Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

22 April 2008

Hadiah Untuk Kawan

Semalam, seorang rakan sepejabat menuntut hadiah dari saya. "Hadiah apa pula?" kataku. Memang terkejut juga sebab tidak pernah berjanji untuk memberikan hadiah kepadanya.

"Hari ini hari lahir saya." katanya. "Oh... ya kan!" kataku. Sebenarnya saya tidakpun meletakkan peringatan hari lahir sesiapa dalam hidup saya. Saya sendiri tidak pernah meraikan hari lahir saya.

Pernah juga semasa dalam tingkatan tiga (umur 15 tahun) saya bertukar hadiah dengan rakan yang juga lahir beberapa hari selepas saya. Dia menghadiahkan saya cermin muka. (Mungkin dia nak saya lihat muka saya yang handsome. Cheewah.) Sebenarnya cermin muka memang sukar didapati di asrama itu kerana kebanyakan cermin muka di tandas telah pecah.

Saya pula menghadiahkan kalkulator kepadanya sebab saya memang gemar dengan kalkulator pada masa itu. Kami belajar di kelas yang sama sejak tingkatan satu dan sering bersaing dalam matapelajaran matematik dan sains. Kami belajar bersama-sama pada setiap malam kerana maklumlah kami tinggal di asrama yang sama. Dia sering mengajak saya ke rumahnya pada hujung minggu sehinggalah saya mengenali kesemua ahli keluarganya yang peramah.

Berbalik kepada cerita hari lahir rakan sepejabat, tengahari tadi saya membeli kek untuknya. Bolehlah makan bersama-sama sebelum pulang dari pejabat. Saya dan rakan-rakan menunggu beberapa jam tetapi akhirnya rakan sepejabat itu menelefon dan disambut oleh seorang rakan sepejabat yang lain. Rakan sepejabat yang diraikan memberitahu bahawa dia mengurus permit pembantu rumahnya yang telah tamat tempoh.

Kamipun menyimpan kek harijadi itu ke dalam peti sejuk, menunggu untuk dilemparkan ke mukanya pada hari esok.

Memang menggembirakan untuk mendengar ucapan 'Selamat Hari Jadi' dari sesiapa juga, sebagaimana saya menerima SMS dari kakak-kakak dan adik-adik saya. Walaupun cuma SMS dan tanpa hadiah berbentuk material, saya tetap menghargainya. Ucapan mereka penuh dengan harapan dan juga motivasi untuk saya seperti contoh berikut:
LIFE ends when you stop dreaming. HOPE ends when you stop believing. LOVE ends when you stop caring. FRIENDSHIP ends when you stop sharing. HAPPY BIRTHDAY!

0 komen: