Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

26 April 2008

0

Berehat di Hujung Minggu

Keletihan bekerja selama lima hari memanglah terasa. Tetapi pada hujung minggu inipun masih terdapat kerja-kerja di rumah yang perlu dibuat.

Seringkali apabila seseorang mengajak untuk melakukan sesuatu yang kita tidak suka, seringkali kita menjawab 'sibuk' walaupun sebenarnya kita cuma 'sibuk menonton TV'. Kita hanya tidak sibuk semasa tidur tetapi itupun belum tentu dapat berehat sepenuhnya kerana ada pula mimpi-mimpi ngeri yang membuatkan kita terjaga.

Apabila kita diajak melakukan benda-benda yang kita suka, misalnya memancing, berbasikal, bersiar-siar ataupun dibelanja makan di restoran biasanya kita tidak ada alasan sibuk untuk menolak ajakan rakan tersebut.

Satu lagi yang sepatutnya kita jangan memberi memberi seribu dalih ialah apabila diajak menghadiri majlis ilmu yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Melainkan kalau majlis tersebut dikenakan bayaran yang diluar kemampuan kita, barulah kita berterus-terang bahawa kita tidak mampu.

Pernah suatu ketika dulu, seorang rakan mengajak saya dan beberapa orang rakan yang lain untuk menghadiri seminar peluang perniagaan yang percuma. Beberapa orang rakan saya yang lain tidak datang walaupun telah berjanji untuk datang.

Selepas menghadiri seminar itu saya berasa amat beruntung kerana memberi peluang kepada diri sendiri untuk menyertai seminar yang sememangnya jarang diadakan. Ianya penuh dengan teknik berkesan dalam menjalankan apa jua perniagaan dan juga motivasi-motivasi untuk mencapai kejayaan tidak kira dalam apa jua bidang.

Mungkin anda akan diajak oleh rakan untuk menghadiri seminar-seminar motivasi dan anda katakan 'saya telahpun menyertai seminar motivasi', tetapi bagi saya, selagi saya masih dalam perjalanan menuju kejayaan, saya tetap akan menimba ilmu dari sesiapa sahaja. Adalah tidak masuk akal untuk melalui semula jalan kejayaan yang penuh duri padahal seseorang telah merintis sebuah jalan yang luas, bersih dan lurus untuk menuju kejayaan.

Ianya sangat mudah untuk berjaya iaitu dengan dengan menyertai langkah-langkah orang berjaya. Langkah-langkah orang berjaya yang sebenar boleh didengar daripada orang yang telah berjaya. Maka adalah bijak untuk berkawan dengan orang-orang yang telah berjaya dan perlu juga berkawan dengan orang-orang yang belum berjaya untuk mendapat iktibar 'kenapa mereka belum berjaya?'

Saya tidak menggalakkan untuk berkawan dengan orang yang gagal kerana mereka adalah yang berpuas hati pada tahap mereka sekarang. Mereka rela dengan kegagalan mereka dan cuba pula mengajak kita untuk menyertai langkah mereka dengan berkata 'saya sibuk' atau 'itu tidak boleh!'


Baca penuh...

25 April 2008

0

Bayar Untuk Diri Sendiri

Hari ini hari gaji rasmi bagi kakitangan awam manakala kakitangan swasta biasanya menerima gaji pada setiap 30 haribulan.

Sebenarnya semalam lagi kawan-kawan dah hangat memperkatakan tentang gaji. Ada yang sudahpun mengambil dan membelanjakan wang gaji tersebut.

Saya pula baru habis membaca buku bertajuk 'Bapa Kaya, Bapa Miskin' oleh Robert T. Kiyosaki. Ia memang menarik untuk dibaca tetapi ia lebih menarik jika dilaksanakan untuk diri sendiri. Buku yang mendidik kita, bagaimana untuk menyimpan wang terlebih dahulu sebelum membayar kepada orang lain. Bagaimana untuk mendapatkan wang lebih banyak hasil daripada wang yang kita ada? Bagaimana merebut peluang pada masa yang tepat? Saya tidak mahu mengulasnya sekarang kerana buku ini terdapat di pasaran dan telah dicetak dalam pelbagai bahasa.

Apa yang saya ingin perkatakan adalah bagaimana menyimpan untuk diri sendiri sebelum membelanjakan wang yang anda ada. Adalah penting menyimpan untuk diri sendiri dahulu kerana melalui pengalaman saya, menyimpan selepas berbelanja memang tidak berkesan . Saya pernah merancang menyimpan selepas berbelanja tetapi akhirnya saya berjaya membelanjakan kesemua wang saya dan tiada apapun yang dapat disimpan.

