Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

Memaparkan catatan dengan label nasib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasib. Papar semua catatan

26 Julai 2012

0

Gegaran di Labuan

Edisi terjemahan dari: http://1dusun.blogspot.com

Wilayah Persekutuan Labuan: Kira-kira jam 2.30 pagi, seluruh penduduk Labuan dikejutkan dengan bunyi letupan dan gegaran kuat. Letupan tersebut berpunca dari kapal tangki kimia yang diberi nama Bunga Alpinia. Kapal tangki milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC) Berhad tersebut dipercayai meletup disebabkan terkena sambaran petir. Kapal yang dibina pada tahun 2009 dan telah memulakan kerja-kerja pemunggahan minyak pada tahun 2010.


Jam 2:30 pagi: Mula terbakar
Jam 7:00 pagi: Satu lagi letupan kuat dari Kapal Bunga Alpinia
Kelihatan Plaform Supply Vessel / Multi-Purpose Offshore Vessel “Pacific Hawk” sedang mambantu memadamkan kebakaran tersebut.
Jam 9:30: Kapal mulai tenggelam
Beberapa orang pekerja telah dihantar ke hospital manakala seramai 5 orang lagi belum dijumpai. Kebanyakan pekerja adalah warganegara Malaysia, Filipina dan India.

Kapal tersebut telah ditunda ke tengah laut untuk mengelakkan api daripada merebak. Sehingga pukul 10:00 pagi (ketika berita ditulis), kapal tersebut telahpun mulai tenggelam kerana api tidak berjaya dipadamkan.
.

Gambar-gambar dari:
http://busuk.org/ping/view/261696
http://perkapalanmalaysia.com/

**
Saya juga mendengar letupan pada pukul 10:30 malam tetapi menyangka bahawa letupan tersebut adalah daripada bunyi mercun. Saya mengugacapkan takziah kepada mereka yang mempunyai saudara-mara yang terlibat dalam insiden kebakaran ini.


Baca penuh...

05 Ogos 2008

0

Penghantar Surat Menemui Lubuk Emas

“Betapa bahayanya nyawa penghantar surat. Saya melihat di hadapan mata, beberapa orang kawan mati di tengah jalan raya. Surat bertaburan sedangkan tubuh tergolek kaku tidak bernyawa. Alangkah murahnya nyawa penghantar surat.” katanya.
Roslan mengakui bahawa ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang kasut Bata bukanlah tidak mempu membiayai pelajarannya tetapi dia sendiri yang malas belajar lalu menamatkan pelajaran sehingga tingkatan tiga sahaja. Walaupun tidak berpelajaran tinggi, Roslan seorang yang rajin berniaga, berkebun dan melakukan bermacam-macam pekerjaan termasuklah bekerja di kilang.


Walaupun telah bekerja sebagai penghantar surat, Roslan masih melakukan kerja-kerja lain seperti berniaga burger, berniaga buah-buahan dan menjual air kotak di Tasik Titiwangsa.
Roslan bin Basir juga bersikap negatif ketika mula-mula diberikan peluang perniagaan CNI oleh dua orang adiknya, Murad dan Jailani kira-kira 12 tahun yang lalu. Ketika itu, beliau belum pernah bergaul dan melihat perkembangan individu yang membuat kerjaya jualan langsung.
Ketika adiknya bercerita tentang keistimewaan CNI , beliau tidak mempercayainya. Adiknya pun tidaklah berkereta tetapi cuma bermotorsikal. Murad telah menyuruh abang mereka iaitu Jailani untuk menajanya.

Roslan yang bekerja sebagai penghantar surat di Kuala Lumpur, memulakan perniagaan CNI dengan menjual beberapa barangan yang berharga rendah. Dia terpaksa berdikari memandangkan Murad dan Jailani berada di Klang. Ramai jiran yang memandang negatif dan mengatakan bahawa mana mungkin keluarga miskin noleh menjadi kaya dengan masuk CNI. Apabila mendapat cacian seperti itu, Roslan berehat dan menenangkan fikiran selama sejam atau dua jam. Kadang-kadang dia duduk di Taman Titiwangsa pada waktu tengah malam memikirkan cacian masyarakat yang mengatakan keluarganya gila dan menipu masyarakat.

“Ada juga rakan-rakan yang menggelar saya bomoh, doktor dan sebagainya dengan tujuan memperolok-olokan saya. Tetapi saya jadikan kata-kata mereka sebagai dorongan . Kawan-kawan pulaukan saya. Bila saya datang, mereka tinggalkan saya. Saya tidak kisah kerana saya fikir, kalau saya susahpun mereka takkan tolong. Habis-habis mereka bertepuk tangan, caci kita yang malas.”

“Bagi saya, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan. Alang-alang mandi biar basah. Kalau sudah mengorak langkah ke hadapan, jangan cuba berundur.” katanya
Menurutnya, pada tahun 1998 kegawatan ekonomi telah melanda Malaysia. Ramai pengedar kehilangan pekerjaan. Mereka yang bersikap pesimis menyangka bahawa peluang itu masalah, tapi orang optimis seperti Roslan menganggap masalah itu peluang. Ketika zaman kegawatan tersebut, beliau meningkatkan usaha. Ramai orang menyangka, inilah zaman kejatuhannya. Dalam kegawatan, orang lain menjual kereta tetapi dia menukar kereta daripada Mercedes C200 kepada E230 yang cuma berharga RM300,000.00 pada masa tersebut.

“Pada bulan ogos 1999, saya mendapat tabung rumah CNI yang pertama dan ini membuktikan CNI dalam apa jua keadaan boleh menjadikan kita berjaya. Downline yang telah mulai lemah semangat kini bersemangat semula. Fokus saya kini ialah membantu lebih ramai kawan-kawan untuk menjadi seperti saya.”

“Apa jua halangan adalah sama sahaja. Jangan ingat kalau kita sudah berjaya, tiada halangan. Tetapi cara dan gaya hidup lebih selesa berbanding dulu. Orang lain memang tergelak melihat kita jatuh tetapi kita berjaya, kita seronok dan orang lain tengok sahaja.”

Beliau mengakui, kehidupannya kini telah jauh berubah berbanding 12 tahun yang lalu. Kini beliau mempunyai lebih banyak masa lapang dan sering melancong, rezeki yang melimpah, dilindungi insuran dan kemudahan perubatan yang lebih baik. Dia juga berharap agar anak-anaknya akan belajar setinggi yang boleh kerana wang baginya bukan lagi masalah. Dia tidak mahu anaknya tidak berpelajaran sepertimana dirinya dahulu.

Walaupun perniagaan CNI telah memberi banyak perubahan dalam kehidupan Roslan, tetapi beliau masih belum puas. Menurutnya, orang yang berpuas hati akan mundur dan tertinggal ke belakang. Beliau tidak mahu mengulangi kehidupannya semasa tinggal di flat Gombak yang berharga RM22,000.00 yang mana dibeli secara berkongsi dengan isterinya Puan Faridah binti Nordin. Ketika itu, dia dan isteri masih sama-sama bekerja. Isterinya bekerja syif di Jabatan Farmasi, Pusat Rawatan Islam sebelum mereka bersama-sama mengambil keputusan berhenti kerja setelah dua tahun menceburi perniagaan CNI. Ini bermakna, mereka telah membeli kebebasan selepas dua tahun berjuang dalam CNI.

“Berniaga di pasar malam, bukan semua orang mampu tetapi dalam CNI tidak memerlukan banyak modal dan masa. Apa yang penting ialah sudi mengisi ilmu ke dalam dada sendiri dan kemudian memberikan kefahaman kepada orang lain. Kajian mendapati industri jualan langsung kini berada di tempat teratas dalam abad ke-21 ini kerana masyarakat lebih menumpukan kepada pemakanan kesihatan yang mana disebarkan menerusi industry jualan langsung. Hari ini, kalau kita tidak menyertai industri jualan langsung, lambat laun kita pasti akan menyertai juga.”


Baca penuh...

20 April 2008

0

Keman Sagok Berpindah

Hari ini, saya melawat blog Keman Sagok.
Semalam, tuan punya blog ni hantar SMS "Saya telah berpindah". Ingatkan pindah rumah atau pindah tempat kerja. Rupanya berpindah alamat blog sahaja.

Bercerita mengenai topik berpindah. Sesetengah orang berkata 'apabila saya berpindah, saya akan berubah'. Jika benar begitu maka berpindahlah dan berubahlah untuk menjadi lebih baik.



Ada rakan sekerja saya yang tidak dapat menumpukan pekerjaannya dengan lebih baik lalu mengambil keputusan untuk berpindah dengan harapan akan menjadi lebih baik. Saya bersetuju dengan cadangannya untuk berpindah tetapi pertama sekali yang perlu berpindah adalah minda kita.

Jika selama ini kita beranggapan bahawa keadaan kita sentiasa malang kerana berada di tempat sekarang, apa kata ubahlah (pindahkanlah) pemikiran kita bahawa kita sentiasa bernasib baik di tempat sekarang.

Apapun, tahniah juga kepada rakan-rakan yang telah berpindah, tidak kira berpindah pejabat, rumah lama ke rumah baru mahupun berpindah nasib buruk ke nasib yang lebih baik.



Baca penuh...