Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

Memaparkan catatan dengan label kasih sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasih sayang. Papar semua catatan

13 Mei 2009

0

10 Panduan Kasih Sayang

Kalau kita menyayangi diri sendiri dengan cara tersendiri, kita juga boleh menyayangi orang lain dengan cara sewajarnya. 10 panduan berikut akan memberi kebahagiaan bukan sahaja kepada anda tetapi kepada seseorang yang anda sayang.

  1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
  2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
  3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
  4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
  5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
  6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
  7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
  8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
  9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
  10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Sumber: Tagged (http://www.tagged.com/amicomey)


Baca penuh...

22 April 2009

0

Selamat Hari Bumi

Bukan semua enjin carian membuat logo khas untuk sambutah Hari Bumi yang dirayakan pada hari ini. Namun google setia memaparkan logo 'Earth Day' pada 22 April setiap tahun.

Menurut saintis, bumi boleh hancur di tangan manusia menjelang 2100 sekiranya pembebasan gas rumah hijau tidak dibendung dan kerosakan-kerosakan lain biarpun dalam saiz yang kecil dibiarkan berterusan.

Dalam peranan kita sebagai seorang manusia kerdil, aktiviti pembebasan gas rumah hijau, penebangan hutan dan penggondolan bukit barangkali terlalu jauh daripada kemampuan untuk menghalangnya.

Begitu juga kebimbangan saintis mengenai ais di 30 pergunungan salji yang mencair setengah meter atau suhu di permukaan lautan dan daratan yang meningkat kira-kira 0.67 darjah Celsius sehingga tahun 2007, di luar keupayaan kita untuk mendepaninya.

Namun, itu tidak bermakna kita tidak boleh menyumbang usaha ke arah menjadikan Bumi ini sebuah planet yang lebih baik pada masa depan, biarpun dalam keterbatasan usaha sebagai manusia biasa.

Sambutan Hari Bumi menyedarkan kita kepada realiti bahawa kita hanya memiliki satu dunia sahaja. Oleh itu, kita sewajarnya mengambil peluang hari ini bagi menunjukkan rasa cinta dan prihatin yang mendalam terhadap alam sekitar.

Antara yang boleh dilakukan ialah menggunakan kenderaan awam untuk ke mana-mana destinasi, menjimatkan penggunaan tenaga terutamanya air dan elektrik serta mendisiplinkan diri dengan budaya kitar semula.

Rujukan: Utusan Online

Bacaan Tambahan: Manusia Punca Kerosakan Bumi, Kosmo (22 April 2009)


Baca penuh...

14 Oktober 2008

0

Velvet & Ikin Menghitung Hari Bahagia

Dua orang pelajar akademi Fantasia Ke-4 (AF4) dari Sabah akan melangsungkan perkahwinan pada awal bulan bulan Disember ini. Mereka adalah Rich dan Velvet. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Dikhabarkan kedua-dua belah pihak sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis berkenaan.

Rich dan Velvet mula ‘dipasangkan’ oleh pengacara AF, Aznil Hj. Nawawi ketika masih menghuni banglo AF4 dan wartawan membuat susulan selepas AF4 berakhir. Namun, sehingga kini mereka masih berselindung dengan jawapan standard artis ‘teman tapi mesra’.

Sementara itu perkahwinan Raja SMS, Mawi dan buah hatinya Ekin pula dijangka akan dilangsungkan pada 21 atau 28 Disember tahun ini. Perkahwinan yang dirancangkan akan diadakan pada hujung minggu di Johor untuk memberi peluang kepada ramai saudara mara dan peminat menghadiri majlis tersebut.

Sumber: Berita Harian, Daily Express


Baca penuh...

08 Oktober 2008

0

Panggilan Percuma

Hari ini (04 Oktober 2008) saya dibenarkan membuat penggilan ke semua nombor MAXIS (012 & 017). Saya menelefon semua nombor MAXIS dalam telefon bimbit saya. Ada yang boleh ditelefon dan ada yang menelefon semula kerana tidak berkesempatan menyambut panggilan pada kali pertama saya telefon. Saya membatalkan panggilan mereka dan memanggil mereka menggunakan telefon bimbit saya.

Ada diantara senarai rakan dalam telefon bimbit saya yang 'tiada dalam perkhidmatan' dan ada juga yang 'tidak dapat dihubungi', berkemungkinan di luar kawasan liputan. Sesetenggahnya saya panggil berkali-kali dan berbual selama 40 minit setiap panggilan terutamanya yang banyak cerita untuk dikongsi. Dalam hari ini sahaja, saya mengecas telefon bimbit saya sebanyak dua kali. Kebiasaannya saya hanya mengecas sekali dalam lima hari.

Saya tidak ada cerita lain. Saya cuma mengucapkan 'Selamat Hari Raya' dan memberitahu bahawa saya memanggil mereka kerana mahu mengemaskini nombor telefon. Ya, memang saya mengemaskini nombor mereka. Sekurang-kurangnya saya mendapat 3 orang kawan baru kerana nombor yang dahulunya kepunyaan kawan lama kini dimiliki kawan baru.

Alangkah cepatnya masa berlalu. Alangkah begitu ramai rakan yang telah meninggalkan saya disebabkan nombor mereka tiada lagi dalam perkhidmatan. Semoga mereka yang tidak dapat dihubungi lagi ini telah menempah kejayaan yang diimpikan.

Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita kerap mencari alasan kenapa kita perlu menghubungi rakan kita. Sebenarnya pada hari yang lain, saya boleh juga memanggil mereka hanya sekadar untuk bertanya khabar tetapi dalam fikiran saya, mereka juga orang-orang yang sibuk - sama seperti saya yang enggan menerima panggilan telefon dari mereka yang tidak dikenali.

Hari ini, saya mengambil keputusan untuk menjawab semua panggilan telefon dan juga SMS yang tersesat. Ada beberapa SMS yang tersesat ke tempat saya dan saya membalas "Blh sa tau sapa ni? Hp sa br tercicir. T/kasih. [FRANCIS]"

Kadang-kadang saya menulis penuh mengikut gaya penulisan penghantar SMS tersebut
Ada yang membalas " Sowe, slh hntr. Blh bkenaln lanjut? Kmu dmna? [NAMA]"

Saya membalas SMS mereka dan menyimpan nama mereka dalam telefon bimbit saya. Saya juga mempromosi rumah saya di Kota Kinabalu untuk disewa kerana secara kebetulan 'orang tersalah hantar mesej ringkas' bekerja di Kota Kinabalu dan menyewa rumah di sana. Ada yang membalas memberitahu bahawa dia akan promosikan rumah saya kepada kawan-kawannya juga.

Sebenarnya panggilan percuma MAXIS dihadiahkan oleh MAXIS kepada saya sempena harijadi saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menghantar SMS ucapan 'Selamat Harijadi' kepada saya. Ada diantara mereka menelefon pada jam 12 tengah malam semata-mata menyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuk saya.

WYSIYG: Apartmen Bukit Desa (Country Heights) untuk disewa. 2 bilik. Tingkat 2. Lot tepi, pemandangan cantik. Mempunyai tempat letak kereta berbumbung. Lengkap dengan perabot, peti sejuk, dapur dan pengdingin hawa. 15 minit ke lapangan terbang Kota Kinabalu. 10 minit ke bandar Kota Kinabalu.

Kawalan keselamatan 24 jam. Jauh dari kebisingan bandaraya Kota Kinabalu. Tempat makan berhampiran yang menarik di Nelayan Seafood, Taman Tun Fuad.

Sewa harian: RM120.00. Sewa bulanan: RM650.00 (Hubungi: 012-8319897 - Francis)


Baca penuh...

25 September 2008

0

Hipotensi vs hypertensi


Ianya berbeza tetapi misinya sama - pembunuh senyap! Jika anda terasa pening-pening walaupun anda belum meminum alkohol (moginum), jangan mengambil ringan penyakit pening tersebut.

Jadual berikut dapat membezakan antara hipotensi dengan hypertensi;

Klasifikasi Tekanan Darah (mmHg)
Kategori Tekanan Darah Sistolik (mmHg) Tekanan Darah Diastolik (mmHg)
Hipotensi <90> <60>
Normal 90-130 60-85
High Normal 130-139 85-89
Hipertensi >140 >90

Gejala Hipotensi (Tekanan darah rendah)
1. Pening kepala
2. Sakit kepala
3. Pengsan atau berasa pitam sewaktu hendak berdiri
4. Kesukaran bernafas
5. Kesakitan dada
6. Demam
7. Dahaga
8. Denyutan jantung tidak teratur
9. Angina
10. Serangan jantung
11. Jauhi renjatan / kejutan

Rawatan pemulihan hipotensi
1. Minum air secukupnya
2. Gunakan garam secukupnya
3. Pakai stokin elastik
4. Kurangkan 'moginum' iaitu meminum alkohol
5. Melambatkan pergerakan
6. Makan makanan berkabohidrat rendah


