Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

02 Mei 2008

0

Ada Apa Pada Kasih

Hari ini saya menerima CNI News . Seperti biasa dalam cover inner front adalah ruangan mesej pengarah. Memandangkan rakan saya (En. Masah Abu Mansor) baru dianugerahkan cahaya mata yang ke-5 dua hari yang lepas, maka saya membacanya dengan penuh kesedaran. Saya ingin kongsikan mesej pengarah tersebut kepada rakan-rakan yang belum lagi melanggan
CNI News.
"Anak adalah kurniaan Tuhan Yang Maha Esa. Kita mesti menghargai kurniaan ini dan jika perlu, kita kongsikan bersama mereka yang memerlukan," lafaz Shafie Yusof dan isterinya yang telah mendermakan jantung anak mereka, Allahyarham Mohamed Shafie, kepada gadis bernama Zheng Hui Yi yang hidup dengan bantuan mesin sokongan hayat. Namun akibat masalah penolakan yang dihidapinya, Zheng menjalani pembedahan kedua bagi menerima jantung Chen Run Qiang yang telah mati otak. Pembedahan kedua ini berjaya dan Zheng kini hidup sihat ceria bersama keluarganya.

Ketelusan hati kedua-dua padangan ibu bapa yang mengizinkan pemindahan organ tersebut membuktikan keagungan kasih sayang sesama insan dan bahawasanya dunia ini penuh dengan kasih sayang. Kasih sayang pasangan Shafie Yusuf melangkau bangsa dan kasih sayang Chen Bai Song pula membolosi pantang larang tradisional cina.

Nyawa dan kasih sayang amat bernilai. Kasih sayang tidak mengenal bangsa; ia berada di mana-mana dan tiada batasan. Walaupun Mohamed Shafie dan Chen Run Qiang telah tiada tetapi kasih sayang mereka dikenang selamanya. Kerana kemuliaan, ibu bapa Mohamed dan Chen mengubah kesedihan menjadi kekuatan dan kerinduan menjadih kasih.

Zheng pula meneruskan kehidupan penuh kesyukuran. Ibu bapa Allahyarham Mohamed dan Chen dianggapnya sebagai ibu bapa sendiri. Kasih sayang mereka adalah kekayaan rohani yang tak ternilai.

Kita harus bersyukur semasa senang dan tabah semasa susah. Hidup harus bersungguh-sungguh, hargailah setiap hari dan berbuat baiklah kepada setiap insan. Orang bijak penuh dengan kasih sayang, maka bulan ini marilah kita tunjukkan kasih sayang CNI dan hadiahkan kesihatan, keprihatinan dan kebahagiaan kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan seperjuangan serta sahabat handai.
(Sumber: CNI News, Mei 2008)
Download CNI News, Mei 2008.
Promosi Hari Keluarga
Aktiviti kebajikan CNI dalam Newspaper Clippings


Baca penuh...

01 Mei 2008

0

Hari Pekerja Berang

01 Mei adalah hari Pekerja Sedunia 'bercuti' selepas bertungkus lumus menjalankan tugas. Hari Pekerja ini layak dinikmati oleh bukan sahaja pekerja yang telah berkhidmat dengan cemerlang tetapi juga pekerja yang sekadar menjadi perhiasan ataupun boneka di tempat kerja.

Saya mengambil kesempatan bercuti di depan TV sempena hari pekerja yang pada prasangka saya adalah satu sambutan yang meriah seperti menyambut hari kemerdekaan ataupun hari tahun baru. Namun sangkaan saya meleset apabila berita yang dipaparkan adalah sebaliknya.

Di Indonesia, lebih 40,000 penduduk mengadakan demonstrasi sambil mengibarkan sepanduk berbunyi “Kurangkan Harga Makanan Sekarang”, “Lebih Gaji untuk Pekerja dan Petani" dan "Turunkan Harga Minyak!"

Ketua polis Jakarta menggunakan helikopter dengan seramai 60,000 anggota keselamatan meraikan sambutan hari pekerja tetapi dengan cara yang berbeza iaitu sebagai pengawal demonstrasi tersebut.

Sementara itu di Manila, ribuan rakyat Filipina memenuhi jalan raya ibu negara itu dan beberapa tempat lain termasuk di depan Istana Malacanang iaitu kediaman Presiden Gloria Macapagal Arroyo. Mereka berarak membawa sepanduk “Pekerjaan, Keadilan dan Makanan” serta turut mendesak Arroyo meletak jawatan.

“Rejim Arroyo terkenal sebagai antipekerja dan antirakyat. Walaupun dilanda krisis yang teruk, tiada kelegaan yang bermakna dirasai. Kami adalah pekerja yang rajin dan menghormati peraturan kerja tetapi kerajaan tidak mempedulikan kami. ‘Gunung berapi sosial' menanti masa untuk meletus,” kata seorang ahli kumpulan aktivis Bayan, Carol Araullo.

Ketua polis Manila, Jeneral Geary Barias menyatakan yang penunjuk perasaan dibenar melakukan protes dekat Istana Malacanang kerana perarakan Hari Pekerja Sedunia turut diadakan di situ.

Di Turki, polis berpesta menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan belantan untuk menyuraikan orang ramai yang terkinja-kinja menari pelbagai rentak di depan bangunan gabungan kesatuan pekerja berhaluan kiri yang masih belum mencapai kata sepakat dengan kerajaan. Beberapa penunjuk perasaan cedera kerana berlaga kepala sesama sendiri dan sebilangannya ditahan polis.

Kerajaan menyekat kumpulan itu daripada memasuki Dataran Taksim yang mempunyai nilai simbolik Hari Pekerja kerana pernah menjadi tempat terkorbannya 34 penunjuk perasaan pada 1 Mei 1977. Media menganggarkan lebih 30,000 anggota keselamatan ditugaskan mengawal kawasan bersejarah itu ketika polis cuba berunding dengan kesatuan sekerja.

Sementara di India, kira-kira 3,000 wanita pelayan batin yang menganggap bahawa pekerjaan mereka merupakan pekerjaan yang paling berisiko sama seperti pekerjaan juruterbang turut mengambil peluang menuntut agar mereka dilindungi di bawah undang-undang buruh dan mula berarak seawal subuh di Kolkata.

Di Singapura, seorang ahli politik pembangkang dan tujuh penyokongnya mengadakan tunjuk perasaan Hari Pekerja menentang kenaikan kos sara hidup di negara itu. Chee Soon Juan dan penyokong beliau memakai baju-T merah tertulis dengan perkataan 'Tak Boleh Tahan' sambil mengedarkan risalah hak kenaikan gaji kepada orang ramai di kawasan berkenaan.

Di Athens, perkhidmatan pengangkutan awam dan penerbangan syarikat kebangsaan, Olympic Airlines, terganggu berikutan bantahan pekerja meliputi isu pengangguran, kenaikan kos sara hidup dan keselamatan sosial.

Di Labuan, beberapa orang yang baru keluar dari restoran tertentu kelihatan terhuyung-hayang. "Saya tidak pasti samada mereka terminum toksik dan berkesudahan dengan menjadi Zombie seperti dalam filem Jangan Pandang Belakang." kata seorang rakan saya.


(Sumber: RTM , CNN, Utusan Malaysia, Berita Harian)


Baca penuh...

30 April 2008

0

Air Oh Air (Siri 3)

Air Oh Air (Siri 2)

Sebelum disalurkan ke setiap rumah, semua sumber air akan dirawat secara rapi dan teliti. Malangnya, pencemaran alam sekitar yang semakin serius menyebabkan sumber air semakin tercemar. Penggunaan klorin secara berleluasa untuk menghapuskan bau busuk nitrogen juga boleh mencetuskan penghasilan haloform, sejenis karsinogen. Namun jika gas ammonia tidak dihapuskan, pengoksidaan akan berlaku dan nitrit yang terhasil pula adalah pencetus utama barah perut. Menurut laporan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), 80% penyakit hari ini berpunca daripada air minuman yang tidak bersih dan pengambilan air yang tidak bermutu untuk satu jangka masa yang lama.




Badan kita secara puratanya terdiri daripada 70% air. Ia memainkan peranan penting di dalam kebanyakan fungsi badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. Ia juga diperlukan untuk fungsi penghadaman, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga adalah faktor utama pengekalan suhu badan normal.

Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air setiap hari melalui proses pernafasan. Pakar pemakanan tidak dapat menetapkan jumlah air yang perlu diambil setiap hari kerana kuantitinya berbeza mengikut individu, cuaca dan aktiviti yang dilaksanakan. Keperluan air akan meningkat sekiranya kita menjalankan aktiviti lebih satu jam di tengah panas ataupun kurang sejam dalam cuaca sejuk. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas besar air (2 liter) setiap hari dapat memastikan kestabilan tahap air di dalam badan kita bagi mengekalkan kesihatan yang baik.

Kita mungkin dapat bertahan tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tanpa air, kita hanya boleh hidup kurang seminggu. Air kosong adalah jenis yang terbaik diminum. Namun minuman lain seperti jus buah-buahan dan susu juga adalah sumber air yang baik. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar juga merupakan sumber air yang sesuai. Minuman beralkohol, walaupun boleh mengurangkan haus, mengandungi unsur diuretik yang mengakibatkan badan kehilangan air.

Malangnya, kita biasanya minum air sekadar menghilangkan rasa haus, tetapi tidak mencukupi untuk memulihkan jumlah air yang hilang. Hasilnya, kita akan mengalami pelbagai tanda dan simptom biasa seperti kehausan, nafas berbau, bibir merekah, kepanasan badan, sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan disamping meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang.


Mengapa Waterlife Perlu Dimiliki Sekarang?

Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.


(Sumber testimoni: CNI News, Mac 2006.)


Baca penuh...

29 April 2008

0

Air Oh Air (Siri 2)

Air Oh Air (Siri 1

Meminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai, bakteria, virus, haloform dan pelbagai bahan kimia secara berterusan bukan sahaja berbahaya malah berisiko diserang penyakit kanser, menjadi mandul, mengalami tumbesaran abnormal, kepincangan sistem saraf, kepincangan sistem metabolisma dan kepincangan sistem imun.

Menyedari hakikat ini, CNI Holdings telah membangunkan sistem Air Hidup Termaju demi membantu masyarakat untuk menikmati hidup bermutu.

Saya ingin berkongsi keajaiban Sistem Waterlife seperti yang diterangkan dalam majalah CNI News keluaran Mac 2006. Menurut CNI News, terdapat 7 keajaiban!





Baca penuh...

28 April 2008

0

Air Oh Air

(Nanyikan dalam rentak lagu 'bangau oh bangau')
Air oh air, kenapa engkau kering???
Macamana aku tak kering, katak tak panggil hujan..
Katak oh katak, kenapa tak panggil hujan???
Macamana nak panggil hujan, ular tak makan aku...
Ular oh ular, kenapa tak makan katak???
Macamana nak makan katak, perut aku sakit...
Perut oh perut, kenapa engkau sakit???
Macamana aku tak sakit, minum air kotor...
Air oh air, kenapa engkau kotor???
Macamana aku tak kotor, orang kotorkan aku...
Orang oh orang, kenapa kotorkan air???
Macamana tak kotorkan air, memang kami pengotor

Oh, kalau beginilah jawapan manusia (orang), memang dunia bakal menghadapi krisis kekurangan air bersih.

Fakta tentang air:
  • Pelarut universal
  • 70% badan manusia adalah air
  • 75% Otak manusia adalah air
  • 97% air di dunia adalah air masin di laut
  • 3% air adalah tawar
  • 0.3% daripada 3% air tawar adalah air bersih yang boleh digunakan oleh manusia untuk makan, minum, mencuci dan kegunaan harian (isi air kereta dsb)
  • manusia hanya boleh hidup selama 5 - 7 hari tanpa air (itupun kalau dia berkurung di tempat sejuk - kalau di padang pasir???)
  • Orang Malaysia menggunakan 15 - 18 billion meter padu air setahun.
  • Orang Malaysia menerima 990 billion meter padu air hujan (yang mengakibatkan banjir kilat di sesetengah bandaraya)

Petua Tradisional Untuk Menjaga Kebersihan Air
  • Jangan membuang sampah ke sungai, tasik dan sumber air semulajadi yang lain. Parit pun bukanlah tempat untuk membuang sampah.
  • Gunakanlah bahan pencuci yang mesra alam.
  • Elakkan penggunaan baja kimia dan racun perosak.
  • Elakkan menumpahkan apa-apa jenis minyak ke sinki, longkang, sungai mahupun laut.
  • Jangan bunuh hidupan akuatik. Pencemaran air bukan sahaja membunuh hidupan akuatik tetapi juga tumbuhan di sekeliling.
  • Bawalah rakan-rakan untuk menjaga kebersihan longkang, sungai, tasik atau sumber air yang lain.
  • Laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (atau pihak berkuasa lain) sekiranya ada kawan/orang yang tidak dikenali sengaja mencemarkan air. (Jika pihak pencemar itu enggan mendengar nasihat anda).

Petua Moden Untuk Mendapatkan Bekalan Air Bersih
  • Beli air yang ditapis - praktikal jika anda sedang mengembara atau memang tidak ada air di rumah.
  • Beli penapis air sendiri - ianya lebih menjimatkan kerana penyelenggaraan boleh dilakukan sendiri.
Di pasaran, terdapat sejenis penapis air yang boleh menjadikan air benar-benar berkualiti, sedap diminum begitu sahaja dan kita akan benar-benar menikmati hidup yang sebenarnya. Penapis air WATERLIFE dengan teknologi LIFE ini kini berada di pasaran Malaysia.

(Rujukan: Buletin Pengguna, Januari 2008)
Lagu "air oh air" tidak dipetik dari mana-mana sumber
Nota: Sebahagian catatan ini telah dicatat di Blog Kelab Staf KML. pada 18/04/2008


Baca penuh...

27 April 2008

0

Potong Rumput

Semalam, sekumpulan lembu memasuki halaman belakang rumah untuk meragut rumput. Sekumpulan bangau yang kurus (memanglah bangau kurus) setia mengiringi lembu-lembu ke mana sahaja lembu itu pergi.

Saya memerhatikan lembu itu yang meragut rumput sambil berjalan. Sudah tentulah rumput itu tetap tumbuh dengan suburnya kerana lembu itu cuma meragut hujung daunnya. Kalaulah lembu itu meragut sehingga ke akar rumput, memang tidak sempat tumbuhlah rumput tersebut. Tetapi lembu itu memang 'berfikir' untuk meninggalkan stok rumput sebagai bekalan pada masa depannya.

Hari ini, tuan rumah sewa telah mengupah pemotong rumput untuk membersihkan seluruh halaman rumah. Ini bermakna, dalam tempoh dua minggu lagi barulah rumput menjadi panjang semula dan lembu-lembu akan datang meragut rumput di kawasan itu.

Terdapat beberapa teladan daripada peristiwa mudah ini, jika kita mahu berfikir. Antaranya;
  • Hubungan baik alam sekitar dengan hidupan (rumput + lembu + bangau) yang akrab
  • Hubungan baik penggembala lembu dengan tuan rumah, kerana tuan rumah sewa telah membenarkan penggembala lembu membawa lembu-lembunya ke halaman rumahnya, sebelum dia bercadang untuk memotong rumput tersebut.
  • Hubungan baik pemotong rumput dengan tuan rumah sewa.
  • Hubungan baik tuan rumah sewa dengan penghuni rumah sewa yang mana kalau di sesetengah kawasan perumahan, penyewa rumah yang membersihkan sendiri halaman rumahnya tanpa dipedulikan oleh tuan rumah sewa.
  • Hubungan baik manusia dengan binatang (lembu). Kalau manusia jahat, sudah tentu lembu itu dibaling dengan kayu apabila lalu di depan rumah sewa mereka.
Dalam banyak-banyak hubungan baik di atas, hubungan baik sesama manusia adalah yang paling tinggi nilainya. Sebagai contohnya, hubungan baik pemotong rumput dengan tuan rumah sewa iaitu dari segi wang ringgit, pemotong rumput tentulah mendapat upah yang tinggi pada hari tersebut iaitu sekitar RM150.00 untuk membersihkan halaman sebanyak 5 buah rumah. Dari segi hubungan kemanusiaan, saya serahkan kepada anda untuk menentukan nilainya.


Baca penuh...