Oleh itu, selepas membaca buku tulisan Robert, saya mendapat kesimpulan bahawa petua mudah ialah menyimpan 1/10 daripada gaji anda tidak kira berapa jumlah gaji anda. 1/10 daripada RM 1000.00 adalah RM100.00. Oleh itu simpanlah RM100.00 ke dalam akaun yang tiada kemudahan kad ATM. Contohnya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) ataupun akaun Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW) yang ditawarkan oleh Permodalan Nasional Berhad. Kalau gaji RM2000.00, simpan RM200.00. RM100.00 ataupun RM200.00 memanglah kecil nilainya tetapi lebih menguntungkan berbanding tidak menyimpan langsung.

Petua mudah yang lain ialah menjadikan wang bekerja untuk kita. Ianya cukup mudah, malah boleh dilakukan walaupun semasa anda sedang bersoronok berbelanja. Bagi mereka yang mahu mendapatkan wang lebih melalui perbelanjaan, caranya memang telah lama dilaksanakan oleh mana-mana pasaraya besar dengan menawarkan kad-kad penjimatan dan kad-kad yang boleh mengumpul mata (point). Tetapi kebanyakan pasaraya hanya membenarkan mata yang terkumpul ditukarkan dengan produk mereka. Oleh itu, kita tidak akan dapat wang tunai hasil daripada perbelanjaaan kita.

Ia berbeza dengan syarikat yang mengamalkan Multi Level Marketing (MLM) yang mana menukarkan mata kepada wang tunai dan ia terus di bank in pada hari yang mereka tetapkan. Sebagai contohnya CNI yang mengkreditkan wang bonus ke akaun saya pada setiap 15 haribulan.

Bagi saya, ia menguntungkan kerana saya telah berbelanja produk-produk yang dijamin kualitinya dan saya turut mendapat semula wang yang telah saya belanjakan.

Menyertai mana-mana MLM pula adalah mudah samada bertemu terus dengan pengedar (ahli berdaftar) ataupun melalui online seperti contoh di http://www.mycni.com.my/welcome.html.

Sekiranya anda mendaftar secara online di Mycni, sila gunakan Nombor Sponsor Code: 1118054.


Baca penuh...

24 April 2008

0

Sebulan Lagi Untuk Insentif

Ada di antara kita berkata 'kalaulah dulu ibubapa saya mampu menghantar saya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik...' tetapi itu amat sia-sia untuk diperkatakan kerana pada masa itu terdapat pelbagai halangan. Kesedaran ibubapa pula masih rendah kerana mereka tidak didedahkan dengan kepentingan pendidikan untuk anak-anak mereka.

Saya sendiri lahir dari keluarga yang tinggal di pedalaman. Pergi ke sekolah dengan berjalan kaki, menyeberangi sungai dan yang lucunya, kami hanya memakai kasut di sekolah. Kalau dipakai dari rumah, alamat basah dan kotorlah kasut itu. Namun saya bersyukur kerana kesemua adik-beradik saya telah berjaya dalam pendidikan iaitu menamatkan sekurang-kurangnya tingkatan enam. Adik-adik saya yang lain kemudiannya berjaya ke peringkat ijazah.

Adakah kami dibekalkan wang ke sekolah. Tidak perlu wang kerana kami membawa bekalan samada ubi kayu bakar, ubi kayu rebus atau ubi manis rebus. Ianya sedap dimakan dan tidak basi sehingga kami pulang dari sekolah. Saya juga berkongsi makanan dan saling bertukar makanan dengan rakan-rakan yang membeli mee goreng ataupun kuih yang dijual oleh rakan sekelas saya (anak guru kelas). Saya rasa makan mee goreng itu sedap kerana ibu saya tidak menggoreng mee di rumah pada masa itu. Oleh itu, saya bertekad untuk berusaha dalam pelajaran supaya apabila dewasa nanti, bolehlah saya makan mee goreng setiap hari (kerana sudah ada duit untuk beli mee).

Tetapi pada hari ini, saya mendapati bahawa peluang untuk mendapat pendidikan berkualiti telah terbuka luas walaupun kepada mereka yang kurang kemampuan dari segi kewangan. Selain pihak kerajaan, pihak swasta yang prihatin seperti CNI Holdings turut memberikan insentif pendidikan kepada anak-anak pengedar melalui pertubuhan sukarela Yayasan CNI .

