Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

29 Ogos 2013

0

50 Tahun Sabah Merdeka

Mari kita baca (dan nyanyikan) lagu rasmi negeri Sabah yang telah dinyanyikan oleh rakyat Sabah selama 50 tahun.

Tanah Airku

Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.


Baris ke-6 dan ke-8 yang ditebalkan tulisannya menandakan Sabah adalah sebuah negeri merdeka yang bermaksud tidak lagi dijajah oleh mana-maha pihak.
50 ribu pengunjung dijangka hadir pada sambutan Hari Malaysia ke-50 pada 16 September 2013 di Taman Prince Philip Tanjung Aru.

Saya sebagai penduduk Sabah sebenarnya sangat terkilan kerana terdapat rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) yang memberitahu bahawa Sabah merdeka melalui Malaysia. Saya begitu pasti bahawa itu adalah salah kerana saya anak jati Sabah dan saya lebih mengetahui sejarah yang diceritakan oleh ibu bapa dan nenek moyang saya.

Kenyataan sebenarnya adalah Sabah membentuk Malaysia. Tanpa Sabah, Sarawak (merdeka pada 22 Julai 1963), Singapura (merdeka pada 31 Ogos 1963 tetapi masih beranggapan dijajah oleh Tanah Melayu sehinggalah mencapai kedaulatan pada 9 Ogos 1965) dan Tanah Melayu maka tiadalah negara yang dipanggil Malaysia seperti yang ada pada hari ini. Tanah Melayu  yang merdeka semenjak 31 Ogos 1957 bukanlah menjajah Sabah, Sarawak dan Singapura. Oleh itu, kenyataan 'Sabah merdeka melalui Malaysia' adalah kenyataan yang silap sepenuhnya.

Sabah, yang dahulunya juga dikenali sebagai negara Sabah telah diberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 oleh Gabenor Koloni, Sir William Goode yang menandakan tamatnya era kolonial Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dengan mengisytiharkan Borneo Utara membentuk kerajaan sendiri pada tarikh berkenaan.

Sebenarnya Sabah bukanlah tanah jajahan kerana Sabah tidak pernah dijajah. Ia adalah wilayah naungan iaitu wilayah autonomi yang dilindung secara diplomatik ataupun ketenteraan daripada serangan pihak ketiga oleh satu negara atau entiti yang lebih kuat. Dalam hal negara Sabah, ianya dinaungi oleh Kerajaan Bersatu Britain Raya dan Ireland Utara (Britain). Itulah sebabnya apabila Jepun memasuki Sabah semasa Perang Dunia Ke-2, kerajaan Britain menghantar tentera untuk membantu Sabah. 

Pengisytiharan rasmi kemerdekaan Sabah dan penubuhan negara Malaysia dibuat pada 16 September 1963 di Padang Merdeka, Jesselton (sekarang Kota Kinabalu) oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Mohd Fuad Stephens setelah laporan tinjauan pendapat penduduk di wilayah Borneo terhadap gagasan penubuhan Malaysia disiapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Majlis bersejarah itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Bapa Kemerdekaan Sabah yang juga Yang di-Pertua Negeri Sabah ketika itu, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Penyertaan 'negara' Sabah untuk membentuk sebuah negara (persekutuan) Malaysia pada 16 September 1963 adalah ketika Sabah telah merdeka selama 17 hari (31 Ogos - 16 September)!


Baca penuh...