Gejala Hypertensi (Tekanan darah tinggi)
1. Pening kepala dan pitam
2. Kesukaran bernafas
3. Muka panas dan merah
4. Penglihatan kabur
5. Kerap kencing
6. Bunyi berdengung
7. Kaki bengkak
8. kemurungan
9. Hidung berdarah

Rawatan pemulihan hypertensi
1. Capai berat badan ideal
2. Tingkatkan aktiviti fizikal
3. Makan makanan seimbang
4. Kurangkan makanan bergaram
5. Tingkatkan pengambilan serat
6. Kurangkan makanan berlemak
7. Makan makanan yang mengandungi kalium, kalsium dan magnesium
8. Elakkan 'moginum' atau minum minuman beralkohol
9. Jangan sekadar mengatakan 'tak nak' kepada rokok. Jauhi orang merokok.
10. Selesaikan 'stress' atau tekanan

Kini kita patut bersyukur kerana dianugerahi dengan makanan kesihatan bertaraf 5 bintang, bebas pencemaran dan terbukti memulihkan penyakit-penyakit moden iaitu
CNI Organik, CNI Life Enzyme, dan CNI Lyophilized Royal Jelly. Meminum air hidup termaju juga boleh meningkatkan kesihatan.

Rujukan:
1. http://www.medicine.ukm.my
2. http://www.fskb.ukm.my

WYSIYG: Baru semalam berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan sedaerah di Kampung Rancha-rancha. Rupanya komuniti Tambunan di Labuan agak ramai juga.


Baca penuh...

02 Mei 2008

0

Ada Apa Pada Kasih

Hari ini saya menerima CNI News . Seperti biasa dalam cover inner front adalah ruangan mesej pengarah. Memandangkan rakan saya (En. Masah Abu Mansor) baru dianugerahkan cahaya mata yang ke-5 dua hari yang lepas, maka saya membacanya dengan penuh kesedaran. Saya ingin kongsikan mesej pengarah tersebut kepada rakan-rakan yang belum lagi melanggan
CNI News.
"Anak adalah kurniaan Tuhan Yang Maha Esa. Kita mesti menghargai kurniaan ini dan jika perlu, kita kongsikan bersama mereka yang memerlukan," lafaz Shafie Yusof dan isterinya yang telah mendermakan jantung anak mereka, Allahyarham Mohamed Shafie, kepada gadis bernama Zheng Hui Yi yang hidup dengan bantuan mesin sokongan hayat. Namun akibat masalah penolakan yang dihidapinya, Zheng menjalani pembedahan kedua bagi menerima jantung Chen Run Qiang yang telah mati otak. Pembedahan kedua ini berjaya dan Zheng kini hidup sihat ceria bersama keluarganya.

Ketelusan hati kedua-dua padangan ibu bapa yang mengizinkan pemindahan organ tersebut membuktikan keagungan kasih sayang sesama insan dan bahawasanya dunia ini penuh dengan kasih sayang. Kasih sayang pasangan Shafie Yusuf melangkau bangsa dan kasih sayang Chen Bai Song pula membolosi pantang larang tradisional cina.

Nyawa dan kasih sayang amat bernilai. Kasih sayang tidak mengenal bangsa; ia berada di mana-mana dan tiada batasan. Walaupun Mohamed Shafie dan Chen Run Qiang telah tiada tetapi kasih sayang mereka dikenang selamanya. Kerana kemuliaan, ibu bapa Mohamed dan Chen mengubah kesedihan menjadi kekuatan dan kerinduan menjadih kasih.

Zheng pula meneruskan kehidupan penuh kesyukuran. Ibu bapa Allahyarham Mohamed dan Chen dianggapnya sebagai ibu bapa sendiri. Kasih sayang mereka adalah kekayaan rohani yang tak ternilai.

Kita harus bersyukur semasa senang dan tabah semasa susah. Hidup harus bersungguh-sungguh, hargailah setiap hari dan berbuat baiklah kepada setiap insan. Orang bijak penuh dengan kasih sayang, maka bulan ini marilah kita tunjukkan kasih sayang CNI dan hadiahkan kesihatan, keprihatinan dan kebahagiaan kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan seperjuangan serta sahabat handai.
(Sumber: CNI News, Mei 2008)
Download CNI News, Mei 2008.
Promosi Hari Keluarga
Aktiviti kebajikan CNI dalam Newspaper Clippings


Baca penuh...