Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

26 April 2008

Berehat di Hujung Minggu

Keletihan bekerja selama lima hari memanglah terasa. Tetapi pada hujung minggu inipun masih terdapat kerja-kerja di rumah yang perlu dibuat.

Seringkali apabila seseorang mengajak untuk melakukan sesuatu yang kita tidak suka, seringkali kita menjawab 'sibuk' walaupun sebenarnya kita cuma 'sibuk menonton TV'. Kita hanya tidak sibuk semasa tidur tetapi itupun belum tentu dapat berehat sepenuhnya kerana ada pula mimpi-mimpi ngeri yang membuatkan kita terjaga.

Apabila kita diajak melakukan benda-benda yang kita suka, misalnya memancing, berbasikal, bersiar-siar ataupun dibelanja makan di restoran biasanya kita tidak ada alasan sibuk untuk menolak ajakan rakan tersebut.

Satu lagi yang sepatutnya kita jangan memberi memberi seribu dalih ialah apabila diajak menghadiri majlis ilmu yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Melainkan kalau majlis tersebut dikenakan bayaran yang diluar kemampuan kita, barulah kita berterus-terang bahawa kita tidak mampu.

Pernah suatu ketika dulu, seorang rakan mengajak saya dan beberapa orang rakan yang lain untuk menghadiri seminar peluang perniagaan yang percuma. Beberapa orang rakan saya yang lain tidak datang walaupun telah berjanji untuk datang.

Selepas menghadiri seminar itu saya berasa amat beruntung kerana memberi peluang kepada diri sendiri untuk menyertai seminar yang sememangnya jarang diadakan. Ianya penuh dengan teknik berkesan dalam menjalankan apa jua perniagaan dan juga motivasi-motivasi untuk mencapai kejayaan tidak kira dalam apa jua bidang.

Mungkin anda akan diajak oleh rakan untuk menghadiri seminar-seminar motivasi dan anda katakan 'saya telahpun menyertai seminar motivasi', tetapi bagi saya, selagi saya masih dalam perjalanan menuju kejayaan, saya tetap akan menimba ilmu dari sesiapa sahaja. Adalah tidak masuk akal untuk melalui semula jalan kejayaan yang penuh duri padahal seseorang telah merintis sebuah jalan yang luas, bersih dan lurus untuk menuju kejayaan.

Ianya sangat mudah untuk berjaya iaitu dengan dengan menyertai langkah-langkah orang berjaya. Langkah-langkah orang berjaya yang sebenar boleh didengar daripada orang yang telah berjaya. Maka adalah bijak untuk berkawan dengan orang-orang yang telah berjaya dan perlu juga berkawan dengan orang-orang yang belum berjaya untuk mendapat iktibar 'kenapa mereka belum berjaya?'

Saya tidak menggalakkan untuk berkawan dengan orang yang gagal kerana mereka adalah yang berpuas hati pada tahap mereka sekarang. Mereka rela dengan kegagalan mereka dan cuba pula mengajak kita untuk menyertai langkah mereka dengan berkata 'saya sibuk' atau 'itu tidak boleh!'

0 komen: