Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

08 Oktober 2008

Panggilan Percuma

Hari ini (04 Oktober 2008) saya dibenarkan membuat penggilan ke semua nombor MAXIS (012 & 017). Saya menelefon semua nombor MAXIS dalam telefon bimbit saya. Ada yang boleh ditelefon dan ada yang menelefon semula kerana tidak berkesempatan menyambut panggilan pada kali pertama saya telefon. Saya membatalkan panggilan mereka dan memanggil mereka menggunakan telefon bimbit saya.

Ada diantara senarai rakan dalam telefon bimbit saya yang 'tiada dalam perkhidmatan' dan ada juga yang 'tidak dapat dihubungi', berkemungkinan di luar kawasan liputan. Sesetenggahnya saya panggil berkali-kali dan berbual selama 40 minit setiap panggilan terutamanya yang banyak cerita untuk dikongsi. Dalam hari ini sahaja, saya mengecas telefon bimbit saya sebanyak dua kali. Kebiasaannya saya hanya mengecas sekali dalam lima hari.

Saya tidak ada cerita lain. Saya cuma mengucapkan 'Selamat Hari Raya' dan memberitahu bahawa saya memanggil mereka kerana mahu mengemaskini nombor telefon. Ya, memang saya mengemaskini nombor mereka. Sekurang-kurangnya saya mendapat 3 orang kawan baru kerana nombor yang dahulunya kepunyaan kawan lama kini dimiliki kawan baru.

Alangkah cepatnya masa berlalu. Alangkah begitu ramai rakan yang telah meninggalkan saya disebabkan nombor mereka tiada lagi dalam perkhidmatan. Semoga mereka yang tidak dapat dihubungi lagi ini telah menempah kejayaan yang diimpikan.

Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita kerap mencari alasan kenapa kita perlu menghubungi rakan kita. Sebenarnya pada hari yang lain, saya boleh juga memanggil mereka hanya sekadar untuk bertanya khabar tetapi dalam fikiran saya, mereka juga orang-orang yang sibuk - sama seperti saya yang enggan menerima panggilan telefon dari mereka yang tidak dikenali.

Hari ini, saya mengambil keputusan untuk menjawab semua panggilan telefon dan juga SMS yang tersesat. Ada beberapa SMS yang tersesat ke tempat saya dan saya membalas "Blh sa tau sapa ni? Hp sa br tercicir. T/kasih. [FRANCIS]"

Kadang-kadang saya menulis penuh mengikut gaya penulisan penghantar SMS tersebut
Ada yang membalas " Sowe, slh hntr. Blh bkenaln lanjut? Kmu dmna? [NAMA]"

Saya membalas SMS mereka dan menyimpan nama mereka dalam telefon bimbit saya. Saya juga mempromosi rumah saya di Kota Kinabalu untuk disewa kerana secara kebetulan 'orang tersalah hantar mesej ringkas' bekerja di Kota Kinabalu dan menyewa rumah di sana. Ada yang membalas memberitahu bahawa dia akan promosikan rumah saya kepada kawan-kawannya juga.

Sebenarnya panggilan percuma MAXIS dihadiahkan oleh MAXIS kepada saya sempena harijadi saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menghantar SMS ucapan 'Selamat Harijadi' kepada saya. Ada diantara mereka menelefon pada jam 12 tengah malam semata-mata menyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuk saya.

WYSIYG: Apartmen Bukit Desa (Country Heights) untuk disewa. 2 bilik. Tingkat 2. Lot tepi, pemandangan cantik. Mempunyai tempat letak kereta berbumbung. Lengkap dengan perabot, peti sejuk, dapur dan pengdingin hawa. 15 minit ke lapangan terbang Kota Kinabalu. 10 minit ke bandar Kota Kinabalu.

Kawalan keselamatan 24 jam. Jauh dari kebisingan bandaraya Kota Kinabalu. Tempat makan berhampiran yang menarik di Nelayan Seafood, Taman Tun Fuad.

Sewa harian: RM120.00. Sewa bulanan: RM650.00 (Hubungi: 012-8319897 - Francis)

0 komen: