Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

02 Mei 2008

Ada Apa Pada Kasih

Hari ini saya menerima CNI News . Seperti biasa dalam cover inner front adalah ruangan mesej pengarah. Memandangkan rakan saya (En. Masah Abu Mansor) baru dianugerahkan cahaya mata yang ke-5 dua hari yang lepas, maka saya membacanya dengan penuh kesedaran. Saya ingin kongsikan mesej pengarah tersebut kepada rakan-rakan yang belum lagi melanggan
CNI News.
"Anak adalah kurniaan Tuhan Yang Maha Esa. Kita mesti menghargai kurniaan ini dan jika perlu, kita kongsikan bersama mereka yang memerlukan," lafaz Shafie Yusof dan isterinya yang telah mendermakan jantung anak mereka, Allahyarham Mohamed Shafie, kepada gadis bernama Zheng Hui Yi yang hidup dengan bantuan mesin sokongan hayat. Namun akibat masalah penolakan yang dihidapinya, Zheng menjalani pembedahan kedua bagi menerima jantung Chen Run Qiang yang telah mati otak. Pembedahan kedua ini berjaya dan Zheng kini hidup sihat ceria bersama keluarganya.

Ketelusan hati kedua-dua padangan ibu bapa yang mengizinkan pemindahan organ tersebut membuktikan keagungan kasih sayang sesama insan dan bahawasanya dunia ini penuh dengan kasih sayang. Kasih sayang pasangan Shafie Yusuf melangkau bangsa dan kasih sayang Chen Bai Song pula membolosi pantang larang tradisional cina.

Nyawa dan kasih sayang amat bernilai. Kasih sayang tidak mengenal bangsa; ia berada di mana-mana dan tiada batasan. Walaupun Mohamed Shafie dan Chen Run Qiang telah tiada tetapi kasih sayang mereka dikenang selamanya. Kerana kemuliaan, ibu bapa Mohamed dan Chen mengubah kesedihan menjadi kekuatan dan kerinduan menjadih kasih.

Zheng pula meneruskan kehidupan penuh kesyukuran. Ibu bapa Allahyarham Mohamed dan Chen dianggapnya sebagai ibu bapa sendiri. Kasih sayang mereka adalah kekayaan rohani yang tak ternilai.

Kita harus bersyukur semasa senang dan tabah semasa susah. Hidup harus bersungguh-sungguh, hargailah setiap hari dan berbuat baiklah kepada setiap insan. Orang bijak penuh dengan kasih sayang, maka bulan ini marilah kita tunjukkan kasih sayang CNI dan hadiahkan kesihatan, keprihatinan dan kebahagiaan kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan seperjuangan serta sahabat handai.
(Sumber: CNI News, Mei 2008)
Download CNI News, Mei 2008.
Promosi Hari Keluarga
Aktiviti kebajikan CNI dalam Newspaper Clippings

0 komen: