bermula pada 22 Mei 2008

Panduan menyemak juga boleh dirujuk di Laman Web Kolej Matrikulasi Labuan


WYSIYG: Menerima panggilan dan sms ke telefon bimbit bertanyakan tentang semakan yang sepatutnya boleh dilakukan mulai semalam (20 Mei 2008).


Baca penuh...

20 Mei 2008

0

Mahathir Masuk Umno


"Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya (Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali)turut bersama (keluar). Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO. Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia."

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

(Gambar dari: www.umno-reform.com)
Dalam sejarah UMNO, Tun Dr. Mahathir pernah dipecat dari UMNO oleh Presiden dan Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman pada 1969, kerana melanggar disiplin parti, yakni mengkritik kepemimpinan UMNO ketika itu, tetapi diterima kembali masuk UMNO pada 1972.



UMNO lama yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah diharamkan pada tahun 1988 dan Dr. Mahathir mengasaskan UMNO baru tidak lama kemudian. UMNO baru inilah yang mana beliau memegang nombor keahlian 1 dan isterinya bernombor keahlian 2.

Tun Dr. Mahathir sedar bahawa tindakannya mengkritik kerajaan pada hari ini boleh menyebabkannya dipecat semula. Oleh sebab itu beliau mengambil tindakan yang lebih bijak iaitu mengisytiharkan diri keluar dari UMNO.

UMNO baru ini sebenarnya hanya berusia 20 tahun ketika Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO yang diasaskannya sendiri.




Berita Harian pada hari ini menulis;



ALOR STAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga ahli Umno seumur hidup, semalam mengumumkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Dr Mahathir menegaskan, tindakan itu diambil kerana beliau hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Umno sekarang, terutama Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwanya gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

"Saya dengan ini mengumumkan keluar parti hari ini sehingga Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan. Saya juga meminta ahli Umno yang sayangkan parti, mengambil tindakan yang berani ini untuk keluar parti dan kita menyertai semula Umno apabila Datuk Seri Abdullah melepaskan jawatan," katanya di hadapan lebih 1,500 hadirin, kebanyakannya ahli Umno Kedah pada majlis dialog 'Nasib Kedudukan Bangsa Melayu' di sebuah hotel di sini semalam.

Dr Mahathir membuat pengumuman itu sebagai menyahut cabaran seorang hadirin pada majlis berkenaan yang meminta beliau terlebih dulu mengumumkan keluar parti. Sebelum itu, dalam ucapan kira-kira sejam, beliau mencadangkan ahli Umno supaya keluar parti secara sementara bagi memaksa Abdullah meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Bagaimanapun, Ismail Jaziz yang mewakili sebuah badan bukan kerajaan memperjuangkan hak orang Melayu, mencabar Dr Mahathir mengetuai usaha berkenaan supaya boleh dicontohi ramai lagi ahli Umno. Berikutan itu, Dr Mahathir mengumumkan keluar parti dan disambut tepukan gemuruh hadirin.

Majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK) itu turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim; Adun Sungai Tiang, Suraya Yaacob; bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan Pengerusi DPMK, Tan Sri Khalid Abdullah.

Pada sidang media selepas itu, Dr Mahathir berkata, beliau akan menulis surat kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memaklumkan secara rasmi keputusannya itu.

Ditanya adakah beliau yakin ramai ahli Umno akan menyertainya, Dr Mahathir berkata, terpulang kepada mereka sama ada mahu terus mengutamakan Abdullah atau perjuangan parti.

Menjawab soalan sama ada beliau akan menyertai parti lain, bekas Perdana Menteri itu berkata, ahli Umno yang keluar parti jangan menyertai mana-mana parti.Beliau berkata, sebagai ahli Umno yang sayangkan parti sudah tiba masanya mereka mengambil tindakan berani demi masa depan orang Melayu kerana tindakan sementara itu tidak akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa politik.

"Politik Melayu tak hilang. Kalau orang Melayu nak betulkan, bukan sebab kerana nak keluar saja. Kalau orang Melayu berani untuk memelihara parti dan perjuangan orang Melayu, mereka harus berani bertindak.

"Ini sampai kita nak adakan perjumpaan, ahli Umno tak boleh hadir, Ketua Bahagian tak boleh hadir... ini apa?" katanya.

Secara berkias, Dr Mahathir berkata, mengikut amalan kedoktoran jika sesuatu anggota pada tubuh manusia tidak boleh lagi digunakan kerana penyakit serius, ia perlu dibuang supaya tidak merebak dan mengancam nyawa individu berkenaan.

Ditanya adakah Adun dan Ahli Parlimen Umno juga perlu keluar parti, Dr Mahathir berkata, mereka wajar berbuat demikian jika benar-benar sayang kepada Umno.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita. Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun menafikan tindakannya itu mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V K Lingam.

"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah, janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.

Beliau berkata, ahli Umno perlu memberi mesej yang keras dan jelas kepada kepimpinan parti supaya mereka mendengar kehendak ahli dan bukan hanya mendengar nasihat serta menuruti arahan sekelompok manusia yang lebih berkuasa, termasuk anak dan menantu Abdullah.

Dr Mahathir juga mendakwa Abdullah tidak sesuai menjadi pemimpin kerana terlalu lembut dan lembik apabila terlalu mudah tunduk kepada Singapura, Amerika Syarikat, Barisan Pejuang Hak-hak Hindu (Hindraf) dan Majlis Peguam.

Katanya, Abdullah tidak mahu menerima hakikat bahawa parti yang dipimpinnya, termasuk komponen Barisan Nasional (BN) kini di ambang kehancuran apabila tewas di lima negeri, termasuk Wilayah Persekutuan serta gagal merampas semula Kelantan.

"Beliaulah yang menghancurkan parti komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP apabila parti berkenaan kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu. Hasilnya masyarakat Cina dan India yang sebelum ini amat menaruh kepercayaan kepada BN kini tidak percaya lagi kepada BN," katanya.

Dr Mahathir berkata, rakyat Kedah juga wajar berbuat sesuatu kerana dilayan secara tidak adil apabila mereka tiada wakil dalam Kabinet sedangkan di sesetengah negeri jumlahnya terlalu ramai.


"Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan walaupun kalah ada wakil dalam Kabinet tetapi mengapa Kedah tiada seorang pun dilantik sebagai menteri penuh," katanya.
Pada akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan saja tidak mempertahankannya, sebaliknya turut mengkritiknya.

"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan, orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya.

Dr Mahathir, 83, melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin kerajaan dan memilih Abdullah sebagai penggantinya. Beliau bagaimanapun lantang mengkritik Abdullah yang dianggap gagal meneruskan dasar pemerintahannya.

Sejarah Dr Mahathir dalam Umno menyaksikan beliau pernah dipecat daripada parti itu pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mengesahkan keluar parti dalam blognya, www.chedet.com pada jam 10.11 malam tadi. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau keluar dari Umno berkuat kuasa serta-merta bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang bernombor keahlian '2'.

Beliau turut menegaskan bahawa "saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan."

Laporan Dr Mahathir keluar Umno turut disiarkan kebanyakan blog lain, sama ada penyokong atau penentang beliau bersama komen pembaca.

Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi tiada laporan terkini mengenai ahli atau pemimpin Umno lain mengikut jejak bekas Presiden parti berkenaan.



Baca penuh...

19 Mei 2008

0

Send SMS Free

Sempena hari wesak ini, mungkin rakan-rakan mahu menghantar ucapan kepada rakan-rakan yang menyambut hari wesak mahupun ucapan-ucapan lain.

Di sini saya kongsikan tips dari www.stuckz.com, bagaimana untuk menghantar sms percuma.
Jangan lupa meletak kod +6 (Untuk Malaysia), Contohnya +60168023456.

Hantar sms percuma di sini

Selamat menyambut hari Wesak.



Baca penuh...

18 Mei 2008

0

Si Gagap Yang Gagah

Kenapa si gagap? Biasanya orang gagap selalu ditertawakan. Saya juga mentertawakan rakan saya yang gagap ini. Tetapi setiap kali saya mentertawakannya, rezekinya bertambah.

“Dahulu, saya pemalu. Pemalu kerana masalah saya ini – gagap. Tapi saya fikir, kalau malu boleh menjadikan kita kaya, teruskan malu. Saya yang gagap pun boleh berjaya kerana saya berubah!”

Saya tersentak dengan kata-kata beliau.

Sebenarnya saya terjumpa Encik Murad bin Basir pada tahun 2004. Pada masa itu, saya dibawa oleh rakan saya untuk mendengar ceramah motivasi. Anda harus percaya bahawa penceramahnya adalah Encik Murad – seorang yang gagap sejak dilahirkan!


Berbual dengannya, memang banyak perkara yang menarik tentang lelaki yang berasal dari Jalan Kapar, Klang ini. Kata-katanya mencuit hati dan membuatkan orang terpegun.





Kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya menjadi titik tolak perubahan dalam kehidupannya. Mujur sahaja pemandu lori kontena yang bertembung dengan motosikalnya tidak membiarkannya terkulai di tengah-tengah jalan raya.


Jika dahulu, Encik Murad adalah Mat Rempit, tetapi selepas kemalangan itu sudah tentulah dia terlantar di hospital. Kakinya patah, tulang pinggangnya terkehel dan gagapnya bertambah. Apa tidaknya jika telah berkampung di hospital selama sebulan setengah.


Tetapi di sebalik musibah itu, tersembunyi rahmat dan hikmah yang akhirnya disedari oleh Encik Murad. Semasa sebulan setengah di hospital, Encik Murad berazam untuk berkelakuan baik demi membalas jasa ibu dan ayahnya. Dia terfikir, kenapa dia telah menambahkan kemiskinan keluarganya dengan bebanan kemalangan dirinya.


Doktor pakar yang merawatnya memberitahu bahawa otot kakinya tidak akan bergiat seaktif dahulunya. Tetapi adakah dia akan mempercayai bahawa dia akan lumpuh selamanya? Mungkin sahaja, jika rakannya sekerjanya di kilang, Encik Mohd Ehsan tidak memujuknya untuk menggunakan produk kesihatan CNI.


Pada mulanya Encik Murad tidak mempercayai tentang produk kesihatan CNI yang diperkenalkan oleh rakannya kerana sudah tentulah kenyataan doktor pakar lebih boleh dipercayai. Rakannya, Mohd Ehsan membawa Murad untuk mendapatkan penjelasan tentang produk kesihatan daripada Dr. Azman tetapi Encik Murad bertambah tidak mempercayai apabila diberitahu bahawa terdapat orang lumpuh, kencing manis dan darah tinggi yang telah sembuh semula.


Di samping produk kesihatan yang boleh menyembuhkannya, Encik Murad juga diberitahu bahawa peluang perniagaan juga disediakan oleh CNI dengan hanya bermodalkan RM 70.00. Namun dia masih ragu-ragu kerana tidak mempunyai pengalaman berniaga, bahkan latarbelakang kehidupan dan pendidikannya juga tidak memungkinkannya untuk menjadi kaya.


"Tiap-tiap hari kita bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang untuk mendapat apa? Tentulah untuk kehidupan yang lebih baik – mempunyai kereta besar, rumah besar, pendidikan yang terjamin untuk anak-anak dan sebagainya." kata Dr. Azman Ching dalam ceramah motivasinya itu.


Kata-kata Dr. Azman itulah yang membuatkan Encik Murad menilai semula dirinya samada dia mampu mengumpul kekayaan dengan melakukan kerjanya sekarang iaitu bekerja di kilang Mattel, Pelabuhan Klang dengan gaji RM700.00 sebulan. Mengakui bahawa kata-kata Encik Azman adalah benar, dia kemudiannya mengambil peluang untuk menjadi ahli CNI dan bertekad untuk mengubah kehidupan. Setelah seminggu dia menggunakan produk Royal Jelly, dia terkejut apabila dia mampu berjalan lebih 20 meter tanpa lenguh dan kesihatannya bertambah pulih.


Encik Murad mulai memperkenalkan produk CNI kepada abang-abangnya. Abangnya yang sulung iaitu Roslan seorang yang sombong mencabarnya dengan kata-kata “Tidak mungkin dengan modal RM70.00 boleh menjadikan kamu kaya. Tapi kalau kamu nak aku jadi ahli, bayarkan dulu. Bila aku kaya nanti, aku bayar.”


Menceritakan pengalamannya semasa memperkenalkan prduk CNI kepada rakan-rakan dan makcik-makcik di kampung, pada mulanya Encik Murad tidak mendapat sokongan kerana latarbelakangnya sebagai budak nakal. Dia kerap dipersendakan, maklumlah dia juga gagap.
Namun setiap kali dia dipersendakan, dia mengalihkan fikirannya bahawa terdapat ramai lagi orang yang mahu menggunakan barangan CNI di kompleks membeli-belah, stesen bas dan sebagainya.

Apabila semangatnya hampir patah dia akan berjumpa dengan Dr. Azman Ching yang pada masa itu telah memiliki bangunan bernilai RM700,000.00 dan kereta Mercedes bernilai RM300,000.00 hasil perniagaan dalam CNI. “Kalau Dr. Azman boleh mendapat RM800,000.00 dalam masa 4 tahun, mendapat seperempat daripada pendapatannya pun sudah baik” fikirnya.


Kini, Encik Murad bukan sahaja mendapat sebagaimana yang Dr. Azman dapat tetapi turut berubah – gagapnya telah berkurangan! Dia juga bahagia bersama isterinya Mazini bt. Muhammad dan tiga orang anak mereka.


“Kalau banyak buku kita baca tapi tak buat apa yang disarankan, tak ada maknanya. Banyakkan buat dari bercakap. Banyakkan mendengar dari bercakap” katanya apabila ditanya tentang petua kejayaan beliau.

Pautan: Murad bin Basir




Baca penuh...