Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

Memaparkan catatan dengan label masyarakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masyarakat. Papar semua catatan

14 Mei 2009

0

Kg. Muslim Dijilat Api



LABUAN 14 Mei — Lebih 3,000 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang berlaku di penempatan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) Kampung Muslim hari ini.

Kebakaran pada 11.30 pagi itu memusnahkan hampir 800 rumah, mengakibatkan keluarga dan kanak-kanak yang terjejas terpaksa mencari perlindungan sementara di Dewan Orang Ramai Perbadanan Labuan.

Ini kali kedua penempatan UNHCR, yang dihuni oleh penduduk setempat dan warga Filipina yang memegang dokumen IMM13 atau pas kerja, terbabit dalam kebakaran sejak 1996.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada 11.40 pagi dan hanya berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya kira-kira 2 petang.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Hasnah Rashid memberitahu Bernama 130 anggota bomba dan tiga jentera dari tiga balai bomba terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran.

— BERNAMA

- Gambar: WPL Kini, Labuan Online Community


Baca penuh...

13 Mei 2009

0

10 Panduan Kasih Sayang

Kalau kita menyayangi diri sendiri dengan cara tersendiri, kita juga boleh menyayangi orang lain dengan cara sewajarnya. 10 panduan berikut akan memberi kebahagiaan bukan sahaja kepada anda tetapi kepada seseorang yang anda sayang.

  1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
  2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
  3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
  4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
  5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
  6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
  7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
  8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
  9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
  10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Sumber: Tagged (http://www.tagged.com/amicomey)


Baca penuh...

23 April 2009

0

El Dia Del Ilibre


23 April merupakan satu tarikh simbolik kepada dunia penulisan dunia kesusteraaan serta pada tarikh yang sama juga pada tahun 1616, Miguel de Cernvantes, William Shakespeares dan Inca Garcilaso De La Vega meninggal dunia. Pada tarikh ini jugalah telah lahir dan matinya penulis-pelulis besar yang lain termasuklah Maurice Druonj, K. Laxness, Vlamir Nabokov, Josep Pla dan Manuel Mejia Vallejo. Secara kebetulan Shakespare juga dilahirkan pada 23 April 1564.

Justeru itu, pada tarikh tersebut Persidangan Umum UNESCO telah meletakkan satu tarikh yang khusus ditujukan kepada pecinta buku sedunia dan penulis bagi menghargai sumbangan mereka. Selain daripada itu, sambutan hari buku sedunia ini diadakan bagi menggalakkan masyarakat dunia terutamanya golongan muda untuk membudayakan pembacaan dan menyanjungi mereka yang dihormati kerana sumbangan besar mereka kepada masyarakat dunia.

Cetusan idea awal kepada sambutan ini bermula di Catalonia dimana pada 23 April, adalah merupakan hari Saint George. Mengikut legenda, Saint George telah membunuh naga untuk menyelamatkan puteri Catalan. Lantas daripada pembunuhan tersebut, darah naga yang mengalir telah menumbuhkan sepohon mawar, dan Saint George telah memetik sekuntum mawar yang paling cantik lalu diberikan kepada puteri tersebut. Sejak dari itu, pesta mawar (Festival of the Rose) telah disambut oleh masyarakat Bercelona. Setiap jejaka akan menghadiahkan sekuntum mawar kepada kekasihnya.

Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan 'el dia del llibre' atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena kematian William Shakespeares dan penulis-penulis lain. Sejak dari tahun 1923 itulah, para wanita yang menerima hadiah mawar dari kekasih mereka, kemudiannya akan menghadiahkan buku sebagai hadiah balasan di atas pemberian mawar itu. Juga telah dikatakan pada tahun itu sahaja sebanyak 400,000 buah buku telah terjual yang menjadi hadiah balasan kepada 4 juta mawar!


Kejayaan sambutan Hari Buku Sedunia secara langsung meletakkan penglibatan semua pihak yang terlibat di dalam dunia penulisan dan penerbitan. Baik di peringkat penulis, penerbit, pengajar, perpustakawan, masyarakat, media, pertubuhan bukan kerajaan malahan institusi swasta. Namun demikian, penumpuan khusus telah diletakkan kepada jumlah buku yang telah terjual atau secara tepat ia melibatkan kadar bacaan dikalangan masyarakat.

Mengambil contoh negara jiran Indonesia, Hari Buku Sedunia tidak pernah dibiarkan berlalu dengan pengisian yang kosong. Perkara itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana masyarakat Indonesia sememangnya terkenal sebagai sebuah komuniti dunia yang sangat mengagungkan buku. Kerana itu juga Indonesia tidak pernah sunyi daripada melahirkan buku-buku yang dianggap sebagai karya agung dan diperdebatkan dengan meluas oleh masyarakatnya.

Budaya mengagungkan buku di kalangan penduduk Indonesia juga menjadikan negara itu sebagai salah sebuah pusat penterjemahan buku terbesar selain India. Kebanyakan buku antarabangsa yang diiktiraf terbaik boleh didapati dengan mudah di negara berkenaan. Usaha penterjemahan yang sangat aktif itu membolehkan cabang ilmu dari seluruh dunia berkembang dengan pantas di Indonesia.

Keadaan agak berbeza di Malaysia apabila amalan membaca dan membudayakan buku tidak begitu mendapat perhatian. Ia terbukti apabila tidak ramai di kalangan kita yang menyedari adanya sambutan Hari Buku Sedunia. Waima di kalangan mereka yang mengaku sebagai pencinta buku sekali pun. Bukan tiada usaha dilakukan untuk meraikannya, namun sokongan dan penglibatan daripada masyarakat agak hambar.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) misalnya, tidak pernah terkecuali menganjurkan pelbagai aktiviti dalam menyemarakkan sambutan tersebut. Seperti yang berlangsung di PNM hari ini, Hari Buku Sedunia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kempen galakan membaca dan sebagainya.

Rujukan:




Baca penuh...

22 April 2009

0

Selamat Hari Bumi

Bukan semua enjin carian membuat logo khas untuk sambutah Hari Bumi yang dirayakan pada hari ini. Namun google setia memaparkan logo 'Earth Day' pada 22 April setiap tahun.

Menurut saintis, bumi boleh hancur di tangan manusia menjelang 2100 sekiranya pembebasan gas rumah hijau tidak dibendung dan kerosakan-kerosakan lain biarpun dalam saiz yang kecil dibiarkan berterusan.

Dalam peranan kita sebagai seorang manusia kerdil, aktiviti pembebasan gas rumah hijau, penebangan hutan dan penggondolan bukit barangkali terlalu jauh daripada kemampuan untuk menghalangnya.

Begitu juga kebimbangan saintis mengenai ais di 30 pergunungan salji yang mencair setengah meter atau suhu di permukaan lautan dan daratan yang meningkat kira-kira 0.67 darjah Celsius sehingga tahun 2007, di luar keupayaan kita untuk mendepaninya.

Namun, itu tidak bermakna kita tidak boleh menyumbang usaha ke arah menjadikan Bumi ini sebuah planet yang lebih baik pada masa depan, biarpun dalam keterbatasan usaha sebagai manusia biasa.

Sambutan Hari Bumi menyedarkan kita kepada realiti bahawa kita hanya memiliki satu dunia sahaja. Oleh itu, kita sewajarnya mengambil peluang hari ini bagi menunjukkan rasa cinta dan prihatin yang mendalam terhadap alam sekitar.

Antara yang boleh dilakukan ialah menggunakan kenderaan awam untuk ke mana-mana destinasi, menjimatkan penggunaan tenaga terutamanya air dan elektrik serta mendisiplinkan diri dengan budaya kitar semula.

Rujukan: Utusan Online

Bacaan Tambahan: Manusia Punca Kerosakan Bumi, Kosmo (22 April 2009)


Baca penuh...

14 Oktober 2008

0

Velvet & Ikin Menghitung Hari Bahagia

Dua orang pelajar akademi Fantasia Ke-4 (AF4) dari Sabah akan melangsungkan perkahwinan pada awal bulan bulan Disember ini. Mereka adalah Rich dan Velvet. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Dikhabarkan kedua-dua belah pihak sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis berkenaan.

Rich dan Velvet mula ‘dipasangkan’ oleh pengacara AF, Aznil Hj. Nawawi ketika masih menghuni banglo AF4 dan wartawan membuat susulan selepas AF4 berakhir. Namun, sehingga kini mereka masih berselindung dengan jawapan standard artis ‘teman tapi mesra’.

Sementara itu perkahwinan Raja SMS, Mawi dan buah hatinya Ekin pula dijangka akan dilangsungkan pada 21 atau 28 Disember tahun ini. Perkahwinan yang dirancangkan akan diadakan pada hujung minggu di Johor untuk memberi peluang kepada ramai saudara mara dan peminat menghadiri majlis tersebut.

Sumber: Berita Harian, Daily Express


Baca penuh...

20 Ogos 2008

0

RM30 juta musnah

20.08.2008 adalah tarikh yang malang bagi Servay Hypermarket dan juga pelanggan pasaraya ini. Sekurang-kurangnya RM30 juta barangan dalam Servay Hypermarket musnah dalam kebakaran pada 7 malam hari tersebut. Jumlah kerugian peniaga-peniaga yang menyewa lot di bangunan ini belum dapat dipastikan lagi kerana belum ada aduan rasmi daripada peniaga sehingga hari ini 22 Ogos 2008.

Kebakaran ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 500 pekerja Servay Hypermarket kehilangan pekerjaan mereka. Sementara itu, para pemilik restoran dan perniagaan berhampiran juga bimbang akan kekurangan pelanggan kerana kebanyakan pelanggan Servay Hypermarket juga merupakan pelanggan mereka. Pemandu bas mini dan teksi turut merasai kehilangan pasaraya ini apabila tiada lagi penumpang yang pergi dan balik dari pasaraya ini. Penumpang bas dan teksi terdiri daripada pekerja dan pelanggan pasaraya tesebut.

Sumber: Daily Express (http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=59529), Servay Hypermarket


Baca penuh...

12 Jun 2008

0

Jejak Jutawan

Jadual Program Jejak Jutawan

Nama Jutawan: Karim Rahmat Abdul Rani

  1. 16 Jun 2008 (Isnin) - 8:00 PM - Pusat Pengedaran CNI Labuan
  2. 17 Jun 2008 (Selasa) - 8:00 PM - Rumah Encik Hazizul (Kg. Ganggarak)
  3. 18 Jun 2008 (Rabu) - 8:00 PM - Rumah En. Amrie (Taman Bedaun)
  4. 19 Jun 2008 (Khamis) - 8:00 PM - Rumah Puan Dayang
  5. 20 Jun 2008 (Jumaat) - 2:00 PM - Rumah Puan Juliana
  6. 20 Jun 2008 (Jumaat) - 8:00 PM - Rumah Encik Rosli
  7. 21 Jun 2008 (Sabtu) - 10:00 AM - Rumah Puan Siti Aslinda
  8. 21 Jun 2008 (Sabtu) - 2:00 PM - Rumah Puan Aminah
  9. 22 Jun 2008 (Ahad) - 8:00 AM - 5:00 PM - Kursus SNP, Labuan Training Centre
Orang ramai dijemput hadir ke program-program yang akan dijalankan di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas.


Program-program lain

1. Seminar Peluang Perniagaan (Percuma)
  • Tarikh / masa: 27 Jun 2008 (Jumaat) / 3:00 PM - 5:00 PM
  • Tempat: Rumah Encik Hazizul (Kg. Ganggarak)
2. Hari Keluarga CNI Labuan
  • Tarikh / masa: 06 Julai 2008 (Ahad) - 8:00 AM - 1:00 PM
  • Tempat: Pancur Hitam
  • Aktiviti: Pelbagai sukaneka yang boleh disertai oleh masyarakat, pameran produk kesihatan
  • Objektif: Merapatkan hubungan usahawan CNI Labuan dengan masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan Labuan
  • Orang ramai dijemput hadir dan menyertai aktiviti. Terdapat hadiah menarik menanti anda.

Sumber gambar: Cyber Ant Network




Baca penuh...

11 Jun 2008

0

Kadazan Dusun Murut

Bamboo-view vocabulary is a venue to collect as many Kadazan Dusun Murut words (Sabah local language) and most commonly used dialogue to provide online search and learning for everyone and also for travelers.

Bamboo-view welcomes everyone to contribute their words and knowledge to this community. Please login / register to contribute your words.

REGISTRATION: Currently can be made through : http://www.bamboo-view.com/gallery/.




Perbendaharaan kata Bamboo-view adalah satu tempat untuk mengumpul kata-kata Kadazan Dusun Murut (Bahasa tempatan Sabah) dan pertuturan yang sering digunakan demi menyediakan pencarian dalam talian dan pembelajaran untuk semua orang serta untuk kemudahan para pengembara dan pelancong.

Bamboo-view mengalu-alukan semua orang untuk menyumbang kata-kata dan pengetahuan mereka untuk faedah masyarakat. Sila log masuk / mendaftar untuk menyumbangkan perkataan.

PENDAFTARAN boleh dilakukan melalui http://www.bamboo-view.com/gallery/


Baca penuh...