Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

Memaparkan catatan dengan label wang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wang. Papar semua catatan

03 April 2012

0

Kewangan Sihat

Wang bukan segalanya tapi dalam kehidupan seharian, kita memerlukan wang.
Merancang perbelanjaan dapat mengukuhkan kedudukan kewangan. Kewangan yang kukuh dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri berikut:


  1.  Kehidupan tanpa hutang pengguna. Hutang pengguna adalah hutang untuk membeli barangan yang mempunyai susut nilai. Contoh: kereta, perabot, peti sejuk dan lain-lain.
  2. Rumah bebas hutang sebelum bersara. Sepatutnya bayaran ansuran rumah telah dijelaskan sepenuhnya sebelum anda bersara.
  3. Mempunyai tabungan yang mencukupi semasa bersara.
  4. Berupaya memberi pelajaran yang terbaik kepada anak-anak. Adalah penting untuk menyediakan dana kewangan untuk anak-anak meneruskan persekolahan ke peringkat universiti.
  5. Membayar secara tunai dalam segala perbelanjaan harian.
  6. Mempunyai kewangan yang mencukupi selama enam bulan sebagai dana kecemasan sekiranya berlaku apa-apa musibah yang melibatkan kehilangan punca pendapatan bulanan.
  7. Kehidupan yang ceria dengan percutian, rekreasi dan aktiviti  keluarga.


Sumber:
  • Berita Harian (2 April 2012) 
  • Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit


Baca penuh...

16 September 2008

0

Mendapat RM dengan membaca

Encik Osman Bin Alias mendapat RM100 setiap jam dengan hanya membaca ebook. Bagaimana beliau melakukannya bukanlah sesuatu yang pelik kerana sesiapa sahaja pun boleh melakukannya. Apa lagi jika seseorang itu kerap mengakses internet dan mempunyai beberapa orang rakan samada dikenali mahupun tidak.

Jika anda mencari-cari peluang membuat duit dengan modal yang rendah, anda boleh terus mencarinya melalui pelbagai sumber samada internet, akhbar dan cerita rakan. Bagi yang takut gagal, beranikan diri untuk menyertai program-program yang memerlukan modal minima. Belanjakan sedikit duit, lakukan mengikut cara program itu beroperasi dan anda tidak akan menyesal kerana anda melakukannya dengan betul.

Mari kita lihat samada program ekoleksi ini boleh menjana pendapatan atau menjana ilmu semata-mata. Saya menyertainya hari ini dan sekarang membaca ebooknya.



Lihat penyata bank Encik Osman... macam perigi yang penuh $$$$..
Klik SEMUAKAYA untuk maklumat lanjut.


Baca penuh...

29 Ogos 2008

0

Tidak perlu bayar bil elektrik

"Rakyat tidak lagi perlu membayar bil elektrik." demikian dinyatakan Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet 2009. Walaubagaimanapun faedah tersebut cuma dinikmati oleh isirumah yang menggunakan elektrik kurang daripada RM20.00 sebulan.

Maknanya, emak saya di kampung bolehlah menikmati faedah ini kerana bil bulanannya hanya RM5.50 sebulan. Rumah saya di Kota Kinabalu juga mempunyai bil sekitar RM15.00 sebulan. Kadang-kadang saya balik ke sana dan memasang pendingin hawa sehari suntuk. Rumah sewa saya sekarang pastilah kena bayar bil kerana ianya mencecah RM30.00 sebulan walaupun jarang memasang pendingin hawa dan tv.

Kerajaan juga akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 september 2008. Malangnya kereta saya yang berenjin diesel berkapasiti 2400 cc, dengan kadar cukai jalan RM 1000 setahun masih lagi berada di bengkel.

Harap-haraplah pula dengan pengurangan diti import barangan pengguna daripada 10% dan 60% kepada 5% dan 30% dapatlah meringankan sedikit beban pengguna kerana kebanyakan barangan tempatan juga mengambil bahan dari luar negara (import).

Sementara itu kakitangan awam semestinya bersyukur kerana akan menerima bonus sekurang-kurangnya RM500.00 sebagai persiapan hari raya aidilfitri dan juga hari Deepavali. Walaupun hari Deepavali tidak diisytiharkan cuti rasmi bagi Wilayah Persekuytuan Labuan dan Sarawak tetapi sebahagian pekerja sektor awam tetap menyambutnya.

Sekurang-kurangnya RM500.00 lagi bonus akan diterima oleh kakitangan awam pada bulan Disember 2008 untuk memeriahkan lagi sambutan hari Krismas dan Tahun Baru 2009 serta Maal Hijrah.

Rujukan: Teks Ucapan Bajet 2009


Baca penuh...

01 Julai 2008

0

Jangan Pandang Resit

Selepas sahaja ke majlis perkahwinan adik saudara di Tuaran pada 28 Jun, kami berempat (adik, seorang adik saudara dan emak) berkunjung ke rumah kakak di Taman Ketiau, Putatan.
Sudah lama tidak berjumpa kakak yang baru balik dari bekerja di Kuala Lumpur. Nampaknya si cilik Nana & Sasha akan mendapat adik baru tidak lama lagi.

Hampir sejam kami berada di situ sambil menyelongkar stor dan membawa bahan-bahan sejarah yang kami tinggalkan di Taman Jumbo dahulu. Ada diantara barang ini merupakan barang kami (adik-adiknya) dan yang lain merupakan barang mereka yang mahu dilupuskan. Walaupun kebanyakan barangan adalah terpakai tetapi kami fikir ianya masih boleh digunakan dan ianya bolehlah diberikan kepada sesiapa yang memerlukan. Adik saya bercadang memberikan sebahagian barang-barang tersebut kepada anak muridnya di sekolah.

Sebelum balik ke Tambunan, adik saya singgah di Kompleks Karamunsing untuk membeli laptop dan barang-barang keperluan dapur. Saya pula terus bergegas ke restoran KFC. Saya mahu memesan lima set nasi dan ayam kentaki tetapi hampa setelah hampir setengah jam berbaris (3 buah kaunter dibuka) kerana apabila sampai giliran saya, nasi telahpun habis. Saya memesan menu lain untuk dibawa pulang.


Saya kemudiannya ke sebuah pasaraya yang terkenal dengan slogan jimat dan murah. Oleh kerana adik saya telah menunggu di keretanya, saya harus membeli-belah dengan segera. Tanpa melihat harga, saya mengambil sebungkus mee segera (kawan di rumah pesan), dua biji epal china dan 4 tin minuman ringan (325ml).

Sesampainya di kaunter juruwang, saya meletakkan barang-barang tersebut dan juruwang mengira harganya. Saya terkejut apabila dipaparkan harga RM 23.90 dalam mesin tunai juruwang tersebut lalu saya bertanyakan mengenai harga mee. Saya bertambah terkejut apabila juruwang menyatakan harganya RM14.00 dan saya membatalkan pembelian mee tersebut. Juruwang tersebut kemudiannya memanggil penyelia mereka untuk membantu membatalkan senarai tersebut daripada mesin tunai.

Saya kemudian membayar untuk 2 biji epal dan 4 minuman tin tersebut berharga RM 9.90.
Saya menyimpan resit ke dalam beg plastik minuman dan memberikan kepada emak. Namun sekembalinya di Labuan pada 30hb Jun, saya mulai merasa pelik dengan harga keseluruhan barangan tersebut.

Kesal juga kerana tidak menyimpan resit pembelian tersebut.


Baca penuh...

26 Jun 2008

0

Cukup untuk makan tengahari


Saya tetap gembira walaupun memperolehi cek yang kecil dalam beberapa pelaburan. Mungkin bagi sesetengah orang cek seperti ini akan diperam sahaja sehingga tarikh luput. Bagi saya, sebelum dimasukkan ke akaun bank, saya mengambil kesempatan untuk imbas dan kongsi kepada rakan-rakan.

Sebelum cukai dikenakan, saya sepatutnya menerima RM 18.10 untuk ketiga-tiga pelaburan itu. Pendapatan pertama dikenakan cukai 15% iaitu RM 1.30 manakala yang kedua RM 1.87 (26%). Pendapatan ketiga tidak dikenakan cukai kerana nilainya cuma RM 2.24.

Saya membayar cukai sebanyak RM 3.17.



Saya diberikan 3 keping cek berjumlah RM15.23. Saya akan menghantar ketiga-tiga cek itu ke bank menggunakan bas (langkah jimat). Tambang bas ke bank adalah RM 4.00, pergi dan balik.

Setiap cek akan dikenakan caj RM 0.50. Maknanya caj keseluruhan ialah RM 1.50.
Saya masih gembira kerana menambah nilai ke akaun bank sebanyak RM9.73 untuk 3 cek tersebut. Wang itu nanti bolehlah digunakan untuk sekali makan tengahari - nasi campur lauk ikan, sedikit sayur dan minum lemon teh ais.



Baca penuh...