Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

23 April 2009

0

El Dia Del Ilibre


23 April merupakan satu tarikh simbolik kepada dunia penulisan dunia kesusteraaan serta pada tarikh yang sama juga pada tahun 1616, Miguel de Cernvantes, William Shakespeares dan Inca Garcilaso De La Vega meninggal dunia. Pada tarikh ini jugalah telah lahir dan matinya penulis-pelulis besar yang lain termasuklah Maurice Druonj, K. Laxness, Vlamir Nabokov, Josep Pla dan Manuel Mejia Vallejo. Secara kebetulan Shakespare juga dilahirkan pada 23 April 1564.

Justeru itu, pada tarikh tersebut Persidangan Umum UNESCO telah meletakkan satu tarikh yang khusus ditujukan kepada pecinta buku sedunia dan penulis bagi menghargai sumbangan mereka. Selain daripada itu, sambutan hari buku sedunia ini diadakan bagi menggalakkan masyarakat dunia terutamanya golongan muda untuk membudayakan pembacaan dan menyanjungi mereka yang dihormati kerana sumbangan besar mereka kepada masyarakat dunia.

Cetusan idea awal kepada sambutan ini bermula di Catalonia dimana pada 23 April, adalah merupakan hari Saint George. Mengikut legenda, Saint George telah membunuh naga untuk menyelamatkan puteri Catalan. Lantas daripada pembunuhan tersebut, darah naga yang mengalir telah menumbuhkan sepohon mawar, dan Saint George telah memetik sekuntum mawar yang paling cantik lalu diberikan kepada puteri tersebut. Sejak dari itu, pesta mawar (Festival of the Rose) telah disambut oleh masyarakat Bercelona. Setiap jejaka akan menghadiahkan sekuntum mawar kepada kekasihnya.

Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan 'el dia del llibre' atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena kematian William Shakespeares dan penulis-penulis lain. Sejak dari tahun 1923 itulah, para wanita yang menerima hadiah mawar dari kekasih mereka, kemudiannya akan menghadiahkan buku sebagai hadiah balasan di atas pemberian mawar itu. Juga telah dikatakan pada tahun itu sahaja sebanyak 400,000 buah buku telah terjual yang menjadi hadiah balasan kepada 4 juta mawar!


Kejayaan sambutan Hari Buku Sedunia secara langsung meletakkan penglibatan semua pihak yang terlibat di dalam dunia penulisan dan penerbitan. Baik di peringkat penulis, penerbit, pengajar, perpustakawan, masyarakat, media, pertubuhan bukan kerajaan malahan institusi swasta. Namun demikian, penumpuan khusus telah diletakkan kepada jumlah buku yang telah terjual atau secara tepat ia melibatkan kadar bacaan dikalangan masyarakat.

Mengambil contoh negara jiran Indonesia, Hari Buku Sedunia tidak pernah dibiarkan berlalu dengan pengisian yang kosong. Perkara itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana masyarakat Indonesia sememangnya terkenal sebagai sebuah komuniti dunia yang sangat mengagungkan buku. Kerana itu juga Indonesia tidak pernah sunyi daripada melahirkan buku-buku yang dianggap sebagai karya agung dan diperdebatkan dengan meluas oleh masyarakatnya.

Budaya mengagungkan buku di kalangan penduduk Indonesia juga menjadikan negara itu sebagai salah sebuah pusat penterjemahan buku terbesar selain India. Kebanyakan buku antarabangsa yang diiktiraf terbaik boleh didapati dengan mudah di negara berkenaan. Usaha penterjemahan yang sangat aktif itu membolehkan cabang ilmu dari seluruh dunia berkembang dengan pantas di Indonesia.

Keadaan agak berbeza di Malaysia apabila amalan membaca dan membudayakan buku tidak begitu mendapat perhatian. Ia terbukti apabila tidak ramai di kalangan kita yang menyedari adanya sambutan Hari Buku Sedunia. Waima di kalangan mereka yang mengaku sebagai pencinta buku sekali pun. Bukan tiada usaha dilakukan untuk meraikannya, namun sokongan dan penglibatan daripada masyarakat agak hambar.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) misalnya, tidak pernah terkecuali menganjurkan pelbagai aktiviti dalam menyemarakkan sambutan tersebut. Seperti yang berlangsung di PNM hari ini, Hari Buku Sedunia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kempen galakan membaca dan sebagainya.

Rujukan:




Baca penuh...

22 April 2009

0

Selamat Hari Bumi

Bukan semua enjin carian membuat logo khas untuk sambutah Hari Bumi yang dirayakan pada hari ini. Namun google setia memaparkan logo 'Earth Day' pada 22 April setiap tahun.

Menurut saintis, bumi boleh hancur di tangan manusia menjelang 2100 sekiranya pembebasan gas rumah hijau tidak dibendung dan kerosakan-kerosakan lain biarpun dalam saiz yang kecil dibiarkan berterusan.

Dalam peranan kita sebagai seorang manusia kerdil, aktiviti pembebasan gas rumah hijau, penebangan hutan dan penggondolan bukit barangkali terlalu jauh daripada kemampuan untuk menghalangnya.

Begitu juga kebimbangan saintis mengenai ais di 30 pergunungan salji yang mencair setengah meter atau suhu di permukaan lautan dan daratan yang meningkat kira-kira 0.67 darjah Celsius sehingga tahun 2007, di luar keupayaan kita untuk mendepaninya.

Namun, itu tidak bermakna kita tidak boleh menyumbang usaha ke arah menjadikan Bumi ini sebuah planet yang lebih baik pada masa depan, biarpun dalam keterbatasan usaha sebagai manusia biasa.

Sambutan Hari Bumi menyedarkan kita kepada realiti bahawa kita hanya memiliki satu dunia sahaja. Oleh itu, kita sewajarnya mengambil peluang hari ini bagi menunjukkan rasa cinta dan prihatin yang mendalam terhadap alam sekitar.

Antara yang boleh dilakukan ialah menggunakan kenderaan awam untuk ke mana-mana destinasi, menjimatkan penggunaan tenaga terutamanya air dan elektrik serta mendisiplinkan diri dengan budaya kitar semula.

Rujukan: Utusan Online

Bacaan Tambahan: Manusia Punca Kerosakan Bumi, Kosmo (22 April 2009)


Baca penuh...