Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

28 April 2008

Air Oh Air

(Nanyikan dalam rentak lagu 'bangau oh bangau')
Air oh air, kenapa engkau kering???
Macamana aku tak kering, katak tak panggil hujan..
Katak oh katak, kenapa tak panggil hujan???
Macamana nak panggil hujan, ular tak makan aku...
Ular oh ular, kenapa tak makan katak???
Macamana nak makan katak, perut aku sakit...
Perut oh perut, kenapa engkau sakit???
Macamana aku tak sakit, minum air kotor...
Air oh air, kenapa engkau kotor???
Macamana aku tak kotor, orang kotorkan aku...
Orang oh orang, kenapa kotorkan air???
Macamana tak kotorkan air, memang kami pengotor

Oh, kalau beginilah jawapan manusia (orang), memang dunia bakal menghadapi krisis kekurangan air bersih.

Fakta tentang air:
  • Pelarut universal
  • 70% badan manusia adalah air
  • 75% Otak manusia adalah air
  • 97% air di dunia adalah air masin di laut
  • 3% air adalah tawar
  • 0.3% daripada 3% air tawar adalah air bersih yang boleh digunakan oleh manusia untuk makan, minum, mencuci dan kegunaan harian (isi air kereta dsb)
  • manusia hanya boleh hidup selama 5 - 7 hari tanpa air (itupun kalau dia berkurung di tempat sejuk - kalau di padang pasir???)
  • Orang Malaysia menggunakan 15 - 18 billion meter padu air setahun.
  • Orang Malaysia menerima 990 billion meter padu air hujan (yang mengakibatkan banjir kilat di sesetengah bandaraya)

Petua Tradisional Untuk Menjaga Kebersihan Air
  • Jangan membuang sampah ke sungai, tasik dan sumber air semulajadi yang lain. Parit pun bukanlah tempat untuk membuang sampah.
  • Gunakanlah bahan pencuci yang mesra alam.
  • Elakkan penggunaan baja kimia dan racun perosak.
  • Elakkan menumpahkan apa-apa jenis minyak ke sinki, longkang, sungai mahupun laut.
  • Jangan bunuh hidupan akuatik. Pencemaran air bukan sahaja membunuh hidupan akuatik tetapi juga tumbuhan di sekeliling.
  • Bawalah rakan-rakan untuk menjaga kebersihan longkang, sungai, tasik atau sumber air yang lain.
  • Laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (atau pihak berkuasa lain) sekiranya ada kawan/orang yang tidak dikenali sengaja mencemarkan air. (Jika pihak pencemar itu enggan mendengar nasihat anda).

Petua Moden Untuk Mendapatkan Bekalan Air Bersih
  • Beli air yang ditapis - praktikal jika anda sedang mengembara atau memang tidak ada air di rumah.
  • Beli penapis air sendiri - ianya lebih menjimatkan kerana penyelenggaraan boleh dilakukan sendiri.
Di pasaran, terdapat sejenis penapis air yang boleh menjadikan air benar-benar berkualiti, sedap diminum begitu sahaja dan kita akan benar-benar menikmati hidup yang sebenarnya. Penapis air WATERLIFE dengan teknologi LIFE ini kini berada di pasaran Malaysia.

(Rujukan: Buletin Pengguna, Januari 2008)
Lagu "air oh air" tidak dipetik dari mana-mana sumber
Nota: Sebahagian catatan ini telah dicatat di Blog Kelab Staf KML. pada 18/04/2008

0 komen: