Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

26 Jun 2008

0

Cukup untuk makan tengahari


Saya tetap gembira walaupun memperolehi cek yang kecil dalam beberapa pelaburan. Mungkin bagi sesetengah orang cek seperti ini akan diperam sahaja sehingga tarikh luput. Bagi saya, sebelum dimasukkan ke akaun bank, saya mengambil kesempatan untuk imbas dan kongsi kepada rakan-rakan.

Sebelum cukai dikenakan, saya sepatutnya menerima RM 18.10 untuk ketiga-tiga pelaburan itu. Pendapatan pertama dikenakan cukai 15% iaitu RM 1.30 manakala yang kedua RM 1.87 (26%). Pendapatan ketiga tidak dikenakan cukai kerana nilainya cuma RM 2.24.

Saya membayar cukai sebanyak RM 3.17.



Saya diberikan 3 keping cek berjumlah RM15.23. Saya akan menghantar ketiga-tiga cek itu ke bank menggunakan bas (langkah jimat). Tambang bas ke bank adalah RM 4.00, pergi dan balik.

Setiap cek akan dikenakan caj RM 0.50. Maknanya caj keseluruhan ialah RM 1.50.
Saya masih gembira kerana menambah nilai ke akaun bank sebanyak RM9.73 untuk 3 cek tersebut. Wang itu nanti bolehlah digunakan untuk sekali makan tengahari - nasi campur lauk ikan, sedikit sayur dan minum lemon teh ais.



Baca penuh...

23 Jun 2008

0

Cikgu Suratkhabar Jadi Jutawan

“Saya tidak pernah bermimpi mampu menikmati kehidupan seperti sekarang. Terdapat tiga rahsia kejayaan yang membantu kejayaan saya iaitu yang pertama ialah berkongsi ilmu, jujur dan saling membantu. Rahsia yang kedua ialah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Bersyukur dengan cara menyebarkan ilmu perniagaan dan memberi bantuan kepada yang ingin Berjaya. Rahsia yang ketiga ialah patuh kepada orang tua . Rezeki amat berkat dengan adanya restu orang tua.” katanya seperti yang dicatatat dalam buku berjudul Bintang-bintang MLM Malaysia, oleh Webah dan Rudy.

Shamsul Ali b. Harabayni tidaklah asing bagi pengedar-pengedar jualan langsung di Malaysia kerana beliau menterjemahkan kata-katanya di atas dalam kehidupan sehariannya. Gelaran sebagai Cikgu Surat Khabar tidak mematahkan semangatnya malah menganggap gelaran itulah yang menjadikan dirinya popular. Mengimbas kembali bagaimana gelaran itu diperolehi, Cikgu Shamsul menceritakan bahawa gelaran itu mulai melekat dalam dirinya kerana turut mengambil upah mengedar suratkhabar semasa di sekolah. Dia harus bangun seawal jam 4 pagi untuk mengambil suratkhabar dari kilang pencetak dengan menggunakan motorsikalnya. Kemudian dia akan menyusun suratkhabar itu sebelum mengedarkan kepada pelanggan dan orang ramai.

Cikgu Shamsul menyertai CNI kerana saranan ayahnya. Walaupun ayahnya tidak memaksa tetapi dia tahu, jika orang tua yang mengesyorkan maknanya perkara itu baik. Namun Cikgu Shamsul menjadi resah kerana tidak mempunyai RM50.00 sebagai yuran keahlian. Mujur sahaja ayahnya faham lalu membayarkan untuknya. “Tebalnya muka menahan malu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sudah besar panjang, jadi guru pula, RM50.00 pun tidak ada.” katanya.


Langkah pertama yang dilakukannya ialah membaca dan memahami rancangan perniagaan tetapi bagaimana dia membacanya kerana rancangan perniagaan dan buku produk kesemuanya dalam tulisan Cina. Dia mulai rapat dengan uplinenya iaitu Encik Wong. Sekiranya Encik Wong sibuk, dia akan pergi sendiri ke stokis menggunakan motorsikalnya untuk membeli barangan CNI.

Bukanlah mudah untuk menerangkan produk CNI pada masa itu kerana semua label dan tulisan ditulis dalam tulisan Cina. Namun pengalamannya sebagai guru digunakan untuk meyakinkan pelanggan-pelanggannya.

Cikgu Shamsul cuma menetapkan satu matlamat iaitu membantu mengubah kehidupan keluarga. Dia mahukan ibu dan ayahnya hidup senang. Jika tidak sampai kaya, memadailah jika mampu hidup selesa kerana gaji sebagai guru masih tidak mampu meringankan bebanan keluarga. Sebagai anak sulung dalam keluarga, Cikgu Shamsul memegang tanggungjawab penuh terhadap adik-adik. Sudah tentulah keadaan ini yang membakar semangatnya untuk terus berusaha.

Selepas enam tahun mengajar di sekolah dengan gaji mencecah RM1,000.00 sebulan, Cikgu Shamsul akhirnya membuat pilihan berhenti mengajar di sekolah. Sebelum memilih keputusan tersebut, Cikgu Shamsul bertanya pendapat ramai orang termasuklah ayahnya, guru besar, imam dan rakan sejawatan. Mereka mengesyorkannya untuk berfikir masak-masak. Ketika itu bonusnya kira-kira RM14,000.00 sebulan dan dia mahu mencapai lebih banyak kejayaan lain.

Baginya, konsepnya perniagaan ini tidak jauh berbeza berbanding pekerjaannya sebagai guru. Cikgu Shamsul mahu menyebarkan ilmu supaya lebih ramai orang dapat bebas daripada belenggu kemiskinan dan kesusahan. Walaupun sudah ramai yang dilatih dan berjaya, tetapi dia tetap menghadapi masalah untuk meyakinkan ahli keluarga lain untuk turut serta.

Selepas meletak jawatan, dia mendirikan rumahtangga dengan Halijah bt. Che Ahmad yang juga bekerja sebagai guru. Namun dia tidak pernah memasukkan isterinya dalam dunia CNI. Biarlah isterinya meneruskan kerjayanya sebagai guru kerana Shamsul juga masih berkecimpung dalam dunia pendidikan – bezanya dia mengajar orang menjadi lebih berjaya dalam perniagaan.

Walaupun kini Cikgu Shamsul memiliki dua wisma CNI berharga RM500,000.00, dia belum bercadang mewariskan perniagaan kepada anak-anaknya yang masih kecil. Biarlah mereka sendiri yang menentukan kerjaya dan masa depan mereka, katanya.

Rujukan: Bintang-bintang MLM Malaysia


Baca penuh...