Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

16 Mei 2008

0

Guru Yang Hebat ~ Sikap

Guru yang sederhana, MEMBERITAHU,
Guru yang baik , MENERANGKAN,
Guru yang lebih baik , MENUNJUKKAN,
Guru yang paling hebat, MEMBERI INSPIRASI.


William Arthur Ward)

"CIKGU" merupakan perkataan keramat yang akan kekal dalam setiap orang yang pernah menjadi guru, tidak kira guru dalam mata pelajaran apapun. Biasanya yang dipanggil CIKGU ataupun TEACHER (untuk guru Bahasa Inggeris) adalah guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja. Guru Besar (di sekolah rendah) dan pengetua (di sekolah menengah) juga dipanggil CIKGU. Di kolej pula, guru (pensyarah) akan dipanggil SIR, MADAM. Di peringkat pengajian yang lebih tinggi, pelajar memanggil guru dengan panggilan seperti encik, Doktor dan Professor. Kalau guru agama Islam, dipanggil Ustaz dan Ustazah (perempuan). Guru agama Kristian pula dipanggil dengan panggilan lebih mesra seperti Brother (abang), Sister (kakak) ataupun Mother (ibu).



Walau apapun panggilan kepada cikgu, mereka tetap guru dalam bidang masing-masing yang melaksanakan tanggungjawab samada secara sukarela mahupun terpaksa. Mereka juga insan biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Seorang guru yang lebih banyak bertugas sebagai kaunselor biasanya akan berkata di penghujung sesi kaunselingnya dengan berkata "Dengar apa yang saya katakan, jangan lihat apa yang saya lakukan."

Kata-kata itu tidak bermakna yang guru kaunseling tersebut tidak melakukan apa yang diperkatakannya sendiri, tetapi beliau mahukan setiap individu yang dikaunseling itu akan dapat melakukan yang lebih baik daripada kehidupannya sendiri. Ayat mudahnya 'jadilah lebih baik daripada saya!'

Kita memang maklum bahawa guru-guru tidak mengetahui kesemuanya. Guru-guru hanya pakar dalam bidang masing-masing. Oleh itu terdapat ramai guru termasuklah guru Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya. Guru pula mempunyai pelbagai sikap peribadi yang bersesuaian dengan mata pelajaran (subjek) masing-masing. Contohnya, guru Pendidikan Moral adalah seorang yang baik hati dan menyayangi pelajarnya. Guru Sains (Biologi, Kimia, Fizik) mempunyai sedikit sifat kelakar semasa menerangkan sesuatu teori tetapi amat berhati-hati dalam setiap ujikaji. Guru matematik sedikit garang iaitu mendenda pelajar yang tidak memberi tumpuan dalam kelas. Guru ekonomi yang mesra, sebab dia juga mungkin mengajar subjek pengurusan perniagaan.

Daripada sikap-sikap peribadi guru tersebut, maka segelintir pelajar yang kreatif akan memberikan gelaran kepada guru seperti Cikgu Harimau (guru garang), Cikgu Bean (guru kelakar), Cikgu A (guru yang memberi hadiah bila pelajar dapat A) dan pelbagai gelaran lain yang digunakan oleh pelajar ababila bercerita tentang guru-guru mereka. Walaupun gelaran ini dilakukan oleh hanya segelintir pelajar yang bertujuan sebagai gurauan, guru-guru tidak perlu merasa malu, tetapi sebaliknya perlu menilai semula diri mereka samada gelaran itu tepat untuk dirinya atau sebaliknya.

Kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya yang pernah menjadi CIKGU saya semasa di S. K. Ragkam (1986 - 1991), S.M. St. Martin, Tampasak (1992 - 1996), S.M.K Gunsanad, Keningau (1997 - 1998), saya mengucapkan selamat hari guru dan jutaan terima kasih kerana ilmu yang telah dicurahkan.

Sebagai perkongsian untuk semua rakan-rakan, buatlah sedikit ujikaji formula matematik berikut tentang apakah yang boleh memberikan kejayaan 100% dalam kehidupan kita.

A small truth to make our Life 100%…..
If A=1, B=2, C=3, D=4, E=5, F=6, G=7, H=8, I=9, J=10, K=11, L=12, M=13, N=14, O=15, P=16, Q=17, R=18, S=19, T=20, U=21, V=22, W=23, X =24, Y=25, Z=26,


Then (Hardwork / Kerja keras)



H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98% only

( Knowledge / Pengetahuan)

K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96% only

( Love / Kasih sayang)

L+O+V+E = 12+15+22+5 = 54% only

(Luck / Nasib)

L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47% (don’t most of us think this is most important???)

Then what makes 100%?

Is it Money?…..No!!!
Leadership?…..No!!!

Every problem has a solution, only if we perhaps change our attitude.
To go to the top, to that 100% what we really need to go further…

a bit more…
A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

It is OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes Our Life 100%

Ya! 100% SIKAP yang menentukan samada kita berjaya. Fikir-fikirkan.

Sumber/Rujukan: MARIENA COLLECTION , SABAH.EDU.MY/SK. PEKAN MENUMBOK ~ MUTIARA

Download: Lagu Guru Malaysia


Baca penuh...

14 Mei 2008

0

Kehidupan Semudah ABC

(ABC Dalam Kehidupan)

  • A: Adil
  • B: Beranikan diri
  • C: Cekalkan hati
  • D: Derma selalu
  • E: Elakkan pertelingkahan
  • F: Fikir sebelum bertindak
  • G: Gembira selalu




  • H: Hormat orang tua
  • I: Ingat akan Tuhan
  • J : Jangan berdusta
  • K: Kasih akan semua
  • L: Lemah lembut amalan semua
  • M: Makan makanan seimbang
  • N: Nafsu jangan dituruti
  • O: Oh! pamerkan kesempurnaan
  • P: Pentingkan kesihatan
  • Q: Quality dalam kerjaya dan tugas
  • R: Rajin berusaha
  • T: Tanamkan sifat bekerjasama
  • U: Utamakan alam sekitar
  • V: Variasikan pengalaman
  • W: Wajibkan amalan membaca
  • X: X-ray diri sendiri
  • Y: Yakin pada diri sendiri
  • Z: Zalim jangan sekali (jangan lakukan terhadap sesiapa)

Sumber: Angkatan Bertindak Cemerlang (ABC)

Hari ini, pejabat saya dibanjiri air kerana hujan lebat. Kontraktor bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja di atas bumbung pejabat sementara kontraktor pembersihan menyedut air yang 'berkolam'. Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus bekerja.


Baca penuh...

13 Mei 2008

0

Apabila Mahathir Berkata

Memandang yang pihak pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya tidak mengkritik, tidak ada sesiapa yang akan berbuat demikian. Dan tanpa kritikan, Kerajaan dan Dato Seri Abdullah sudah tentu akan menyimpang.
~ Dr. Mahathir Mohamad (7 Mei 2008)

Mungkin saya patut sebut yang saya tidaklah bernasib baik seperti mereka kerana saya tidak mendapat pencen semasa mencapai umur 55 tahun. Sebaliknya, hanya menerima pencen setelah bersara pada tahun 2003 pada umur 78 tahun.
~ Dr. Mahathir Mohamad (9 Mei 2008)

Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.
~ Dr. Mahathir Mohamad (12 Mei 2008)


Inilah hasilnya apabila pemimpin dan ahli UMNO sudah lupa akan tanggungjawab mereka terhadap parti, terhadap bangsa, agama dan tanahair, tetapi sebaliknya menjadi tamak untuk mengisi temolok diri sendiri sahaja.
~ Dr. Mahathir Mohamad (13 Mei 2008)



Ini adalah keratan-keratan ayat dari blog http://www.chedet.com. Secara peribadinya, saya kagum dengan Tun Dr. Mahathir yang masih lagi memainkan peranan penting kepada kerajaan. Melalui penulisan beliau, saya dapat melihat keikhlasan beliau untuk memajukan negara Malaysia secara amnya.



Walaubagaimanapun, penulisan beliau juga boleh mengakibatkan pemimpin tertinggi dalam kerajaan bertelagah. Kita sebagai rakyat biasapun boleh kehilangan kepercayaan terhadap pemimpin kita disebabkan 'dasar dunia terbuka' seperti yang berlaku sekarang ini. Mungkin inilah Penangan Blog, yang dimaksudkan oleh Keman Sagok.


Baca penuh...

12 Mei 2008

0

Kaamatan Festival 2008 - Grand Finale

A celebration by the largest ethnic group in Sabah - the Kadazandusun and Murut communities. Held annually to give thanks for a bountiful harvest of rice, this event culminates at the state level in the district of Penampang. Here, visitors can witness and experience the Kadazandusun culture at it’s grandest scale. Join the local folks sing, dance, feast and play traditional games! This is also the time the Harvest Queen (or Unduk Ngadau) is selected.

