Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

14 Oktober 2008

0

Velvet & Ikin Menghitung Hari Bahagia

Dua orang pelajar akademi Fantasia Ke-4 (AF4) dari Sabah akan melangsungkan perkahwinan pada awal bulan bulan Disember ini. Mereka adalah Rich dan Velvet. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Dikhabarkan kedua-dua belah pihak sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis berkenaan.

Rich dan Velvet mula ‘dipasangkan’ oleh pengacara AF, Aznil Hj. Nawawi ketika masih menghuni banglo AF4 dan wartawan membuat susulan selepas AF4 berakhir. Namun, sehingga kini mereka masih berselindung dengan jawapan standard artis ‘teman tapi mesra’.

Sementara itu perkahwinan Raja SMS, Mawi dan buah hatinya Ekin pula dijangka akan dilangsungkan pada 21 atau 28 Disember tahun ini. Perkahwinan yang dirancangkan akan diadakan pada hujung minggu di Johor untuk memberi peluang kepada ramai saudara mara dan peminat menghadiri majlis tersebut.

Sumber: Berita Harian, Daily Express


Baca penuh...

13 Oktober 2008

0

Rey dicabar 10 negara

Juara bintang RTM tahun lepas, Reynaldo Ragie (Rey) akan berlepas ke bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam esok untuk membawa cabaran di pentas Asean Golden Melodies Festival yang akan berlangsung 14 – 19 Oktober ini.

Artis kelahiran Tuaran berumur 22 tahun itu dipilih oleh RTM untuk mewakili Negara dalam kategori lelaki di festival lagu rakyat anjuran stesen radio The Voice of Vietnam. Kategori wanita pula diwakili oleh Dia Fadila.

Rey yang masih menuntut di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mengakui perasaannya berbaur seronok dan cemas kerana akan bersaing dengan penyanyi professional dari 10 buah Negara anggota Asean.

Pada pertandingan ini, Rey akan membawakan dua buah lagu – One Thousand Million Smiles (Sudirman Hj. Arshad) untuk genre pop kontemporari dan Tari Desa Gemalai (Ramli Sarip) untuk genre muzik rakyat.

Sumber: Daily Express


Baca penuh...