Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

21 Disember 2008

0

Kisah Tiga Baldi

Hari ini 21 Disember 2008 ada kisah yang boleh dikongsikan. Hari Sabtu bagi saya adalah hari kebersihan mingguan. Maklumlah setelah lima hari bekerja, sudah tentulah banyak pakaian yang perlu dicuci.

Saya menggunakan 3 baldi iaitu untuk menadah air, merendam pakaian dan menyimpan pakaian yang telah dibilas (mencuci cara tradisional lah ni - cuci pakai tangan sebab memang tak boleh cuci pakai kaki. Hehe.. Jangan marah!).

Dikisahkan ceritanya, ketiga-tiga baldi ini masing-masing berwarna biru, merah dan hijau. Baldi berwarna merah berisikan pakaian seminggu yang perlu dicuci. Saya membawa ketiga-tiga baldi tersebut ke bilik air untuk kerja-kerja mencuci.

Dengan semangat berkobar-kobar, saya menaburkan 1/4 sudu formula pasir ajaib Sc88 ke atas pakaian kering dalam baldi merah. Selepas itu, saya mengisikan air yang ditakung dari baldi hijau. Sudah sebaldi air dari baldi hijau habis ditumpahkan ke dalam baldi merah tetapi AJAIB + ANEH kerana baldi merah tetap tidak dipenuhi air sedangkan formula pasir ajaib Sc88 sudahpun meresap entah ke mana.


Dalam kehairanan, saya terus mengangkat baldimerah lalu mendapati keadaan yang sebenarnya berlaku iaitu baldi merah bocor. Saya bersabar sambil mencari cara bagaimana baldi merah tersebut akan terus berfungsi walaupun dalam keadaan tersebut. Baldi tersebut telahpun berkhidmat begitu lama dengan saya iaitu sejak tahun 2002 lagi, malah ia juga pernah digunakan oleh jiran sekitar kediaman saya.

Saya memindahkan kesemua pakaian ke baldi biru dan meletakkan baldi merah di tempat baldi biru. Dengan ini, ketiga-tiga baldi tersebut dapat berfungsi dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kini, kekurangan atau kecacatan baldi merah telah bertukar menjadi kelebihan.Maka saya tidak lagi melihat baldi ini sebagai cacat tetapi ianya adalah lebih sempurna kerana terdapat tiga baldi yang boleh digunakan untuk menadah air,merendam dan mengeringkan air pada pakaian yang telah dibilas.







Akhirnya saya dapat mencuci pakaian dengan lebih pantas kerana semua baldi berfungsi di tempat yang sepatutnya.



WYSIYG: Saya terfikir ungkapan;

"The right man on the right place"
iaitu orang yang betul sepatutnya berada di tempat yang betul agar tidak menimbulkan masalah tetapi sebaliknya mendatangkan faedah.


Baca penuh...