Date : 30 - 31 May 2008
Organiser : Kadazandusun Cultural Association (KDCA)
Contact Person : Dr. Benedict Topin
Telephone : +6088 713696
Fax : +6088 713350
Email Contact : bovis@asia.com

Source: Life In Borneo

Musa to launch Kaamatan Festival celebration May 1
Koisaan Theme Song



Sambutan Kaamatan 2008 di Sabah

No.

Daerah/Kawasan

Tarikh

1

Beaufort

01 Mei

2

Tambunan

03 Mei

3

Keningau

04 Mei

4

Lahad Datu

04 Mei

5

Tawau

04 Mei

6

Kunak

04 Mei

7

Kudat

06 Mei

8

Kinabatangan

08 Mei

9

Tongod

08 Mei

10

Inanam

08 Mei

11

Tenom

10 Mei

12

Banggi

10 Mei

13

Kota Kinabalu City

11 Mei

14

Nabawan dan Pagalungan

11 Mei

15

Kota Belud

11 Mei

16

Sook

11 Mei

17

Telupid

12 Mei

18

Paitan

12 Mei

19

Matunggong

15 Mei

20

Sipitang

15 Mei

21

Sandakan

17 Mei

22

Beluran

17 Mei

23

Penampang

17 Mei

24

W. P. Labuan

17 Mei

25

Semp0rna

17 Mei

26

Pitas

18 Mei

27

Kota Marudu

18 Mei

28

Tuaran (Tamparuli dan Kiulu)

20 Mei

29

Menumbok

21 Mei

30

Kuala Penyu

21 Mei

31

Membakut

21 Mei

32

Ranau

22 Mei

33

Putatan

22 Mei

34

* Malam Pesta Unduk Ngadau

29 Mei

35

* Pesta Kaamatan Peringkat Negeri

30 Mei

34

* Pertandingan Akhir Ratu Unduk Ngadau

31 Mei

* Bertempat di: KDCA

Rujukan: Pesta Kaamatan Sabah

Pesta Kaamatan di Kawasan Lain

i) Lembah Klang – telah dianjurkan pada 11 Mei oleh KDCA Klang

“PIBABASAN MAYA KOUBASANAN”
“KEAMANAN MELALUI KEBUDAYAAN”

“PEACE THROUGH CULTURE"

Links: The Rituals of Tadau Kaamatan, Sabah Tourism Board



Baca penuh...

11 Mei 2008

0

Hari Ibu Untuk Ibuku Sahaja

"Di Indonesia hari ibu dirayakan pada 22 Disember dan ditetapkan sebagai perayaan nasional. Di beberapa negara Eropah dan Timur Tengah, Hari Ibu atau Mother’s Day diperingati setiap bulan Mac. Berbeza dengan di Amerika, dan lebih dari 75 negara lain, seperti Australia, Kanada, Jerman, Italia, Jepang, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan, dan Hongkong yang merayakan Hari Ibu atau Mother’s Day pada hari Minggu kedua bulan Mei. Pada tahun ini tarikh keramat itu jatuh pada Ahad ini (11 Mei)."
(Rujukan: Wikipedia)

Surat terbuka untuk ibu

11 Mei 2008

Kepada ibuku yang tersayang, Noriah Girit yang masih tinggal di Kampung Kuyungon, Tambunan.

Salam sejahtera, salam kasih dan semoga sihat ceria.

Ibu,
Saya di sini sihat. Ibu janganlah bimbang kerana saya telahpun pandai jaga diri (seperti yang ibu ajar).

Ibu,
Tentunyai ibu masih ingat, semasa ibu mengusung saya ke sana sini selama sembilan bulan sepuluh hari kerana saya masih berada di dalam perut ibu. Pada masa itu, saya merasakan ibu terlalu gembira dan selalu membelai-belai saya. Saya teringin sekali melihat ibu lalu ibu pun bertarung nyawa melahirkan saya, Semasa dilahirkan, saya menangis kerana kagum melihat wajah ibu dan cahaya yang terang di sekitar.

Ibu kemudian memandikan saya dengan air suam, memakaikan pakaian yang cantik dan bersih serta menyusukan saya. Apabila saya menangis, ibu menepuk-nepuk belakang saya. Kemudian ibu membuai saya dan saya tertidur nyenyak.

Ibu cuba membuat kerja lain, mencuci dan memasak tetapi saya menangis lagi kerana takut ditinggalkan seorang diri. Ketika itu, satu saat tanpa ibu, terasa seperti satu tahun. Lalu ibu menggendong saya sambil membuat kerja. Saya berhenti menangis kerana tahu ibu sayangkan saya.

Apabila makan, ibu suapkan makanan. Ibu tahu saya tidak mampu mengangkat sudu yang berat itu dan bubur itu juga panas... jadi ibu tiupkan dahulu.

Masa terus berlalu, kadangkala saya sakit dan ibu menjadi risau...
Ibu lalu menggendong saya dan berjalan kaki sejauh lebih 10 kilometer semata-mata mendapatkan rawatan untuk saya. Di wajah ibu jelas terpapar keletihan kerana berjalan kaki sejauh 20 kilometer tetapi ibu tetap tersenyum dan membelai saya. Ibupun tahu, kalau saya berjalan sendiri, belum tentu sampai 1 meter. Lagipun langkah ibu lebih panjang dan saya pula belum tahu merangkak, apatah lagi berjalan.

Tiba-tiba pula hujan turun dengan lebatnya tetapi ibu tetap meneruskan perjalanan pulang. Ibu menyelimutkan seluruh badan saya dengan kain tebal. Tangan kanan ibu memegang payung manakala ibu menggendong saya dengan tangan kiri.

Kemudian saya menangis kerana lapar. Lalu ibu menyusukan saya padahal ibu sendiri tiada menjamah makanan selama sehari.

Ibu,
Setahun kemudian, sayapun merangkak, berdiri dan berjalan. Ibu memberikan galakan sambil mengawasi ke mana saya pergi. Ibu membersihkan seluruh ruang rumah yang akan saya jelajahi. Semua benda diletak terlalu tinggi dan saya berusaha mencapainya. Saya menangis kerana ada benda yang cantik di atas sana. Saya berusaha mencapai benda itu tetapi terlalu tinggi dan saya berputus asa lalu menangis. ibu memujuk saya dengan mengangkat saya dan mendekatkan saya ke benda itu. Kata ibu, "Ini pelita. Pada waktu malam, pelita harus dipasang. Kalau tidak dipasang, tentulah gelap."

Patutlah kalau ibu padam pelita itu, saya tidak nampak apa-apa lalu saya akan menangis tetapi ibu akan bersuara dan saya tahu ibu setia di sisi saya.

Ibu,
Masihkah ibu ingat, ibu membawa saya ke bendang untuk menanam padi. Ketika itu, ibu membiarkan saya di bawah pokok langsat yang tumbuh di tengah bendang dengan beralaskan tikar. Saya berkeras mahu mengikut ibu tetapi rupanya berjemur di tengah bendang adalah sangat panas, ya ibu.

Saya menangis lagi kerana ada sesuatu mengigit saya. Ibu berlari dengan pantas untuk melihat saya. Rupanya sang semut yang mengigit saya dan ibu menggosok kesan gigitan itu dengan minyak kayu putih. Lalu kita pulang kerana ibu juga mahu memasak makanan untuk saya.

Ibu,
Masa terus berlalu dan padipun sudah menguning. Ibu membawa lagi saya ke bendang. Ibu memacakkan payung untuk saya berteduh. Tapi ibu, saya juga mahu menuai padi itu. Saya merebahkan padi itu kerana ia terlalu tinggi. Ibu membiarkan saya sehinga akhirnya saya letih dan tertidur di tengah-tengah bendang. Lalu ibu mengangkat saya dan meletakkan saya di bawah payung.

Hari berikutnya saya demam dan ibu menjaga saya dengan penuh kasih sayang. Kata ibu, "Itulah, kamu degil semalam."

Ibu,
Masa berlalu begitu pantas ya ibu... dan padi di bendang telahpun habis dituai. Saya melihat ibu memasukkan buah langsat ke dalam wakid. Seawal jam 3 pagi, ibu telah bersiap sedia untuk keluar dan memulakan perjalanan. Saya menangis kerana mahu mengikut ibu. Saya ingin tahu apakah yang ibu buat dengan buah langsat itu. Ibu berkata, "Saya mahu menjual buah langsat ini di tamu. Kamu tidak boleh kacau ibu."

Saya berjanji tidak mengacau ibu lalu ibu memandikan saya dengan air suam dan memakaikan pakaian yang cantik. Saya gembira kerana ibu membawa saya ke tamu. Tapi, oh... rupanya di luar sana masih terlalu gelap ya, ibu.

Ibu,
Masikah ibu ingat,iIbu menggendong saya menuruni tangga sambil mengangkat 'wakid' di belakang. Saya menangis kerana terdengar bermacam-macam bunyi di kiri kanan jalan. Ibu memujuk dan memberitahu bahawa itu adalah bunyi cengkerik dan serangga-serangga hutan. Oh, rupanya kita melalui jalan hutan ya ibu.

Tiba-tiba, ibu berhenti di tepi sungai dan menanggalkan selipar yang dipakai. "Apa yang ibu buat?" tanyaku.
"Ibu harus menyeberangi sungai ini. Pegang ibu kuat-kuat." kata ibu.

Kita selamat menyeberangi sungai itu dan ibu meneruskan perjalanan. Hari beransur siang dan terdapat sebuah lagi sungai untuk diseberangi. "Kenapa ada dua sungai?" tanyaku kepada ibu.
Ibu menjawab, "ini sungai yang sama. Sungai Tondulu. Kita menghilir di sungai ini menuju ke Tambunan." jawab ibu sambil menanggalkan selipar.

Tiba-tiba ibu tergelincir semasa di tengah sungai. Selipar tercampak lalu dihanyutkan oleh air sungai. Saya menangis takut dan memeluk ibu dengan kuat. nasib baik ada kawan ibu ydng datang menolong kita.

Kini selipar ibu telah hanyut dan baju ibu juga basah. Tetapi ibu bersemangat kuat dan kita meneruskan perjalanan.

Saya masih menangis tetapi ibu memujuk saya. kata ibu, "Tamu sudah dekat, nanti ibu belikan baju baru untuk kamu."

Sesampainya di tamu, ibu membelikan baju baru untuk saya tetapi ibu sendiri tidak membeli baju. ibu membawa saya masuk ke dalam tandas dan menukar baju saya. Ibu memerah baju ibu sehingga hampir kering lalu memakainya semula.

Ibu,
Ketika matahari bersinar, saya melihat baju ibu berasap lalu bertanya. Jawab ibu, "Baju ini bukan berasap, ini air yang menjadi wap. Wap kelihatan seperti asap kerana ia naik ke udara." jelas ibu.

Saya sangat seronok melihat ramai orang membeli buah langsat yang ibu jual. Ibu kemudian meminta tolong dari rakan ibu untuk membeli sesuatu. Oh.. rupanya ibu meminta dibelikan makanan untukku. Terima kasih ibu.

Selepas buah langsat habis dijual, ibu membawa saya berjalan-jalan dan membeli sesuatu. Ibu membeli pensel dan buku. Saya bertanya, "Ini untuk kakak?"

"Tidak, ini untuk kamu, sayang." jawab ibu. Tahukah ibu bahawa saya gembira kerana akhirnya ibu membelikan buku dan pensel untuk saya. Dahulu, ibu marahkan saya kalau mengacau buku dan pensel kepunyaan kak Ella dan kak Elly.

Menjelang tengahari, kita pun pulang ke rumah. Ibu tidak lagi menggendong saya. Ibu membiarkan saya berjalan sendiri. Sekali-sekala ibu membiarkan saya berjalan di hadapan, kadangkala beriringan dengan ibu tetapi tidak pernah meninggalkan saya berjalan di belakang ibu. Oh ibu, perjalanan ini sangat jauh. Saya haus...

Ibu kemudian singgah di sebuah rumah dan meminta segelas air untuk saya. Selepas minum, kita meneruskan perjalanan sehingga sampai ke tebing sungai. "Sungai ini jahat ya, ibu. Ia mengambil selipar ibu malam tadi." kataku.

Ibu menjawab, "Sungai ini tidak jahat, sayang. Bukankah sayang baru minum airnya tadi."

Saya melihat kaki ibu dan mendapati ibu memakai kasut getah hitam yang masih baru. Tentunya kaki ibu terlalu sakit ketika memijak batu-batu kasar di jalan raya menuju ke kedai pagi tadi.

"Ibu, saya terlalu letih. Saya tidak boleh berjalan lagi. Perjalanan ini terlalu jauh." saya mula merungut.

Kemudian ibu menggendong saya dan saya tidak sedar sehinggalah sampai di rumah. Malamnya, saya terbangun dan ibu menyuapkan makanan untuk saya. Tidakkah ibu letih selepas menggendong saya seharian pada masa itu?

Ibu,
Beberapa bulan berlalu, ibu memakaikan baju putih, seluar hitam dan kasut putih kepadaku. "Kita nak ke mana, bu?" tanyaku.

Jawab ibu, "Kita ke sekolah, mengikuti kak Ella dan kak Elly." "Tapi bu, mereka pakai baju hitam dan putih. Saya berbaju putih sahaja." jawabku.

"Kakakmu perempuan. Perempuan mesti berpakaian cantik seperti tu. Kamu pakai macam ini kerana kamu lelaki. Barulah nampak macho." jawab ibu. Saya bersorak-sorak kegembiraan tetapi kata ibu, saya tidak boleh membuat seperti ini apabila berada dalam kelas nanti.

"Apa itu kelas?" tanyaku.
"Kelas tu tempat belajar." jawab ibu.
"Belajar tu apa?" tanyaku lagi.
"Belajar tu, menulis, membaca, mengira dan banyak lagi." jawab ibu.
"Menulis tu apa?" tanyaku lagi.
"Nanti cikgu kamu bagitau, apa itu menulis." jawab ibu.
"Cikgu tu apa?" tanyaku sambil meneruskan perjalanan di hadapan ibu.
"Cikgu tu macam ibu juga. Cikgu tu yang boleh jawab semua soalan kamu, sayang." jawab ibu
"Kenapa ibu tidak boleh jawab?' tanyaku sambil menoleh ibu di belakang.
"Kerana ibu bukan cikgu yang mengajar di sekolah."

Banyak soalan saya semasa dalam perjalanan dan kita tidak sedar sehingga kita telah sampai di sekolah kan bu? Tidakkah ibu jemu menjawab soalan-soalan saya pada masa itu?

Ibu,
Sesudah di sekolah, ibu membawa saya berjumpa dengan cikgu. Cikgu membawa saya masuk ke dalam kelas. Saya menangis kerana takut ibu tinggalkan saya. Ibu menunggu di luar bersama kawan-kawan ibu. Selama seminggu ibu menghantar dan menunggu saya di luar kelas semata-mata tidak mahu saya menangis. Kawan-kawan ibu yang lain tidak lagi menunggu bersama ibu. Mereka telah pulang tetapi saya tahu, ibu sayangkan saya dan akan terus menunggu saya.

Petangnya, kita pulang bersama kak Ella dan kak Elly dan ibu bertanya kepada saya, "Masih mahu ibu menghantar dan menunggu kamu minggu depan?"

"Kenapa minggu depan? Esok?" tanyaku.
"Hari ini jumaat. Esok sabtu, jadi sekolah ditutup." jawab ibu
"Kawan-kawan kata, saya penakut kerana selalu menangis kalau ibu tiada." kataku.
"Sayang, kamu tidak akan dapat belajar kalau ibu sentiasa di sisimu. Kamu harus datang sendiri ke sekolah dan pulang sendiri. Ikut kakak kamu tu." jelas ibu.

"Tapi, saya telah belajar semasa ibu ada di sekolah. Sekarang saya boleh menulis." kataku menunjukkan buku yang saya telah tulis.

Ibu menjawab, "Ini memang tulisan tetapi tiada maksud kerana semuanya contengan sahaja. ini bukan ABC. Kamu akan menulis lebih cantik dari ini dan orang lain boleh membacanya." jawab ibu.

Ibu,
Tahukah ibu bahawa tulisan saya pada hari ini ada maksudnya. Bukan lagi contengan seperti pada mulanya ibu menghantar saya ke sekolah. Orang lain juga boleh membacanya walaupun saya sudah tulis "Untuk Ibuku Sahaja'. Tetapi tidak mengapa kan ibu? Semoga surat terbuka ini akan mengabadikan kenangan saya bersama ibu, ketika saya kecil dahulu.

Ibu,
Begitu besar nilai kasih sayang yang ibu semai kepadaku. Bibit kasih sayang yang telah ibu taburkan kepadaku telah tumbuh dan tidak lagi mampu kubalas. Saya tahu, semuanya itu ibu lakukan dengan ikhlas kerana sehingga kini ibu tidak pernah meminta apa-apa dari saya, malah ibu tetap bersendirian di kampung, dalam rumah yang usang itu.

Salam sayang untukmu ibuku. Hatiku menganugerahkanmu 'Ibu mithali sepanjang hayat kepadamu ibuku. Selamat hari ibu."

Salam sayang dan rindu selalu,
Anakmu (Sudah semestinya nama saya ditulis di sini)


P/S: Kalau mahu mengetahui kisah anda semasa kecil, tanyalah ibu anda. Ibu tahu segalanya tentang anda. Mereka yang dijaga oleh pengasuh sekalipun pasti boleh mendapatkan kisah hidup semasa kecil.



Baca penuh...