Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

24 April 2008

Sebulan Lagi Untuk Insentif

Ada di antara kita berkata 'kalaulah dulu ibubapa saya mampu menghantar saya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik...' tetapi itu amat sia-sia untuk diperkatakan kerana pada masa itu terdapat pelbagai halangan. Kesedaran ibubapa pula masih rendah kerana mereka tidak didedahkan dengan kepentingan pendidikan untuk anak-anak mereka.

Saya sendiri lahir dari keluarga yang tinggal di pedalaman. Pergi ke sekolah dengan berjalan kaki, menyeberangi sungai dan yang lucunya, kami hanya memakai kasut di sekolah. Kalau dipakai dari rumah, alamat basah dan kotorlah kasut itu. Namun saya bersyukur kerana kesemua adik-beradik saya telah berjaya dalam pendidikan iaitu menamatkan sekurang-kurangnya tingkatan enam. Adik-adik saya yang lain kemudiannya berjaya ke peringkat ijazah.

Adakah kami dibekalkan wang ke sekolah. Tidak perlu wang kerana kami membawa bekalan samada ubi kayu bakar, ubi kayu rebus atau ubi manis rebus. Ianya sedap dimakan dan tidak basi sehingga kami pulang dari sekolah. Saya juga berkongsi makanan dan saling bertukar makanan dengan rakan-rakan yang membeli mee goreng ataupun kuih yang dijual oleh rakan sekelas saya (anak guru kelas). Saya rasa makan mee goreng itu sedap kerana ibu saya tidak menggoreng mee di rumah pada masa itu. Oleh itu, saya bertekad untuk berusaha dalam pelajaran supaya apabila dewasa nanti, bolehlah saya makan mee goreng setiap hari (kerana sudah ada duit untuk beli mee).

Tetapi pada hari ini, saya mendapati bahawa peluang untuk mendapat pendidikan berkualiti telah terbuka luas walaupun kepada mereka yang kurang kemampuan dari segi kewangan. Selain pihak kerajaan, pihak swasta yang prihatin seperti CNI Holdings turut memberikan insentif pendidikan kepada anak-anak pengedar melalui pertubuhan sukarela Yayasan CNI .

Insentif pendidikan ini terbuka kepada semua anak-anak pengedar (ahli CNI) yang memenuhi kelayakan yang dinyatakan dalam borang permohonan insentif pendidikan Yayasan CNI. Sila muatturun borang dari http://www.mycni.com.my/form.html. Tarikh tutup permohonan untuk tahun 2008 ialah pada 23 Mei 2008 (Jumaat).

Sementara itu, CNI menyokong perkembangan pendidikan dengan turut mengeluarkan formula makanan untuk otak iaitu CNI Young Intelmax. CNI Young Intelmax kaya dengan vitamin yang dapat meningkatkan daya ingatan. Makanan kesihatan ini sesuai bukan sahaja kepada anak-anak yang sedang belajar tetapi juga untuk semua golongan tidak kira berapa usia mereka.

0 komen: