Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

27 April 2008

Potong Rumput

Semalam, sekumpulan lembu memasuki halaman belakang rumah untuk meragut rumput. Sekumpulan bangau yang kurus (memanglah bangau kurus) setia mengiringi lembu-lembu ke mana sahaja lembu itu pergi.

Saya memerhatikan lembu itu yang meragut rumput sambil berjalan. Sudah tentulah rumput itu tetap tumbuh dengan suburnya kerana lembu itu cuma meragut hujung daunnya. Kalaulah lembu itu meragut sehingga ke akar rumput, memang tidak sempat tumbuhlah rumput tersebut. Tetapi lembu itu memang 'berfikir' untuk meninggalkan stok rumput sebagai bekalan pada masa depannya.

Hari ini, tuan rumah sewa telah mengupah pemotong rumput untuk membersihkan seluruh halaman rumah. Ini bermakna, dalam tempoh dua minggu lagi barulah rumput menjadi panjang semula dan lembu-lembu akan datang meragut rumput di kawasan itu.

Terdapat beberapa teladan daripada peristiwa mudah ini, jika kita mahu berfikir. Antaranya;
  • Hubungan baik alam sekitar dengan hidupan (rumput + lembu + bangau) yang akrab
  • Hubungan baik penggembala lembu dengan tuan rumah, kerana tuan rumah sewa telah membenarkan penggembala lembu membawa lembu-lembunya ke halaman rumahnya, sebelum dia bercadang untuk memotong rumput tersebut.
  • Hubungan baik pemotong rumput dengan tuan rumah sewa.
  • Hubungan baik tuan rumah sewa dengan penghuni rumah sewa yang mana kalau di sesetengah kawasan perumahan, penyewa rumah yang membersihkan sendiri halaman rumahnya tanpa dipedulikan oleh tuan rumah sewa.
  • Hubungan baik manusia dengan binatang (lembu). Kalau manusia jahat, sudah tentu lembu itu dibaling dengan kayu apabila lalu di depan rumah sewa mereka.
Dalam banyak-banyak hubungan baik di atas, hubungan baik sesama manusia adalah yang paling tinggi nilainya. Sebagai contohnya, hubungan baik pemotong rumput dengan tuan rumah sewa iaitu dari segi wang ringgit, pemotong rumput tentulah mendapat upah yang tinggi pada hari tersebut iaitu sekitar RM150.00 untuk membersihkan halaman sebanyak 5 buah rumah. Dari segi hubungan kemanusiaan, saya serahkan kepada anda untuk menentukan nilainya.

0 komen: