Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

21 Oktober 2008

0

Guan ditarik dari pasaran

Penggemar biskut Khong Guan dan Khian Guan kini perlu beralih kepada jenama biskut lain berikutan biskut keluaran kedua-dua kilang ini didapati dicemari melamin. Ini disebabkan, kedua-dua pengilang biskut tersebut menggunakan serbuk penaik yang diimport dari China.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menarik balik dari pasaran 12 biskut berjenama Khong Guan iaitu Biskut Soda, Biskut lemon Puff, Biskut lemon Pof, Biskut Butter Cream, Biskut Baby Fish, Biskut Healthy Cracker, Biskut Cocoa Puff, Biskut Sandwich Oren, Biskut Family Crackers, Biskut Bentuk Binatang, Biskut Gulung dan Biskut Mini Puff.

Sementara enam biskut berjenama Khian Guan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff dan Biskut Campuran (Party) turut menghadapi tindakan yang sama.Kementerian kesihatan akan memantau dan memusnahkan mana-mana biskut itu yang didapati masih berada di pasaran.

Kilang tempatan Khian Guan yang terletak di Pulau Pinang dan juga kilang Khong Guan di Johor secara sukarela menarik balik produk mereka setalah menyedari terdapat pencemaran melamin.

Mengenai laporan CBC News bahawa 'Julie's Crackers' yang diimport dari Malaysia telah dikesan mengandungi melamin melebihi tahap yang dibenarkan dan telah ditarik balik dari pasaran Taiwan, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menyiasat perkara itu.

Sumber: Bernama >>>>Senarai produk yang dicemari melamin<<<<


Baca penuh...