Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

03 September 2008

0

Orang Berjaya Tidak Berputus Asa

Dalam sebuah seminar di Universiti Oxford pada tahun 1948, Winston Churchill telah dijemput untuk berucap. Pesertanya terdiri daripada tokoh perfileman, usahawan dan ahli politik yang ingin mengetahui rashia kejayaan beliau. "Kejayaan saya berlandaskan tiga faktor utama. Pertama, jangan putus asa. Kedua, jangan, jangan berputus asa. Ketiga, jangan, jangan, jangan putus asa!" Suasana dewan sepi. Kata-kata 'jangan putus asa' bergema dan menyerap dalam kalbu hadirin.

Setiap orang menghadapi rintangan dan halangan dalam pelbagai bentuk seperti saudara mara, sahabat handai, majikan dan jiran-jiran tetapi siapakah penghalang terbesar diri kita? Tepuk dada dan selidikilah secara mendalam.

Halangan dan rintangan setiap orang sudah tentulah berbeza-beza maka terpulanglah kepada diri kita bagaimana untuk menghadapinya. Keazaman yang kukuh sahajalah yang boleh melawan apa jua rintangan dan cabaran.

Mengukuhkan keazaman dengan bersikap tegas terhadap pendirian tidak bererti menolak perubahan. Kita perlu tegas untuk mara ke arah matlamat yang jelas demi mencapai masa depan yang cerah.

Azam boleh dikukuhkan lagi dengan meningkatkan daya ketahanan untuk melawan tabiat-tabiat buruk yang membantutkan sesuatu usaha kita.

Fikiran positif juga dapat menguatkan azam kerana ia mempengaruhi kestabilan emosi dan seterusnya menentukan tingkah laku seseorang dalam menghadapi apa jua kesulitan dan kesusahan. Perbezaan terbesar antara orang biasa dengan orang yang berjaya ialah fikiran positif.

Rujukan: CNInews, Julai 2008


Baca penuh...