Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

11 Ogos 2008

Linda Panas di Pasaran

Linda akhirnya dapat merealisasikan hasratnya untuk tampil dengan sebuah album studio Kadazandusun sekaligus memberi isyarat kebangkitannya dalam industri muzik.


Menggunakan namanya sebagai tajuk, album berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Ketua menteri , Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan di 1Borneo Hypermall pada 09 Ogos 2008.

Ketika menyampaikan lagu Upus Tolidang (Kasih Abadi), Linda berusaha mengawal emosinya dan pada masa yang sama menyampaikan lagu itu dengan penuh perasaan. Apa tidaknya, lagu tersebut memberikan sejuta kenangan buat Linda kerana liriknya diterjemah dan disusun oleh ayahnya.

Walaupun sedih dan terkilan kerana ayahnya meninggal dunia seminggu sebelum lagu tersebut sepatutnya dilancarkan yang dijadualkan pada 26 Julai lepas, Linda tetap bersikap positif dalam meneruskan kehidupannya. Linda mengambil segala cabaran sebagai kekuatan untuk memastikan kejayaannya dalam bidang seni.

Linda bertekad mempromosikan albumnya menggunakan syarikat rakamannya sendiri iaitu Linda Nanuwil Entertainment.

Terdapat 10 trek lagu dalam album sulung Kadazandusun Linda yang mana mendapat sentuhan kreatif daripada pemuzik terkenal Roger Wang dan komposer prolific Asmin Mudin. Turut menyumbang kreativiti dalam album ini ialah Mark Paul Baklin, Mackey Apison, Matinin Yukim dan Francis Jainis.

Sementara itu, berucap sebelum melancarkan album itu, Pairin mengucapkan syabas dan tahniah kepada bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2 ini dan turut menggesa generasi muda agar mencontohi sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh Linda. Pairin turut menasihati agar muda-mudi tidak sekadar mengejar populariti semata-mata tetapi sebaliknya mengambil peluang untuk memajukan diri dengan cara menimba ilmu.

Dengan memiliki ilmu barulah industri lagu dan muzik Kadazandusun mampu bersaing sepertimana yang berlaku di negara lain ujar Pairin sambil menambah bahawa industri muzik tempatan perlu mewujudkan jaringan sebagai inisiatif untuk mengetengahkan pelbagai idea untuk membentuk modal insan yang tinggi martabatnya.

Antara kandungan album Linda ialah;
  • Upus Tolidang (Kasih Abadi)
  • Kotohuadan (Terima Kasih)
  • Upus om Langadku (Kasih dan Rinduku)
  • Oi Odu (Oh Nenek)
  • Karamaian Do Kaamatan (Kemeriahan Pesta Kaamatan)
  • Id Tindalanon (Di perjalanan)
  • Mitongkiad Kito (Kita Berpisah)
  • Kisah Cintaku
  • Mitongkiad Kito (versi Radio Edit)
  • Kotohuadan (versi House Mix)
Sumber: Harian Express (Boyd PV, 11 Ogos 2008), Gambar: Koleksi Gambar Artis Malaysia

0 komen: