Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

12 Ogos 2008

Liputan Jelas Di mana sahaja

Telefon bimbit secanggih manapun tidak berguna sekiranya tiada liputan di kawasan tersebut. Di dalam lif dan tempat letak kereta di aras bawah tanah merupakan kawasan yang sukar mendapat liputan. Ini kerana di tempat-tempat tersebut satelit pemancar tidak dapat menembusi ruangan tersebut.

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi telefon mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan?

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan telefon 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan garis liputan penuh di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk meningkatkan liputan telefon bimbit anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna telefon bimbit yang menggunakan bateri.

Caranya;

Langkah 1 : 'Off' atau matikan telefon bimbit anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri telefon bimbit anda. Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri telefon anda.

Langkah 3 : 'On' atau hidupkankan semula hp. Periksa garis liputan pada telefon bimbit anda. Semasa telefon anda dihidupkan, pastikan kod 'ID10T' tertera pada skrinnya.

Sekiranya kod 'ID10T' tertera di skrin, telefon anda tidak akan mengalami masalah liputan lagi!
*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit telefon bimbit anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID10T' tidak muncul di skrin telefon bimbit anda.

Kalau masih tidak berjaya, hentakkan telefon bimbit di dahi anda 10 kali sambil berkata "Aku dah terkena ni!".

Wang kertas RM2.00 tidak lagi dicetak disebabkan penyalahgunaan wang ini untuk kerja-kerja tidak berfaedah di atas.

0 komen: