Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

03 Oktober 2013

Pomogunan Pantod

Hiruk-pikuk jeritan pepohon
digegar mesin pemotong
tanpa belas-kasihan
mengganas meratah pusaka
yang ditatang 1000 purnama

Tidakkah kalian tahu
berbekal segenggam garam, sebilah kapak
1930 ditandakan sempadan
Tanda tanah telah dijaga
Sang pemilik gigih berani

Wahai waris Pomogunan Pantod
bangkit dan bertempiklah
hentikan segera pemerkosa
membogelkan hutan Pomogunan Pantod
memendamkan keluhan lesu Sungai Pantod
mengugat keharmonian para tambaig

Bertempiklah
"kembalikanlah kepada yang hak
kerana tanah itu pernah bermandi darah
darah pejuang peneroka tradisi
peluhnya kekal menyuburi rimba
sumber penghidupan dan tenaganya"

Tidakkah kalian malu
menuai hasil titik peluh perwira
memijak tanah kuburnya
tanpa peduli titisan air mata para waris
jauh sekali menzahirkan penghargaan
malah menambah onar pada tumbuhan
memusnahkan sumber penghidupan waris

* Pomogunan Pantod adalah sebuah kawasan seluas 25 hektar manakala tambaig (Bahasa Pantod) adalah pelbagai hidupan sungai.

0 komen: