Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

13 Oktober 2008

Rey dicabar 10 negara

Juara bintang RTM tahun lepas, Reynaldo Ragie (Rey) akan berlepas ke bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam esok untuk membawa cabaran di pentas Asean Golden Melodies Festival yang akan berlangsung 14 – 19 Oktober ini.

Artis kelahiran Tuaran berumur 22 tahun itu dipilih oleh RTM untuk mewakili Negara dalam kategori lelaki di festival lagu rakyat anjuran stesen radio The Voice of Vietnam. Kategori wanita pula diwakili oleh Dia Fadila.

Rey yang masih menuntut di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mengakui perasaannya berbaur seronok dan cemas kerana akan bersaing dengan penyanyi professional dari 10 buah Negara anggota Asean.

Pada pertandingan ini, Rey akan membawakan dua buah lagu – One Thousand Million Smiles (Sudirman Hj. Arshad) untuk genre pop kontemporari dan Tari Desa Gemalai (Ramli Sarip) untuk genre muzik rakyat.

Sumber: Daily Express

0 komen: