Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

29 Ogos 2008

0

Tidak perlu bayar bil elektrik

"Rakyat tidak lagi perlu membayar bil elektrik." demikian dinyatakan Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet 2009. Walaubagaimanapun faedah tersebut cuma dinikmati oleh isirumah yang menggunakan elektrik kurang daripada RM20.00 sebulan.

Maknanya, emak saya di kampung bolehlah menikmati faedah ini kerana bil bulanannya hanya RM5.50 sebulan. Rumah saya di Kota Kinabalu juga mempunyai bil sekitar RM15.00 sebulan. Kadang-kadang saya balik ke sana dan memasang pendingin hawa sehari suntuk. Rumah sewa saya sekarang pastilah kena bayar bil kerana ianya mencecah RM30.00 sebulan walaupun jarang memasang pendingin hawa dan tv.

Kerajaan juga akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 september 2008. Malangnya kereta saya yang berenjin diesel berkapasiti 2400 cc, dengan kadar cukai jalan RM 1000 setahun masih lagi berada di bengkel.

Harap-haraplah pula dengan pengurangan diti import barangan pengguna daripada 10% dan 60% kepada 5% dan 30% dapatlah meringankan sedikit beban pengguna kerana kebanyakan barangan tempatan juga mengambil bahan dari luar negara (import).

Sementara itu kakitangan awam semestinya bersyukur kerana akan menerima bonus sekurang-kurangnya RM500.00 sebagai persiapan hari raya aidilfitri dan juga hari Deepavali. Walaupun hari Deepavali tidak diisytiharkan cuti rasmi bagi Wilayah Persekuytuan Labuan dan Sarawak tetapi sebahagian pekerja sektor awam tetap menyambutnya.

Sekurang-kurangnya RM500.00 lagi bonus akan diterima oleh kakitangan awam pada bulan Disember 2008 untuk memeriahkan lagi sambutan hari Krismas dan Tahun Baru 2009 serta Maal Hijrah.

Rujukan: Teks Ucapan Bajet 2009


Baca penuh...