Insentif pendidikan ini terbuka kepada semua anak-anak pengedar (ahli CNI) yang memenuhi kelayakan yang dinyatakan dalam borang permohonan insentif pendidikan Yayasan CNI. Sila muatturun borang dari http://www.mycni.com.my/form.html. Tarikh tutup permohonan untuk tahun 2008 ialah pada 23 Mei 2008 (Jumaat).

Sementara itu, CNI menyokong perkembangan pendidikan dengan turut mengeluarkan formula makanan untuk otak iaitu CNI Young Intelmax. CNI Young Intelmax kaya dengan vitamin yang dapat meningkatkan daya ingatan. Makanan kesihatan ini sesuai bukan sahaja kepada anak-anak yang sedang belajar tetapi juga untuk semua golongan tidak kira berapa usia mereka.


Baca penuh...

23 April 2008

0

Kesilapan Yang Kecil?

Ada sesiapa yang boleh memberitahu kepada saya, siapakah orang yang tidak melakukan kesilapan? Itulah sebabnya diwujudkan ruang untuk meminta maaf dan memperbaiki kesilapan itu.
Mereka yang melakukan kesilapan dan tidak memperbaiki kesilapan itu telah melakukan dua kesalahan.
Minggu ini, kami sedang membuat anjakan penyusunan buku-buku di perpustakaan. Kerja-kerja ini dilakukan kerana terdapat pertambahan judul buku terutamanya dalam kategori 500 - Natural Sciences & Mathematics (Sains Tulin & Matematik).

Hari ini, saya menyedari bahawa terdapat 32 label rak buku yang terakhir sepatutnya dicetak. Oleh kerana saya melekatkan label ke rak terakhir itu bermula dari nombor panggilan buku yang terakhir dalam cetakan, saya terpaksa menanggalkan kesemua 548 label penanda yang telah dilekat untuk membolehkan 580 label baru (yang betul) dilekatkan. Kerja-kerja menggunting 548 label penanda itu telah mengambil masa 1 jam dengan bantuan seorang rakan sekerja.

Saya mengambil masa satu hari untuk menyelesaikan kerja-kerja melekat sementara rakan sekerja yang lain sedang sorting (menyusun buku) mengikut Dewey Decimal Classification (Pengelasan Perpuluhan Dewey).

Kesilapan itu hanya disedari semasa melakukan shelving (meletakkan buku ke rak) apabila tiada rak penyusunan untuk buku Biologi bermula nombor panggilan 570 hingga 599. Kerja-kerja shelving dihentikan dan rakan-rakan sekerja meneruskan sorting untuk kategori buku yang lain.

Itu adalah kesilapan yang kecil tetapi saya harus mulakan lagi dengan mencetak (15 minit), menggunting (2 jam), menanggalkan pelekat salah (30 minit), menampal pelekat baru yang pasti betul (9 jam @ 1 hari bekerja).

Sekembalinya dari kerja, saya tenangkan perasaan geram saya bersama Si Manis dengan menikmati CNI Pandan Layer Cake.


Baca penuh...

22 April 2008

0

Hadiah Untuk Kawan

Semalam, seorang rakan sepejabat menuntut hadiah dari saya. "Hadiah apa pula?" kataku. Memang terkejut juga sebab tidak pernah berjanji untuk memberikan hadiah kepadanya.

"Hari ini hari lahir saya." katanya. "Oh... ya kan!" kataku. Sebenarnya saya tidakpun meletakkan peringatan hari lahir sesiapa dalam hidup saya. Saya sendiri tidak pernah meraikan hari lahir saya.

Pernah juga semasa dalam tingkatan tiga (umur 15 tahun) saya bertukar hadiah dengan rakan yang juga lahir beberapa hari selepas saya. Dia menghadiahkan saya cermin muka. (Mungkin dia nak saya lihat muka saya yang handsome. Cheewah.) Sebenarnya cermin muka memang sukar didapati di asrama itu kerana kebanyakan cermin muka di tandas telah pecah.

Saya pula menghadiahkan kalkulator kepadanya sebab saya memang gemar dengan kalkulator pada masa itu. Kami belajar di kelas yang sama sejak tingkatan satu dan sering bersaing dalam matapelajaran matematik dan sains. Kami belajar bersama-sama pada setiap malam kerana maklumlah kami tinggal di asrama yang sama. Dia sering mengajak saya ke rumahnya pada hujung minggu sehinggalah saya mengenali kesemua ahli keluarganya yang peramah.

Berbalik kepada cerita hari lahir rakan sepejabat, tengahari tadi saya membeli kek untuknya. Bolehlah makan bersama-sama sebelum pulang dari pejabat. Saya dan rakan-rakan menunggu beberapa jam tetapi akhirnya rakan sepejabat itu menelefon dan disambut oleh seorang rakan sepejabat yang lain. Rakan sepejabat yang diraikan memberitahu bahawa dia mengurus permit pembantu rumahnya yang telah tamat tempoh.

Kamipun menyimpan kek harijadi itu ke dalam peti sejuk, menunggu untuk dilemparkan ke mukanya pada hari esok.

Memang menggembirakan untuk mendengar ucapan 'Selamat Hari Jadi' dari sesiapa juga, sebagaimana saya menerima SMS dari kakak-kakak dan adik-adik saya. Walaupun cuma SMS dan tanpa hadiah berbentuk material, saya tetap menghargainya. Ucapan mereka penuh dengan harapan dan juga motivasi untuk saya seperti contoh berikut:
LIFE ends when you stop dreaming. HOPE ends when you stop believing. LOVE ends when you stop caring. FRIENDSHIP ends when you stop sharing. HAPPY BIRTHDAY!


Baca penuh...

21 April 2008

1

Kereta Sudah Dibaiki

Saya membayar RM200.00 kepada Ah Chin tetapi saya tidak tahu apa yang saya bayar. Kemudian pada petangnya Ah Chin menghantar kereta saya yang telah dibaikinya. Anehnya kereta yang dia hantar itu ialah van sedangkan kereta yang saya hantar ke bengkelnya adalah motokar.

Saya bertanya kepada Ah Chin tentang upah pembaikan kereta tersebut. "RM451.00" kata Ah Chin.

Pagi tadi, saya telahpun memberitahu Ah Chin bahawa saya cuma mempunyai RM200.00 selepas saya memberinya RM200.00 untuk bayaran yang tidak diketahui. Oleh itu Ah Chin telah maklum bahawa saya tidak akan membayar penuh RM451.00. Saya membayar RM100.00 kepada Ah Chin dan berjanji membayar bakinya selepas menerima gaji pada 25 April 2008 ini.



Agak luarbiasa kerana saya terlewat bangun iaitu pada jam 7:00 pagi. Biasanya bangun jam 6:30 pagi. Saya kemudiannya ke bilik air untuk mandi menggunakan CNI Royal Jelly (RJ) Shower Cream dan memberus gigi menggunakan berus gigi Zowin yang diletakkan dengan ubat gigi WINZ Fluoride.

Selepas mandi, saya bersarapan dengan roti sandwich yang diletakkan CNI Royal Honey Plus dan minum kopi Tongkat Ali Ginseng CNI. Selepas bersarapan, saya pergi ke tempat kerja dengan berjalan kaki selama 5 minit.

Ah Chin menghantar kereta rupanya hanya mimpi kerana kenyataannya, kereta masih lagi di bengkel.




Baca penuh...

20 April 2008

0

Keman Sagok Berpindah

Hari ini, saya melawat blog Keman Sagok.
Semalam, tuan punya blog ni hantar SMS "Saya telah berpindah". Ingatkan pindah rumah atau pindah tempat kerja. Rupanya berpindah alamat blog sahaja.

Bercerita mengenai topik berpindah. Sesetengah orang berkata 'apabila saya berpindah, saya akan berubah'. Jika benar begitu maka berpindahlah dan berubahlah untuk menjadi lebih baik.



Ada rakan sekerja saya yang tidak dapat menumpukan pekerjaannya dengan lebih baik lalu mengambil keputusan untuk berpindah dengan harapan akan menjadi lebih baik. Saya bersetuju dengan cadangannya untuk berpindah tetapi pertama sekali yang perlu berpindah adalah minda kita.

Jika selama ini kita beranggapan bahawa keadaan kita sentiasa malang kerana berada di tempat sekarang, apa kata ubahlah (pindahkanlah) pemikiran kita bahawa kita sentiasa bernasib baik di tempat sekarang.

Apapun, tahniah juga kepada rakan-rakan yang telah berpindah, tidak kira berpindah pejabat, rumah lama ke rumah baru mahupun berpindah nasib buruk ke nasib yang lebih baik.



Baca penuh...