Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

Memaparkan catatan dengan label jenaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jenaka. Papar semua catatan

12 Ogos 2008

0

Liputan Jelas Di mana sahaja

Telefon bimbit secanggih manapun tidak berguna sekiranya tiada liputan di kawasan tersebut. Di dalam lif dan tempat letak kereta di aras bawah tanah merupakan kawasan yang sukar mendapat liputan. Ini kerana di tempat-tempat tersebut satelit pemancar tidak dapat menembusi ruangan tersebut.

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi telefon mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan?

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan telefon 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan garis liputan penuh di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk meningkatkan liputan telefon bimbit anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna telefon bimbit yang menggunakan bateri.

Caranya;

Langkah 1 : 'Off' atau matikan telefon bimbit anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri telefon bimbit anda. Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri telefon anda.

Langkah 3 : 'On' atau hidupkankan semula hp. Periksa garis liputan pada telefon bimbit anda. Semasa telefon anda dihidupkan, pastikan kod 'ID10T' tertera pada skrinnya.

Sekiranya kod 'ID10T' tertera di skrin, telefon anda tidak akan mengalami masalah liputan lagi!
*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit telefon bimbit anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID10T' tidak muncul di skrin telefon bimbit anda.

Kalau masih tidak berjaya, hentakkan telefon bimbit di dahi anda 10 kali sambil berkata "Aku dah terkena ni!".

Wang kertas RM2.00 tidak lagi dicetak disebabkan penyalahgunaan wang ini untuk kerja-kerja tidak berfaedah di atas.


Baca penuh...

20 Jun 2008

0

Lewat Sebulan Kena Potong

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan sedang bersiap sedia untuk tidur apabila apabila si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
"Yayang, period Ayang dah lewat sebulan, tapi Ayang tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira itupun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu kepada sesiapapun tentang perkara tersebut sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh seorang pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Perbualan berikut pun berlaku;

Pegawai TNB: Betulkah ini rumah encik Gapus?
Puan Gapus: Ya encik, saya isterinya. Ada apa encik?
Pegawai TNB: Puan, kali ini sudah sebulan lewat. Kami tidak boleh tunggu lagi.
Puan Gapus (dengan nada terkejut): Apa??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni dah sebulan lewat???
Pegawai TNB (selamba): Puan, inikan zaman IT. Semua maklumat ada dalam komputer dan kita boleh periksa online.
Puan Gapus (dengan nada lebih terkejut): Apa??? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???
Pegawai TNB: Bertenang puan. Ini baru kali pertama lewat sebulan dan kami akan bertimbangrasa. Ada juga yang lewat 5 - 6 bulan dan sudah berkali-kali.
Puan Gapus (gaya terperanjat beruk): Nanti saya berbincang dengan suami saya.

Lalu pegawai TNB itupun beredar dari situ.


Keesokkan harinya encik Gapus mengambil sijil cuti sakit (MC) dari klinik berhampiran. Dalam sijil cuti sakitnya ditulis penyakit PENING KEPALA. Sebenarnya encik Gapus hendak ke pejabat TNB selepas diberitahu oleh isterinya tentang kejadian semalam.

Setibanya di pejabat TNB, tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB dan orang ramai di situ, diapun memekik, "Apa korang ni, isteri saya baru kali pertama lewat sebulan pun nak heboh ke dalam internet. Awak ni yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke... Hah??? Bisness apa korang buat ni?? Nak kena saman ke?"

Lalu pegawai yang datang ke rumah encik Gapus semalam berdiri dengan tenang dan mententeramkan keadaan dengan berkata, "Bersabar encik. Jangan susah. Kalau encik hendak selesaikan perkara ini, bayar sahaja sekarang."

Kata-kata pegawai TNB itu membuatkan encik Gapus bertambah berang maka terjadi pula perbualan berikut;

En. Gapus: Apa??? Nak bayar korang??? Huh! Jangan harap!
Pegawai TNB: Kalau begitu, kami tiada pilihan lain kecuali terpaksa potong encik punya...
En. Gapus (mencelah): Apa?? Potong?? Abih tu isteri saya di rumah macam mana?? Kami nak pakai apa nanti??
Pegawai TNB: Nampak gayanya, isteri encik terpaksa pakai lilin. Encik juga perlu lebih berhati-hati semasa menggunakan lilin.
En. Gapus: ??

(Sumber: E-mel oleh inketiau.blogspot.com)
WYSIYG KATA: "Membayar bil elektrik lebih baik daripada membeli MC."


Baca penuh...