Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

05 Ogos 2008

Penghantar Surat Menemui Lubuk Emas

“Betapa bahayanya nyawa penghantar surat. Saya melihat di hadapan mata, beberapa orang kawan mati di tengah jalan raya. Surat bertaburan sedangkan tubuh tergolek kaku tidak bernyawa. Alangkah murahnya nyawa penghantar surat.” katanya.
Roslan mengakui bahawa ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang kasut Bata bukanlah tidak mempu membiayai pelajarannya tetapi dia sendiri yang malas belajar lalu menamatkan pelajaran sehingga tingkatan tiga sahaja. Walaupun tidak berpelajaran tinggi, Roslan seorang yang rajin berniaga, berkebun dan melakukan bermacam-macam pekerjaan termasuklah bekerja di kilang.


Walaupun telah bekerja sebagai penghantar surat, Roslan masih melakukan kerja-kerja lain seperti berniaga burger, berniaga buah-buahan dan menjual air kotak di Tasik Titiwangsa.
Roslan bin Basir juga bersikap negatif ketika mula-mula diberikan peluang perniagaan CNI oleh dua orang adiknya, Murad dan Jailani kira-kira 12 tahun yang lalu. Ketika itu, beliau belum pernah bergaul dan melihat perkembangan individu yang membuat kerjaya jualan langsung.
Ketika adiknya bercerita tentang keistimewaan CNI , beliau tidak mempercayainya. Adiknya pun tidaklah berkereta tetapi cuma bermotorsikal. Murad telah menyuruh abang mereka iaitu Jailani untuk menajanya.

Roslan yang bekerja sebagai penghantar surat di Kuala Lumpur, memulakan perniagaan CNI dengan menjual beberapa barangan yang berharga rendah. Dia terpaksa berdikari memandangkan Murad dan Jailani berada di Klang. Ramai jiran yang memandang negatif dan mengatakan bahawa mana mungkin keluarga miskin noleh menjadi kaya dengan masuk CNI. Apabila mendapat cacian seperti itu, Roslan berehat dan menenangkan fikiran selama sejam atau dua jam. Kadang-kadang dia duduk di Taman Titiwangsa pada waktu tengah malam memikirkan cacian masyarakat yang mengatakan keluarganya gila dan menipu masyarakat.

“Ada juga rakan-rakan yang menggelar saya bomoh, doktor dan sebagainya dengan tujuan memperolok-olokan saya. Tetapi saya jadikan kata-kata mereka sebagai dorongan . Kawan-kawan pulaukan saya. Bila saya datang, mereka tinggalkan saya. Saya tidak kisah kerana saya fikir, kalau saya susahpun mereka takkan tolong. Habis-habis mereka bertepuk tangan, caci kita yang malas.”

“Bagi saya, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan. Alang-alang mandi biar basah. Kalau sudah mengorak langkah ke hadapan, jangan cuba berundur.” katanya
Menurutnya, pada tahun 1998 kegawatan ekonomi telah melanda Malaysia. Ramai pengedar kehilangan pekerjaan. Mereka yang bersikap pesimis menyangka bahawa peluang itu masalah, tapi orang optimis seperti Roslan menganggap masalah itu peluang. Ketika zaman kegawatan tersebut, beliau meningkatkan usaha. Ramai orang menyangka, inilah zaman kejatuhannya. Dalam kegawatan, orang lain menjual kereta tetapi dia menukar kereta daripada Mercedes C200 kepada E230 yang cuma berharga RM300,000.00 pada masa tersebut.

“Pada bulan ogos 1999, saya mendapat tabung rumah CNI yang pertama dan ini membuktikan CNI dalam apa jua keadaan boleh menjadikan kita berjaya. Downline yang telah mulai lemah semangat kini bersemangat semula. Fokus saya kini ialah membantu lebih ramai kawan-kawan untuk menjadi seperti saya.”

“Apa jua halangan adalah sama sahaja. Jangan ingat kalau kita sudah berjaya, tiada halangan. Tetapi cara dan gaya hidup lebih selesa berbanding dulu. Orang lain memang tergelak melihat kita jatuh tetapi kita berjaya, kita seronok dan orang lain tengok sahaja.”

Beliau mengakui, kehidupannya kini telah jauh berubah berbanding 12 tahun yang lalu. Kini beliau mempunyai lebih banyak masa lapang dan sering melancong, rezeki yang melimpah, dilindungi insuran dan kemudahan perubatan yang lebih baik. Dia juga berharap agar anak-anaknya akan belajar setinggi yang boleh kerana wang baginya bukan lagi masalah. Dia tidak mahu anaknya tidak berpelajaran sepertimana dirinya dahulu.

Walaupun perniagaan CNI telah memberi banyak perubahan dalam kehidupan Roslan, tetapi beliau masih belum puas. Menurutnya, orang yang berpuas hati akan mundur dan tertinggal ke belakang. Beliau tidak mahu mengulangi kehidupannya semasa tinggal di flat Gombak yang berharga RM22,000.00 yang mana dibeli secara berkongsi dengan isterinya Puan Faridah binti Nordin. Ketika itu, dia dan isteri masih sama-sama bekerja. Isterinya bekerja syif di Jabatan Farmasi, Pusat Rawatan Islam sebelum mereka bersama-sama mengambil keputusan berhenti kerja setelah dua tahun menceburi perniagaan CNI. Ini bermakna, mereka telah membeli kebebasan selepas dua tahun berjuang dalam CNI.

“Berniaga di pasar malam, bukan semua orang mampu tetapi dalam CNI tidak memerlukan banyak modal dan masa. Apa yang penting ialah sudi mengisi ilmu ke dalam dada sendiri dan kemudian memberikan kefahaman kepada orang lain. Kajian mendapati industri jualan langsung kini berada di tempat teratas dalam abad ke-21 ini kerana masyarakat lebih menumpukan kepada pemakanan kesihatan yang mana disebarkan menerusi industry jualan langsung. Hari ini, kalau kita tidak menyertai industri jualan langsung, lambat laun kita pasti akan menyertai juga.”

0 komen: