Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

22 April 2009

Selamat Hari Bumi

Bukan semua enjin carian membuat logo khas untuk sambutah Hari Bumi yang dirayakan pada hari ini. Namun google setia memaparkan logo 'Earth Day' pada 22 April setiap tahun.

Menurut saintis, bumi boleh hancur di tangan manusia menjelang 2100 sekiranya pembebasan gas rumah hijau tidak dibendung dan kerosakan-kerosakan lain biarpun dalam saiz yang kecil dibiarkan berterusan.

Dalam peranan kita sebagai seorang manusia kerdil, aktiviti pembebasan gas rumah hijau, penebangan hutan dan penggondolan bukit barangkali terlalu jauh daripada kemampuan untuk menghalangnya.

Begitu juga kebimbangan saintis mengenai ais di 30 pergunungan salji yang mencair setengah meter atau suhu di permukaan lautan dan daratan yang meningkat kira-kira 0.67 darjah Celsius sehingga tahun 2007, di luar keupayaan kita untuk mendepaninya.

Namun, itu tidak bermakna kita tidak boleh menyumbang usaha ke arah menjadikan Bumi ini sebuah planet yang lebih baik pada masa depan, biarpun dalam keterbatasan usaha sebagai manusia biasa.

Sambutan Hari Bumi menyedarkan kita kepada realiti bahawa kita hanya memiliki satu dunia sahaja. Oleh itu, kita sewajarnya mengambil peluang hari ini bagi menunjukkan rasa cinta dan prihatin yang mendalam terhadap alam sekitar.

Antara yang boleh dilakukan ialah menggunakan kenderaan awam untuk ke mana-mana destinasi, menjimatkan penggunaan tenaga terutamanya air dan elektrik serta mendisiplinkan diri dengan budaya kitar semula.

Rujukan: Utusan Online

Bacaan Tambahan: Manusia Punca Kerosakan Bumi, Kosmo (22 April 2009)

0 komen: