Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

23 April 2008

Kesilapan Yang Kecil?

Ada sesiapa yang boleh memberitahu kepada saya, siapakah orang yang tidak melakukan kesilapan? Itulah sebabnya diwujudkan ruang untuk meminta maaf dan memperbaiki kesilapan itu.
Mereka yang melakukan kesilapan dan tidak memperbaiki kesilapan itu telah melakukan dua kesalahan.
Minggu ini, kami sedang membuat anjakan penyusunan buku-buku di perpustakaan. Kerja-kerja ini dilakukan kerana terdapat pertambahan judul buku terutamanya dalam kategori 500 - Natural Sciences & Mathematics (Sains Tulin & Matematik).

Hari ini, saya menyedari bahawa terdapat 32 label rak buku yang terakhir sepatutnya dicetak. Oleh kerana saya melekatkan label ke rak terakhir itu bermula dari nombor panggilan buku yang terakhir dalam cetakan, saya terpaksa menanggalkan kesemua 548 label penanda yang telah dilekat untuk membolehkan 580 label baru (yang betul) dilekatkan. Kerja-kerja menggunting 548 label penanda itu telah mengambil masa 1 jam dengan bantuan seorang rakan sekerja.

Saya mengambil masa satu hari untuk menyelesaikan kerja-kerja melekat sementara rakan sekerja yang lain sedang sorting (menyusun buku) mengikut Dewey Decimal Classification (Pengelasan Perpuluhan Dewey).

Kesilapan itu hanya disedari semasa melakukan shelving (meletakkan buku ke rak) apabila tiada rak penyusunan untuk buku Biologi bermula nombor panggilan 570 hingga 599. Kerja-kerja shelving dihentikan dan rakan-rakan sekerja meneruskan sorting untuk kategori buku yang lain.

Itu adalah kesilapan yang kecil tetapi saya harus mulakan lagi dengan mencetak (15 minit), menggunting (2 jam), menanggalkan pelekat salah (30 minit), menampal pelekat baru yang pasti betul (9 jam @ 1 hari bekerja).

Sekembalinya dari kerja, saya tenangkan perasaan geram saya bersama Si Manis dengan menikmati CNI Pandan Layer Cake.

0 komen: