Sumber: QUOTES4all

Iklan berbayar

16 Disember 2008

1

Kenapa Sepi

Beberapa orang kawan bertanya kepada saya, kenapa menyepi sekian lama? Malah beberapa orang rakan yang baru memulakan blog mereka telahpun menulis banyak cerita dalam blog mereka.

Tahniah kepada;

yang baru memulakan perkongsian melalui blog.

Rakan saya, Keman Sagok pula sering berkata, "internet adalah king kong perniagaan yang masih bayi!" Ya, bayangkan sahaja internet ini masih bayi pada ketika ini. Bagaimana jika ia benar-benar menjadi king kong pada masa hadapan. Sudah pasti mereka yang berkecimpung dalam perniagaan melalui internet seperti MyCNI akan memperolehi pendapatan yang lebih.

Bagaimana dengan kita? Adakah kita terus menjadi penonton dan bersorak kegembiraan melihat jaguh-jaguh beraksi di padang? Walau di manapun padang kita berada, memang untung kalau kita menjadi penyumbang walaupun sekadar pemungut bola golf.

Hari ini, saya datang ke pejabat lebih awal, semata-mata supaya dapat mengisi ruangan di sini. Melepaskan kerinduan dan kecemburuan terhadap penulis-penulis blog lain yang lebih aktif.

Hampir dua bulan saya tidak mengemaskini blog kerana terlalu seronok dengan kerja. Ada antara rakan yang bercuti dan saya tetap seronok bekerja. Saya diperuntukkan cuti tahunan sebanyak 25 hari dan sehingga kini, saya telah berjaya menghabiskan 2 hari cuti tahunan.

Bagaimana saya seronok bekerja?
Ikuti penulisan lanjut saya pada masa hadapan.


Baca penuh...

21 Oktober 2008

0

Guan ditarik dari pasaran

Penggemar biskut Khong Guan dan Khian Guan kini perlu beralih kepada jenama biskut lain berikutan biskut keluaran kedua-dua kilang ini didapati dicemari melamin. Ini disebabkan, kedua-dua pengilang biskut tersebut menggunakan serbuk penaik yang diimport dari China.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menarik balik dari pasaran 12 biskut berjenama Khong Guan iaitu Biskut Soda, Biskut lemon Puff, Biskut lemon Pof, Biskut Butter Cream, Biskut Baby Fish, Biskut Healthy Cracker, Biskut Cocoa Puff, Biskut Sandwich Oren, Biskut Family Crackers, Biskut Bentuk Binatang, Biskut Gulung dan Biskut Mini Puff.

Sementara enam biskut berjenama Khian Guan iaitu Biskut Creamy Chocolate, Biskut Lemon Puff, Biskut Square Puff, Biskut Cocoa Puff, Biskut Jagung Puff dan Biskut Campuran (Party) turut menghadapi tindakan yang sama.Kementerian kesihatan akan memantau dan memusnahkan mana-mana biskut itu yang didapati masih berada di pasaran.

Kilang tempatan Khian Guan yang terletak di Pulau Pinang dan juga kilang Khong Guan di Johor secara sukarela menarik balik produk mereka setalah menyedari terdapat pencemaran melamin.

Mengenai laporan CBC News bahawa 'Julie's Crackers' yang diimport dari Malaysia telah dikesan mengandungi melamin melebihi tahap yang dibenarkan dan telah ditarik balik dari pasaran Taiwan, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menyiasat perkara itu.

Sumber: Bernama >>>>Senarai produk yang dicemari melamin<<<<


Baca penuh...

14 Oktober 2008

0

Velvet & Ikin Menghitung Hari Bahagia

Dua orang pelajar akademi Fantasia Ke-4 (AF4) dari Sabah akan melangsungkan perkahwinan pada awal bulan bulan Disember ini. Mereka adalah Rich dan Velvet. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Dikhabarkan kedua-dua belah pihak sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis berkenaan.

Rich dan Velvet mula ‘dipasangkan’ oleh pengacara AF, Aznil Hj. Nawawi ketika masih menghuni banglo AF4 dan wartawan membuat susulan selepas AF4 berakhir. Namun, sehingga kini mereka masih berselindung dengan jawapan standard artis ‘teman tapi mesra’.

Sementara itu perkahwinan Raja SMS, Mawi dan buah hatinya Ekin pula dijangka akan dilangsungkan pada 21 atau 28 Disember tahun ini. Perkahwinan yang dirancangkan akan diadakan pada hujung minggu di Johor untuk memberi peluang kepada ramai saudara mara dan peminat menghadiri majlis tersebut.

Sumber: Berita Harian, Daily Express


Baca penuh...

13 Oktober 2008

0

Rey dicabar 10 negara

Juara bintang RTM tahun lepas, Reynaldo Ragie (Rey) akan berlepas ke bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam esok untuk membawa cabaran di pentas Asean Golden Melodies Festival yang akan berlangsung 14 – 19 Oktober ini.

Artis kelahiran Tuaran berumur 22 tahun itu dipilih oleh RTM untuk mewakili Negara dalam kategori lelaki di festival lagu rakyat anjuran stesen radio The Voice of Vietnam. Kategori wanita pula diwakili oleh Dia Fadila.

Rey yang masih menuntut di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mengakui perasaannya berbaur seronok dan cemas kerana akan bersaing dengan penyanyi professional dari 10 buah Negara anggota Asean.

Pada pertandingan ini, Rey akan membawakan dua buah lagu – One Thousand Million Smiles (Sudirman Hj. Arshad) untuk genre pop kontemporari dan Tari Desa Gemalai (Ramli Sarip) untuk genre muzik rakyat.

Sumber: Daily Express


Baca penuh...

08 Oktober 2008

0

Panggilan Percuma

Hari ini (04 Oktober 2008) saya dibenarkan membuat penggilan ke semua nombor MAXIS (012 & 017). Saya menelefon semua nombor MAXIS dalam telefon bimbit saya. Ada yang boleh ditelefon dan ada yang menelefon semula kerana tidak berkesempatan menyambut panggilan pada kali pertama saya telefon. Saya membatalkan panggilan mereka dan memanggil mereka menggunakan telefon bimbit saya.

Ada diantara senarai rakan dalam telefon bimbit saya yang 'tiada dalam perkhidmatan' dan ada juga yang 'tidak dapat dihubungi', berkemungkinan di luar kawasan liputan. Sesetenggahnya saya panggil berkali-kali dan berbual selama 40 minit setiap panggilan terutamanya yang banyak cerita untuk dikongsi. Dalam hari ini sahaja, saya mengecas telefon bimbit saya sebanyak dua kali. Kebiasaannya saya hanya mengecas sekali dalam lima hari.

Saya tidak ada cerita lain. Saya cuma mengucapkan 'Selamat Hari Raya' dan memberitahu bahawa saya memanggil mereka kerana mahu mengemaskini nombor telefon. Ya, memang saya mengemaskini nombor mereka. Sekurang-kurangnya saya mendapat 3 orang kawan baru kerana nombor yang dahulunya kepunyaan kawan lama kini dimiliki kawan baru.

Alangkah cepatnya masa berlalu. Alangkah begitu ramai rakan yang telah meninggalkan saya disebabkan nombor mereka tiada lagi dalam perkhidmatan. Semoga mereka yang tidak dapat dihubungi lagi ini telah menempah kejayaan yang diimpikan.

Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita kerap mencari alasan kenapa kita perlu menghubungi rakan kita. Sebenarnya pada hari yang lain, saya boleh juga memanggil mereka hanya sekadar untuk bertanya khabar tetapi dalam fikiran saya, mereka juga orang-orang yang sibuk - sama seperti saya yang enggan menerima panggilan telefon dari mereka yang tidak dikenali.

Hari ini, saya mengambil keputusan untuk menjawab semua panggilan telefon dan juga SMS yang tersesat. Ada beberapa SMS yang tersesat ke tempat saya dan saya membalas "Blh sa tau sapa ni? Hp sa br tercicir. T/kasih. [FRANCIS]"

Kadang-kadang saya menulis penuh mengikut gaya penulisan penghantar SMS tersebut
Ada yang membalas " Sowe, slh hntr. Blh bkenaln lanjut? Kmu dmna? [NAMA]"

Saya membalas SMS mereka dan menyimpan nama mereka dalam telefon bimbit saya. Saya juga mempromosi rumah saya di Kota Kinabalu untuk disewa kerana secara kebetulan 'orang tersalah hantar mesej ringkas' bekerja di Kota Kinabalu dan menyewa rumah di sana. Ada yang membalas memberitahu bahawa dia akan promosikan rumah saya kepada kawan-kawannya juga.

Sebenarnya panggilan percuma MAXIS dihadiahkan oleh MAXIS kepada saya sempena harijadi saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menghantar SMS ucapan 'Selamat Harijadi' kepada saya. Ada diantara mereka menelefon pada jam 12 tengah malam semata-mata menyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuk saya.

WYSIYG: Apartmen Bukit Desa (Country Heights) untuk disewa. 2 bilik. Tingkat 2. Lot tepi, pemandangan cantik. Mempunyai tempat letak kereta berbumbung. Lengkap dengan perabot, peti sejuk, dapur dan pengdingin hawa. 15 minit ke lapangan terbang Kota Kinabalu. 10 minit ke bandar Kota Kinabalu.

Kawalan keselamatan 24 jam. Jauh dari kebisingan bandaraya Kota Kinabalu. Tempat makan berhampiran yang menarik di Nelayan Seafood, Taman Tun Fuad.

Sewa harian: RM120.00. Sewa bulanan: RM650.00 (Hubungi: 012-8319897 - Francis)


Baca penuh...

25 September 2008

0

Hipotensi vs hypertensi


Ianya berbeza tetapi misinya sama - pembunuh senyap! Jika anda terasa pening-pening walaupun anda belum meminum alkohol (moginum), jangan mengambil ringan penyakit pening tersebut.

Jadual berikut dapat membezakan antara hipotensi dengan hypertensi;

Klasifikasi Tekanan Darah (mmHg)
Kategori Tekanan Darah Sistolik (mmHg) Tekanan Darah Diastolik (mmHg)
Hipotensi <90> <60>
Normal 90-130 60-85
High Normal 130-139 85-89
Hipertensi >140 >90

Gejala Hipotensi (Tekanan darah rendah)
1. Pening kepala
2. Sakit kepala
3. Pengsan atau berasa pitam sewaktu hendak berdiri
4. Kesukaran bernafas
5. Kesakitan dada
6. Demam
7. Dahaga
8. Denyutan jantung tidak teratur
9. Angina
10. Serangan jantung
11. Jauhi renjatan / kejutan

Rawatan pemulihan hipotensi
1. Minum air secukupnya
2. Gunakan garam secukupnya
3. Pakai stokin elastik
4. Kurangkan 'moginum' iaitu meminum alkohol
5. Melambatkan pergerakan
6. Makan makanan berkabohidrat rendah


Gejala Hypertensi (Tekanan darah tinggi)
1. Pening kepala dan pitam
2. Kesukaran bernafas
3. Muka panas dan merah
4. Penglihatan kabur
5. Kerap kencing
6. Bunyi berdengung
7. Kaki bengkak
8. kemurungan
9. Hidung berdarah

Rawatan pemulihan hypertensi
1. Capai berat badan ideal
2. Tingkatkan aktiviti fizikal
3. Makan makanan seimbang
4. Kurangkan makanan bergaram
5. Tingkatkan pengambilan serat
6. Kurangkan makanan berlemak
7. Makan makanan yang mengandungi kalium, kalsium dan magnesium
8. Elakkan 'moginum' atau minum minuman beralkohol
9. Jangan sekadar mengatakan 'tak nak' kepada rokok. Jauhi orang merokok.
10. Selesaikan 'stress' atau tekanan

Kini kita patut bersyukur kerana dianugerahi dengan makanan kesihatan bertaraf 5 bintang, bebas pencemaran dan terbukti memulihkan penyakit-penyakit moden iaitu
CNI Organik, CNI Life Enzyme, dan CNI Lyophilized Royal Jelly. Meminum air hidup termaju juga boleh meningkatkan kesihatan.

Rujukan:
1. http://www.medicine.ukm.my
2. http://www.fskb.ukm.my

WYSIYG: Baru semalam berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan sedaerah di Kampung Rancha-rancha. Rupanya komuniti Tambunan di Labuan agak ramai juga.


Baca penuh...

16 September 2008

0

Mendapat RM dengan membaca

Encik Osman Bin Alias mendapat RM100 setiap jam dengan hanya membaca ebook. Bagaimana beliau melakukannya bukanlah sesuatu yang pelik kerana sesiapa sahaja pun boleh melakukannya. Apa lagi jika seseorang itu kerap mengakses internet dan mempunyai beberapa orang rakan samada dikenali mahupun tidak.

Jika anda mencari-cari peluang membuat duit dengan modal yang rendah, anda boleh terus mencarinya melalui pelbagai sumber samada internet, akhbar dan cerita rakan. Bagi yang takut gagal, beranikan diri untuk menyertai program-program yang memerlukan modal minima. Belanjakan sedikit duit, lakukan mengikut cara program itu beroperasi dan anda tidak akan menyesal kerana anda melakukannya dengan betul.

Mari kita lihat samada program ekoleksi ini boleh menjana pendapatan atau menjana ilmu semata-mata. Saya menyertainya hari ini dan sekarang membaca ebooknya.



Lihat penyata bank Encik Osman... macam perigi yang penuh $$$$..
Klik SEMUAKAYA untuk maklumat lanjut.


Baca penuh...

07 September 2008

0

Labuan - KK: RM9.00

Kini penduduk, pekerja dan pelancong Labuan berpeluang pergi ke Kota Kinabalu dengan tambang termurah dengan masa yang tercepat. Airasia menawarkan tambang serendah RM9.00 dari Labuan ke Kota Kinabalu. Jumlah minima tambang termasuk insuran dan caj-caj lain adalah RM73.50.

Penerbangan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 30 minit iaitu 13:05 - 13:45 (Airasia). Alternatif perjalanan lain adalah menggunakan feri ekspres, feri kereta dan bot laju.

Feri express mengambil masa selama 3 jam manakala feri kereta mengambil masa 1 jam 30 minit dan menyambung perjalanan menggunakan jalan darat selama 2 jam. Sementara itu orang ramai juga boleh menggunakan perkhidmatan bot laju yang mengambil masa 30 minit ke terminal feri Menumbok dan menyambung perjalanan ke Kota Kinabalu menggunakan bas yang mengambil masa perjalanan 2 jam.

Kos bagi perjalanan alternatif dari Labuan ke Kota Kinabalu ialah seperti berikut;

  • Feri Kereta ke Menumbok (RM5.00) + Bas ke Kota Kinabalu (RM14.00) = RM19.00
  • Bot Laju ke Menumbok (RM17.00) + Bas ke Kota Kinabalu (RM14.00) = RM31.00
  • Feri Ekspress ke Kota Kinabalu (RM34.00) = RM34.00
  • Kapal terbang Airasia ke Kota Kinabalu = RM64.50 - 208.50
  • Kapal terbang MAS ke Kota Kinabalu = RM96.00 - RM245.00



Baca penuh...

03 September 2008

0

Orang Berjaya Tidak Berputus Asa

Dalam sebuah seminar di Universiti Oxford pada tahun 1948, Winston Churchill telah dijemput untuk berucap. Pesertanya terdiri daripada tokoh perfileman, usahawan dan ahli politik yang ingin mengetahui rashia kejayaan beliau. "Kejayaan saya berlandaskan tiga faktor utama. Pertama, jangan putus asa. Kedua, jangan, jangan berputus asa. Ketiga, jangan, jangan, jangan putus asa!" Suasana dewan sepi. Kata-kata 'jangan putus asa' bergema dan menyerap dalam kalbu hadirin.

Setiap orang menghadapi rintangan dan halangan dalam pelbagai bentuk seperti saudara mara, sahabat handai, majikan dan jiran-jiran tetapi siapakah penghalang terbesar diri kita? Tepuk dada dan selidikilah secara mendalam.

Halangan dan rintangan setiap orang sudah tentulah berbeza-beza maka terpulanglah kepada diri kita bagaimana untuk menghadapinya. Keazaman yang kukuh sahajalah yang boleh melawan apa jua rintangan dan cabaran.

Mengukuhkan keazaman dengan bersikap tegas terhadap pendirian tidak bererti menolak perubahan. Kita perlu tegas untuk mara ke arah matlamat yang jelas demi mencapai masa depan yang cerah.

Azam boleh dikukuhkan lagi dengan meningkatkan daya ketahanan untuk melawan tabiat-tabiat buruk yang membantutkan sesuatu usaha kita.

Fikiran positif juga dapat menguatkan azam kerana ia mempengaruhi kestabilan emosi dan seterusnya menentukan tingkah laku seseorang dalam menghadapi apa jua kesulitan dan kesusahan. Perbezaan terbesar antara orang biasa dengan orang yang berjaya ialah fikiran positif.

Rujukan: CNInews, Julai 2008


Baca penuh...

29 Ogos 2008

0

Tidak perlu bayar bil elektrik

"Rakyat tidak lagi perlu membayar bil elektrik." demikian dinyatakan Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet 2009. Walaubagaimanapun faedah tersebut cuma dinikmati oleh isirumah yang menggunakan elektrik kurang daripada RM20.00 sebulan.

Maknanya, emak saya di kampung bolehlah menikmati faedah ini kerana bil bulanannya hanya RM5.50 sebulan. Rumah saya di Kota Kinabalu juga mempunyai bil sekitar RM15.00 sebulan. Kadang-kadang saya balik ke sana dan memasang pendingin hawa sehari suntuk. Rumah sewa saya sekarang pastilah kena bayar bil kerana ianya mencecah RM30.00 sebulan walaupun jarang memasang pendingin hawa dan tv.

Kerajaan juga akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 september 2008. Malangnya kereta saya yang berenjin diesel berkapasiti 2400 cc, dengan kadar cukai jalan RM 1000 setahun masih lagi berada di bengkel.

Harap-haraplah pula dengan pengurangan diti import barangan pengguna daripada 10% dan 60% kepada 5% dan 30% dapatlah meringankan sedikit beban pengguna kerana kebanyakan barangan tempatan juga mengambil bahan dari luar negara (import).

Sementara itu kakitangan awam semestinya bersyukur kerana akan menerima bonus sekurang-kurangnya RM500.00 sebagai persiapan hari raya aidilfitri dan juga hari Deepavali. Walaupun hari Deepavali tidak diisytiharkan cuti rasmi bagi Wilayah Persekuytuan Labuan dan Sarawak tetapi sebahagian pekerja sektor awam tetap menyambutnya.

Sekurang-kurangnya RM500.00 lagi bonus akan diterima oleh kakitangan awam pada bulan Disember 2008 untuk memeriahkan lagi sambutan hari Krismas dan Tahun Baru 2009 serta Maal Hijrah.

Rujukan: Teks Ucapan Bajet 2009


Baca penuh...

20 Ogos 2008

0

RM30 juta musnah

20.08.2008 adalah tarikh yang malang bagi Servay Hypermarket dan juga pelanggan pasaraya ini. Sekurang-kurangnya RM30 juta barangan dalam Servay Hypermarket musnah dalam kebakaran pada 7 malam hari tersebut. Jumlah kerugian peniaga-peniaga yang menyewa lot di bangunan ini belum dapat dipastikan lagi kerana belum ada aduan rasmi daripada peniaga sehingga hari ini 22 Ogos 2008.

Kebakaran ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 500 pekerja Servay Hypermarket kehilangan pekerjaan mereka. Sementara itu, para pemilik restoran dan perniagaan berhampiran juga bimbang akan kekurangan pelanggan kerana kebanyakan pelanggan Servay Hypermarket juga merupakan pelanggan mereka. Pemandu bas mini dan teksi turut merasai kehilangan pasaraya ini apabila tiada lagi penumpang yang pergi dan balik dari pasaraya ini. Penumpang bas dan teksi terdiri daripada pekerja dan pelanggan pasaraya tesebut.

Sumber: Daily Express (http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=59529), Servay Hypermarket


Baca penuh...

12 Ogos 2008

0

Liputan Jelas Di mana sahaja

Telefon bimbit secanggih manapun tidak berguna sekiranya tiada liputan di kawasan tersebut. Di dalam lif dan tempat letak kereta di aras bawah tanah merupakan kawasan yang sukar mendapat liputan. Ini kerana di tempat-tempat tersebut satelit pemancar tidak dapat menembusi ruangan tersebut.

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi telefon mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan?

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan telefon 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan garis liputan penuh di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk meningkatkan liputan telefon bimbit anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna telefon bimbit yang menggunakan bateri.

Caranya;

Langkah 1 : 'Off' atau matikan telefon bimbit anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri telefon bimbit anda. Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri telefon anda.

Langkah 3 : 'On' atau hidupkankan semula hp. Periksa garis liputan pada telefon bimbit anda. Semasa telefon anda dihidupkan, pastikan kod 'ID10T' tertera pada skrinnya.

Sekiranya kod 'ID10T' tertera di skrin, telefon anda tidak akan mengalami masalah liputan lagi!
*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit telefon bimbit anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID10T' tidak muncul di skrin telefon bimbit anda.

Kalau masih tidak berjaya, hentakkan telefon bimbit di dahi anda 10 kali sambil berkata "Aku dah terkena ni!".

Wang kertas RM2.00 tidak lagi dicetak disebabkan penyalahgunaan wang ini untuk kerja-kerja tidak berfaedah di atas.


Baca penuh...

11 Ogos 2008

0

Linda Panas di Pasaran

Linda akhirnya dapat merealisasikan hasratnya untuk tampil dengan sebuah album studio Kadazandusun sekaligus memberi isyarat kebangkitannya dalam industri muzik.


Menggunakan namanya sebagai tajuk, album berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Ketua menteri , Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan di 1Borneo Hypermall pada 09 Ogos 2008.

Ketika menyampaikan lagu Upus Tolidang (Kasih Abadi), Linda berusaha mengawal emosinya dan pada masa yang sama menyampaikan lagu itu dengan penuh perasaan. Apa tidaknya, lagu tersebut memberikan sejuta kenangan buat Linda kerana liriknya diterjemah dan disusun oleh ayahnya.

Walaupun sedih dan terkilan kerana ayahnya meninggal dunia seminggu sebelum lagu tersebut sepatutnya dilancarkan yang dijadualkan pada 26 Julai lepas, Linda tetap bersikap positif dalam meneruskan kehidupannya. Linda mengambil segala cabaran sebagai kekuatan untuk memastikan kejayaannya dalam bidang seni.

Linda bertekad mempromosikan albumnya menggunakan syarikat rakamannya sendiri iaitu Linda Nanuwil Entertainment.

Terdapat 10 trek lagu dalam album sulung Kadazandusun Linda yang mana mendapat sentuhan kreatif daripada pemuzik terkenal Roger Wang dan komposer prolific Asmin Mudin. Turut menyumbang kreativiti dalam album ini ialah Mark Paul Baklin, Mackey Apison, Matinin Yukim dan Francis Jainis.

Sementara itu, berucap sebelum melancarkan album itu, Pairin mengucapkan syabas dan tahniah kepada bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2 ini dan turut menggesa generasi muda agar mencontohi sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh Linda. Pairin turut menasihati agar muda-mudi tidak sekadar mengejar populariti semata-mata tetapi sebaliknya mengambil peluang untuk memajukan diri dengan cara menimba ilmu.

Dengan memiliki ilmu barulah industri lagu dan muzik Kadazandusun mampu bersaing sepertimana yang berlaku di negara lain ujar Pairin sambil menambah bahawa industri muzik tempatan perlu mewujudkan jaringan sebagai inisiatif untuk mengetengahkan pelbagai idea untuk membentuk modal insan yang tinggi martabatnya.

Antara kandungan album Linda ialah;
  • Upus Tolidang (Kasih Abadi)
  • Kotohuadan (Terima Kasih)
  • Upus om Langadku (Kasih dan Rinduku)
  • Oi Odu (Oh Nenek)
  • Karamaian Do Kaamatan (Kemeriahan Pesta Kaamatan)
  • Id Tindalanon (Di perjalanan)
  • Mitongkiad Kito (Kita Berpisah)
  • Kisah Cintaku
  • Mitongkiad Kito (versi Radio Edit)
  • Kotohuadan (versi House Mix)
Sumber: Harian Express (Boyd PV, 11 Ogos 2008), Gambar: Koleksi Gambar Artis Malaysia


Baca penuh...

09 Ogos 2008

1

Mudahnya mendapat 10 Ribu

Telefon bimbit saya baru menerima SMS dari +60128138975 seperti berikut;

Congratulations! Nombor Hotlink anda telah berjaya mendapatkan hadiah utama. Cek bernilai RM10,000. dari Power Root (M) Sdn. Bhd. Sila dail 017-8942757. Terima kasih.


Saya telah menghubungi nombor tersebut tetapi pegawai yang menjawab panggilan memutuskan talian setiap kali saya meminta alamat pejabat mereka. Saya membuat panggilan ke Power Root (M) Sendirian Berhad di nombor 07-386 6868 tetapi tiada jawapan (pejabat tidak dibuka pada hari Sabtu).

Saya telahpun menghantar e-mel ke syarikat berkenaan untuk memohon maklumat lengkap promosi tersebut.

WYSIYG: Tunggu telefon bimbit saya dapat RM10 ribu ni. Saya belanja semua yang membaca blog ini.


Baca penuh...

05 Ogos 2008

0

Penghantar Surat Menemui Lubuk Emas

“Betapa bahayanya nyawa penghantar surat. Saya melihat di hadapan mata, beberapa orang kawan mati di tengah jalan raya. Surat bertaburan sedangkan tubuh tergolek kaku tidak bernyawa. Alangkah murahnya nyawa penghantar surat.” katanya.
Roslan mengakui bahawa ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang kasut Bata bukanlah tidak mempu membiayai pelajarannya tetapi dia sendiri yang malas belajar lalu menamatkan pelajaran sehingga tingkatan tiga sahaja. Walaupun tidak berpelajaran tinggi, Roslan seorang yang rajin berniaga, berkebun dan melakukan bermacam-macam pekerjaan termasuklah bekerja di kilang.


Walaupun telah bekerja sebagai penghantar surat, Roslan masih melakukan kerja-kerja lain seperti berniaga burger, berniaga buah-buahan dan menjual air kotak di Tasik Titiwangsa.
Roslan bin Basir juga bersikap negatif ketika mula-mula diberikan peluang perniagaan CNI oleh dua orang adiknya, Murad dan Jailani kira-kira 12 tahun yang lalu. Ketika itu, beliau belum pernah bergaul dan melihat perkembangan individu yang membuat kerjaya jualan langsung.
Ketika adiknya bercerita tentang keistimewaan CNI , beliau tidak mempercayainya. Adiknya pun tidaklah berkereta tetapi cuma bermotorsikal. Murad telah menyuruh abang mereka iaitu Jailani untuk menajanya.

Roslan yang bekerja sebagai penghantar surat di Kuala Lumpur, memulakan perniagaan CNI dengan menjual beberapa barangan yang berharga rendah. Dia terpaksa berdikari memandangkan Murad dan Jailani berada di Klang. Ramai jiran yang memandang negatif dan mengatakan bahawa mana mungkin keluarga miskin noleh menjadi kaya dengan masuk CNI. Apabila mendapat cacian seperti itu, Roslan berehat dan menenangkan fikiran selama sejam atau dua jam. Kadang-kadang dia duduk di Taman Titiwangsa pada waktu tengah malam memikirkan cacian masyarakat yang mengatakan keluarganya gila dan menipu masyarakat.

“Ada juga rakan-rakan yang menggelar saya bomoh, doktor dan sebagainya dengan tujuan memperolok-olokan saya. Tetapi saya jadikan kata-kata mereka sebagai dorongan . Kawan-kawan pulaukan saya. Bila saya datang, mereka tinggalkan saya. Saya tidak kisah kerana saya fikir, kalau saya susahpun mereka takkan tolong. Habis-habis mereka bertepuk tangan, caci kita yang malas.”

“Bagi saya, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan. Alang-alang mandi biar basah. Kalau sudah mengorak langkah ke hadapan, jangan cuba berundur.” katanya
Menurutnya, pada tahun 1998 kegawatan ekonomi telah melanda Malaysia. Ramai pengedar kehilangan pekerjaan. Mereka yang bersikap pesimis menyangka bahawa peluang itu masalah, tapi orang optimis seperti Roslan menganggap masalah itu peluang. Ketika zaman kegawatan tersebut, beliau meningkatkan usaha. Ramai orang menyangka, inilah zaman kejatuhannya. Dalam kegawatan, orang lain menjual kereta tetapi dia menukar kereta daripada Mercedes C200 kepada E230 yang cuma berharga RM300,000.00 pada masa tersebut.

“Pada bulan ogos 1999, saya mendapat tabung rumah CNI yang pertama dan ini membuktikan CNI dalam apa jua keadaan boleh menjadikan kita berjaya. Downline yang telah mulai lemah semangat kini bersemangat semula. Fokus saya kini ialah membantu lebih ramai kawan-kawan untuk menjadi seperti saya.”

“Apa jua halangan adalah sama sahaja. Jangan ingat kalau kita sudah berjaya, tiada halangan. Tetapi cara dan gaya hidup lebih selesa berbanding dulu. Orang lain memang tergelak melihat kita jatuh tetapi kita berjaya, kita seronok dan orang lain tengok sahaja.”

Beliau mengakui, kehidupannya kini telah jauh berubah berbanding 12 tahun yang lalu. Kini beliau mempunyai lebih banyak masa lapang dan sering melancong, rezeki yang melimpah, dilindungi insuran dan kemudahan perubatan yang lebih baik. Dia juga berharap agar anak-anaknya akan belajar setinggi yang boleh kerana wang baginya bukan lagi masalah. Dia tidak mahu anaknya tidak berpelajaran sepertimana dirinya dahulu.

Walaupun perniagaan CNI telah memberi banyak perubahan dalam kehidupan Roslan, tetapi beliau masih belum puas. Menurutnya, orang yang berpuas hati akan mundur dan tertinggal ke belakang. Beliau tidak mahu mengulangi kehidupannya semasa tinggal di flat Gombak yang berharga RM22,000.00 yang mana dibeli secara berkongsi dengan isterinya Puan Faridah binti Nordin. Ketika itu, dia dan isteri masih sama-sama bekerja. Isterinya bekerja syif di Jabatan Farmasi, Pusat Rawatan Islam sebelum mereka bersama-sama mengambil keputusan berhenti kerja setelah dua tahun menceburi perniagaan CNI. Ini bermakna, mereka telah membeli kebebasan selepas dua tahun berjuang dalam CNI.

“Berniaga di pasar malam, bukan semua orang mampu tetapi dalam CNI tidak memerlukan banyak modal dan masa. Apa yang penting ialah sudi mengisi ilmu ke dalam dada sendiri dan kemudian memberikan kefahaman kepada orang lain. Kajian mendapati industri jualan langsung kini berada di tempat teratas dalam abad ke-21 ini kerana masyarakat lebih menumpukan kepada pemakanan kesihatan yang mana disebarkan menerusi industry jualan langsung. Hari ini, kalau kita tidak menyertai industri jualan langsung, lambat laun kita pasti akan menyertai juga.”


Baca penuh...

02 Ogos 2008

0

Senyum Kambing




Sumber: www.utusan.com.my





Baca penuh...

28 Julai 2008

0

Pandanglah ke Hadapan


... dan lihat ke bawah.






Baca penuh...

24 Julai 2008

1

Proton Perdana Berkualiti Bahasa Melayu

Kenapa Proton Perdana tidak berkualiti dan maju seperti Bahasa Jerman? Kenapa Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) tidak setanding kualiti Mercedes Benz?

SESUATU mesti dilakukan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia kerana terdapat LEBIH 12 SEBAB KENAPA BAHASA MELAYU (Bahasa Malaysia) gagal dimartabatkan setelah 51 tahun Negara mencapai kemerdekaan!

  1. Sikap orang Melayu sendiri mengagung-agungkan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris (BI).
  2. Pemimpin tidak bertutur dalam Bahasa Melayu baku (Bahasa Malaysia) semasa majlis rasmi mahupun semasa bermesyuarat termasuklah semasa bersidang di parlimen.
  3. Kerajaan tidak mempunyai dasar yang jelas dan tetap dalam memartabatkan Bahasa Malaysia (BM).
  4. Bahasa Malaysia tidak menjadi bahasa perpaduan iaitu kebanyakan pihak swasta menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dan urusan surat-menyurat sedangkan pihak kerajaan menggunakan Bahasa Malaysia.
  5. Tiada saluran TV yang menggunakan Bahasa Malaysia 100% baku. (Orang Sabah dan Sarawak boleh memahami dialog seperti yang dituturkan dalam filem-filem era 60-an terutama filem Tan Sri P. Ramlee, tetapi tidak lagi memahami filem zaman sekarang. Fikir-fikirkanlah!)
  6. Tiada orang Melayu yang ikhlas mempertahankan kedaulatan Bahasa Malaysia.
  7. Penggunaan istilah 'Bahasa Melayu' yang tidak dipersetujui oleh kaum lain (Cina, India, Kadazandusun, Iban dll) menyebabkan Bahasa Malaysia (bahasa yang diperkayakan istilah dari semua bahasa di Malaysia) turut tidak mendapat sambutan.
  8. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dipandang sebelah mata bukan sahaja oleh agensi swasta tetapi juga oleh agensi kerajaan sendiri.
  9. Siapa mahu pandang Bahasa Malaysia! Ianya sekadar bahasa yang melayakkan seseorang boleh bekerja dengan agensi kerajaan. Bahasa ini tiada martabat dalam industri lain (perniagaan, pelancongan dsb.).
  10. Bangsa lain seperti Jepun dan China bangga dapat bertutur Bahasa Malaysia tetapi bangsa Malaysia sendiri bertutur dalam Bahasa Indonesia (atau bahasa rasmi negara lain).
  11. Wawancara oleh wartawan berbahasa Malaysia dijawab dalam bahasa Inggeris oleh artis Melayu (termasuk juga orang ramai yang dilahirkan di Malaysia).
  12. Pada pendapat saya, Bahasa Melayu adalah bahasa yang dituturkan oleh orang-orang Melayu menggunakan perkataan-perkataan setempat seperti perkataan apo (apa), saye (saya), hang (engkau), sape (siapa) dan lain-lain. Apabila orang Melayu ini bertutur dengan orang Sabah dan Sarawak (yang menggunakan sebutan baku), mereka tidak berkompromi untuk menggunakan Bahasa Malaysia tetapi sebaliknya meneruskan perbualan dalam bahasa Melayu dialek negeri masing-masing. Orang Sabah dan Sarawak semestinya terpinga-pinga mendengar pertuturan kaum Melayu ini kerana tidak memahami.
  13. Guru Seemenanjung Malaysia tidak bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan betul. (Guru semenanjung kalau mengajar Bahasa Malaysia, biasanya membaca dalam loghat semenanjung. Beginikah sikap seorang guru? Saya istilahkan sebagai ‘udang mengajar ketam berjalan dengan betul’!)
  14. Papan tanda berbahasa Malaysia tidak dapat difahami oleh kaum lain selain Melayu. Maka perlunya papan tanda dalam tulisan atau bahasa lain.
  15. Papan tanda yang ditulis dalam BM tidak jelas maksudnya dan perlu ditulis dalam dwibahasa samada BI atau bahasa lain.
  16. Risalah yang ditulis BM tidak sah sebagai rujukan. BI menjadi bahasa rujukan jika terdapat kekeliruan.
  17. Dalam sistem perundangan, BI tetap menjadi rujukan yang sah.
  18. Surat yang dikeluarkan oleh peguam ditulis dalam BI mencerminkan BM tidak layak sebagai bahasa perundangan
  19. ‘Welcome to..” lebih mudah dan jimat kos penulisan berbanding “Selamat Datang Ke…’
  20. Nama-nama kedai ditulis dalam tulisan lain (dan bahasa lain) walaupun ianya didaftarkan di Malaysia.
  21. Belum pernah ada pemimpin yang berjuang menguatkuasakan penggunaan Bahasa Malaysia sekalipun Menteri Pelajaran ataupun Menteri Kebudayaan. Perjuangan dilakukan bersendirian oleh sasterawan.
  22. Istilah yang lebih menyatupadukan adalah Bahasa Malaysia dan bukannya Bahasa Melayu. Ini kerana orang-orang Melayu sendiri kekurangan istilah (maknanya miskin bahasa) Disebabkan itu, istilah Bahasa Malaysia lebih sesuai digunakan apabila ianya mulai meminjam bahasa sukuan dan bahasa-bahasa kaum lain.
  23. Penggunaan istilah Bahasa Melayu dengan jelas menafikan hak kaum lain untuk berkongsi membangunkan Bahasa Malaysia.
Cadangan;

Gunakanlah satu Bahasa Malaysia yang disebut dengan betul seperti yang ditulis dalam BUKU TEKS di sekolah demi perpaduan satu bangsa Malaysia.


Baca penuh...

15 Julai 2008

0

Singing a happy song

Blogger paling tua, Olive Riley meninggal dunia pada 12 Julai 2008 tetapi tulisannya tetap dibaca dan diberi komen sehingga ke hari ini. Beliau yang meninggal dunia pada usia 108 berjaya menulis 74 bahan dalam blognya http://www.allaboutolive.com.au. Seorang rakan memperkenalkan blog kepada Riley awal tahun lalu dan beliau begitu asyik dengannya.


'Singing a Happy Song' merupakan tulisannya yang ke-72 akan menjadi memori bukan sahaja kepada cicitnya tetapi juga kepada blogger sedunia.

Gajah mati meningalkan gading yang boleh digunakan oleh manusia. Manusia meninggal meninggalkan nama yang baik untuk dikenang.


Baca penuh...

10 Julai 2008

2

Kelawar Dalam Coli

Semalam saya menerima penggilan dari seorang bekas rakan sekerja yang memerlukan bantuan supaya saya meneliti semula rekod kehadiran kerjanya. Dia kini bertugas di jabatan lain dan gajinya juga dibayar oleh jabatan tersebut.

"Masalah kewangan saya ini agak serius. Gaji saya mulai dipotong dan hanya menerima kira-kira RM300.00 sebulan. Saya menyesal bekerja di..(nama jabatan lamanya)" katanya.

Apabila saya meneliti semula rekod kehadirannya, saya tidak terkejut memandangkan selama dia bekerja bersama saya, purata kehadiran penuh di pejabat dalam sebulan adalah 6 hari. Gajinya mula dipotong kerana pemotongan tidak pernah dilakukan semasa dia bekerja di jabatan lamanya.

Saya cuma meneliti rekod kehadirannya dalam tahun kebelakangan. Bayangkan kalau saya merujuk tahun-tahun yang sebelumnya. Mungkin juga disebabkan TIADA TINDAKAN TATATERTIB dikenakan kepadanya semasa bekerja di jabatan lamanya menyebabkan dia tidak kisah dengan rekod kehadirannya di pejabat.

Dia sepatutnya bersyukur kerana menerima gaji untuk kerja-kerja yang tidak dilakukannya dan juga tidak dikenakan denda untuk kerosakan-kerosakan yang disebabkannya.

Kisahnya lebih berkait dengan kisah remaja yang sedar adanya kelawar di dalam colinya hanya selepas lima jam. Kisah ini dipetik dari Berita Harian 9 Julai 2008. Berikut kisahnya;

Seorang remaja di London terkejut mendapati seekor kelawar bersembunyi di dalam coli yang dipakainya selama lima jam. Abbie Hawkins, 19, penyambut tetamu sebuah hotel menyangka benda yang bergetar di dalam colinya adalah telefon bimbit tetapi terkejut apabila menyedari bahawa ia adalah seekor haiwan kecil.

Nasib baik juga kelawar tersebut tidak menggigit kulitnya. Kelawar itupun bernasib baik kerana belum mati kelemasan di dalam coli.


Baca penuh...

01 Julai 2008

0

Jangan Pandang Resit

Selepas sahaja ke majlis perkahwinan adik saudara di Tuaran pada 28 Jun, kami berempat (adik, seorang adik saudara dan emak) berkunjung ke rumah kakak di Taman Ketiau, Putatan.
Sudah lama tidak berjumpa kakak yang baru balik dari bekerja di Kuala Lumpur. Nampaknya si cilik Nana & Sasha akan mendapat adik baru tidak lama lagi.

Hampir sejam kami berada di situ sambil menyelongkar stor dan membawa bahan-bahan sejarah yang kami tinggalkan di Taman Jumbo dahulu. Ada diantara barang ini merupakan barang kami (adik-adiknya) dan yang lain merupakan barang mereka yang mahu dilupuskan. Walaupun kebanyakan barangan adalah terpakai tetapi kami fikir ianya masih boleh digunakan dan ianya bolehlah diberikan kepada sesiapa yang memerlukan. Adik saya bercadang memberikan sebahagian barang-barang tersebut kepada anak muridnya di sekolah.

Sebelum balik ke Tambunan, adik saya singgah di Kompleks Karamunsing untuk membeli laptop dan barang-barang keperluan dapur. Saya pula terus bergegas ke restoran KFC. Saya mahu memesan lima set nasi dan ayam kentaki tetapi hampa setelah hampir setengah jam berbaris (3 buah kaunter dibuka) kerana apabila sampai giliran saya, nasi telahpun habis. Saya memesan menu lain untuk dibawa pulang.


Saya kemudiannya ke sebuah pasaraya yang terkenal dengan slogan jimat dan murah. Oleh kerana adik saya telah menunggu di keretanya, saya harus membeli-belah dengan segera. Tanpa melihat harga, saya mengambil sebungkus mee segera (kawan di rumah pesan), dua biji epal china dan 4 tin minuman ringan (325ml).

Sesampainya di kaunter juruwang, saya meletakkan barang-barang tersebut dan juruwang mengira harganya. Saya terkejut apabila dipaparkan harga RM 23.90 dalam mesin tunai juruwang tersebut lalu saya bertanyakan mengenai harga mee. Saya bertambah terkejut apabila juruwang menyatakan harganya RM14.00 dan saya membatalkan pembelian mee tersebut. Juruwang tersebut kemudiannya memanggil penyelia mereka untuk membantu membatalkan senarai tersebut daripada mesin tunai.

Saya kemudian membayar untuk 2 biji epal dan 4 minuman tin tersebut berharga RM 9.90.
Saya menyimpan resit ke dalam beg plastik minuman dan memberikan kepada emak. Namun sekembalinya di Labuan pada 30hb Jun, saya mulai merasa pelik dengan harga keseluruhan barangan tersebut.

Kesal juga kerana tidak menyimpan resit pembelian tersebut.


Baca penuh...

26 Jun 2008

0

Cukup untuk makan tengahari


Saya tetap gembira walaupun memperolehi cek yang kecil dalam beberapa pelaburan. Mungkin bagi sesetengah orang cek seperti ini akan diperam sahaja sehingga tarikh luput. Bagi saya, sebelum dimasukkan ke akaun bank, saya mengambil kesempatan untuk imbas dan kongsi kepada rakan-rakan.

Sebelum cukai dikenakan, saya sepatutnya menerima RM 18.10 untuk ketiga-tiga pelaburan itu. Pendapatan pertama dikenakan cukai 15% iaitu RM 1.30 manakala yang kedua RM 1.87 (26%). Pendapatan ketiga tidak dikenakan cukai kerana nilainya cuma RM 2.24.

Saya membayar cukai sebanyak RM 3.17.



Saya diberikan 3 keping cek berjumlah RM15.23. Saya akan menghantar ketiga-tiga cek itu ke bank menggunakan bas (langkah jimat). Tambang bas ke bank adalah RM 4.00, pergi dan balik.

Setiap cek akan dikenakan caj RM 0.50. Maknanya caj keseluruhan ialah RM 1.50.
Saya masih gembira kerana menambah nilai ke akaun bank sebanyak RM9.73 untuk 3 cek tersebut. Wang itu nanti bolehlah digunakan untuk sekali makan tengahari - nasi campur lauk ikan, sedikit sayur dan minum lemon teh ais.



Baca penuh...

23 Jun 2008

0

Cikgu Suratkhabar Jadi Jutawan

“Saya tidak pernah bermimpi mampu menikmati kehidupan seperti sekarang. Terdapat tiga rahsia kejayaan yang membantu kejayaan saya iaitu yang pertama ialah berkongsi ilmu, jujur dan saling membantu. Rahsia yang kedua ialah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Bersyukur dengan cara menyebarkan ilmu perniagaan dan memberi bantuan kepada yang ingin Berjaya. Rahsia yang ketiga ialah patuh kepada orang tua . Rezeki amat berkat dengan adanya restu orang tua.” katanya seperti yang dicatatat dalam buku berjudul Bintang-bintang MLM Malaysia, oleh Webah dan Rudy.

Shamsul Ali b. Harabayni tidaklah asing bagi pengedar-pengedar jualan langsung di Malaysia kerana beliau menterjemahkan kata-katanya di atas dalam kehidupan sehariannya. Gelaran sebagai Cikgu Surat Khabar tidak mematahkan semangatnya malah menganggap gelaran itulah yang menjadikan dirinya popular. Mengimbas kembali bagaimana gelaran itu diperolehi, Cikgu Shamsul menceritakan bahawa gelaran itu mulai melekat dalam dirinya kerana turut mengambil upah mengedar suratkhabar semasa di sekolah. Dia harus bangun seawal jam 4 pagi untuk mengambil suratkhabar dari kilang pencetak dengan menggunakan motorsikalnya. Kemudian dia akan menyusun suratkhabar itu sebelum mengedarkan kepada pelanggan dan orang ramai.

Cikgu Shamsul menyertai CNI kerana saranan ayahnya. Walaupun ayahnya tidak memaksa tetapi dia tahu, jika orang tua yang mengesyorkan maknanya perkara itu baik. Namun Cikgu Shamsul menjadi resah kerana tidak mempunyai RM50.00 sebagai yuran keahlian. Mujur sahaja ayahnya faham lalu membayarkan untuknya. “Tebalnya muka menahan malu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sudah besar panjang, jadi guru pula, RM50.00 pun tidak ada.” katanya.


Langkah pertama yang dilakukannya ialah membaca dan memahami rancangan perniagaan tetapi bagaimana dia membacanya kerana rancangan perniagaan dan buku produk kesemuanya dalam tulisan Cina. Dia mulai rapat dengan uplinenya iaitu Encik Wong. Sekiranya Encik Wong sibuk, dia akan pergi sendiri ke stokis menggunakan motorsikalnya untuk membeli barangan CNI.

Bukanlah mudah untuk menerangkan produk CNI pada masa itu kerana semua label dan tulisan ditulis dalam tulisan Cina. Namun pengalamannya sebagai guru digunakan untuk meyakinkan pelanggan-pelanggannya.

Cikgu Shamsul cuma menetapkan satu matlamat iaitu membantu mengubah kehidupan keluarga. Dia mahukan ibu dan ayahnya hidup senang. Jika tidak sampai kaya, memadailah jika mampu hidup selesa kerana gaji sebagai guru masih tidak mampu meringankan bebanan keluarga. Sebagai anak sulung dalam keluarga, Cikgu Shamsul memegang tanggungjawab penuh terhadap adik-adik. Sudah tentulah keadaan ini yang membakar semangatnya untuk terus berusaha.

Selepas enam tahun mengajar di sekolah dengan gaji mencecah RM1,000.00 sebulan, Cikgu Shamsul akhirnya membuat pilihan berhenti mengajar di sekolah. Sebelum memilih keputusan tersebut, Cikgu Shamsul bertanya pendapat ramai orang termasuklah ayahnya, guru besar, imam dan rakan sejawatan. Mereka mengesyorkannya untuk berfikir masak-masak. Ketika itu bonusnya kira-kira RM14,000.00 sebulan dan dia mahu mencapai lebih banyak kejayaan lain.

Baginya, konsepnya perniagaan ini tidak jauh berbeza berbanding pekerjaannya sebagai guru. Cikgu Shamsul mahu menyebarkan ilmu supaya lebih ramai orang dapat bebas daripada belenggu kemiskinan dan kesusahan. Walaupun sudah ramai yang dilatih dan berjaya, tetapi dia tetap menghadapi masalah untuk meyakinkan ahli keluarga lain untuk turut serta.

Selepas meletak jawatan, dia mendirikan rumahtangga dengan Halijah bt. Che Ahmad yang juga bekerja sebagai guru. Namun dia tidak pernah memasukkan isterinya dalam dunia CNI. Biarlah isterinya meneruskan kerjayanya sebagai guru kerana Shamsul juga masih berkecimpung dalam dunia pendidikan – bezanya dia mengajar orang menjadi lebih berjaya dalam perniagaan.

Walaupun kini Cikgu Shamsul memiliki dua wisma CNI berharga RM500,000.00, dia belum bercadang mewariskan perniagaan kepada anak-anaknya yang masih kecil. Biarlah mereka sendiri yang menentukan kerjaya dan masa depan mereka, katanya.

Rujukan: Bintang-bintang MLM Malaysia


Baca penuh...

20 Jun 2008

0

Lewat Sebulan Kena Potong

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan sedang bersiap sedia untuk tidur apabila apabila si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
"Yayang, period Ayang dah lewat sebulan, tapi Ayang tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira itupun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu kepada sesiapapun tentang perkara tersebut sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh seorang pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Perbualan berikut pun berlaku;

Pegawai TNB: Betulkah ini rumah encik Gapus?
Puan Gapus: Ya encik, saya isterinya. Ada apa encik?
Pegawai TNB: Puan, kali ini sudah sebulan lewat. Kami tidak boleh tunggu lagi.
Puan Gapus (dengan nada terkejut): Apa??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni dah sebulan lewat???
Pegawai TNB (selamba): Puan, inikan zaman IT. Semua maklumat ada dalam komputer dan kita boleh periksa online.
Puan Gapus (dengan nada lebih terkejut): Apa??? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???
Pegawai TNB: Bertenang puan. Ini baru kali pertama lewat sebulan dan kami akan bertimbangrasa. Ada juga yang lewat 5 - 6 bulan dan sudah berkali-kali.
Puan Gapus (gaya terperanjat beruk): Nanti saya berbincang dengan suami saya.

Lalu pegawai TNB itupun beredar dari situ.


Keesokkan harinya encik Gapus mengambil sijil cuti sakit (MC) dari klinik berhampiran. Dalam sijil cuti sakitnya ditulis penyakit PENING KEPALA. Sebenarnya encik Gapus hendak ke pejabat TNB selepas diberitahu oleh isterinya tentang kejadian semalam.

Setibanya di pejabat TNB, tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB dan orang ramai di situ, diapun memekik, "Apa korang ni, isteri saya baru kali pertama lewat sebulan pun nak heboh ke dalam internet. Awak ni yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke... Hah??? Bisness apa korang buat ni?? Nak kena saman ke?"

Lalu pegawai yang datang ke rumah encik Gapus semalam berdiri dengan tenang dan mententeramkan keadaan dengan berkata, "Bersabar encik. Jangan susah. Kalau encik hendak selesaikan perkara ini, bayar sahaja sekarang."

Kata-kata pegawai TNB itu membuatkan encik Gapus bertambah berang maka terjadi pula perbualan berikut;

En. Gapus: Apa??? Nak bayar korang??? Huh! Jangan harap!
Pegawai TNB: Kalau begitu, kami tiada pilihan lain kecuali terpaksa potong encik punya...
En. Gapus (mencelah): Apa?? Potong?? Abih tu isteri saya di rumah macam mana?? Kami nak pakai apa nanti??
Pegawai TNB: Nampak gayanya, isteri encik terpaksa pakai lilin. Encik juga perlu lebih berhati-hati semasa menggunakan lilin.
En. Gapus: ??

(Sumber: E-mel oleh inketiau.blogspot.com)
WYSIYG KATA: "Membayar bil elektrik lebih baik daripada membeli MC."


Baca penuh...

13 Jun 2008

0

Terbesar di Malaysia Timur

Sebaik sahaja tiba di Imperial International Hotel pada pukul 9:00 pagi, saya dan beberapa orang rakan bergegas ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Tiada sesiapa yang menghadiri pendakwaan pada hari ini melainkan cuma menaiki City Bus untuk ke 1 Borneo.

Tambang RM1.00 untuk perjalanan sejauh 8 kilometer dikira berbaloi dengan keselesaan bas yang lengkap dengan pendingin hawa. Setibanya di 1 Borneo, kami terus meluru masuk bersama ratusan pengunjung yang agaknya baru berkunjung kali pertama (sama seperti kami).

Selepas 2 jam berlegar-legar di dalam bangunan 1 Borneo, kami berpuas hati dan kembali semula ke Warisan Square menggunakan perkhidmatan bas ulang alik 1 Borneo (shuttle bus). Menurut pemandu bas 1 Borneo, pusat membeli-belah ini telah dibuka kepada orang ramai sejak seminggu yang lepas.

Bagi saya, senibina moden 1 Borneo ini seharusnya turut dihiasi dengan hiasan dalaman berunsurkan kebudayaan di Borneo supaya ianya mempunyai identiti tersendiri berbanding meniru keseluruhan konsep dari luar negara.


Baca penuh...

12 Jun 2008

0

Jejak Jutawan

Jadual Program Jejak Jutawan

Nama Jutawan: Karim Rahmat Abdul Rani

  1. 16 Jun 2008 (Isnin) - 8:00 PM - Pusat Pengedaran CNI Labuan
  2. 17 Jun 2008 (Selasa) - 8:00 PM - Rumah Encik Hazizul (Kg. Ganggarak)
  3. 18 Jun 2008 (Rabu) - 8:00 PM - Rumah En. Amrie (Taman Bedaun)
  4. 19 Jun 2008 (Khamis) - 8:00 PM - Rumah Puan Dayang
  5. 20 Jun 2008 (Jumaat) - 2:00 PM - Rumah Puan Juliana
  6. 20 Jun 2008 (Jumaat) - 8:00 PM - Rumah Encik Rosli
  7. 21 Jun 2008 (Sabtu) - 10:00 AM - Rumah Puan Siti Aslinda
  8. 21 Jun 2008 (Sabtu) - 2:00 PM - Rumah Puan Aminah
  9. 22 Jun 2008 (Ahad) - 8:00 AM - 5:00 PM - Kursus SNP, Labuan Training Centre
Orang ramai dijemput hadir ke program-program yang akan dijalankan di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas.


Program-program lain

1. Seminar Peluang Perniagaan (Percuma)
  • Tarikh / masa: 27 Jun 2008 (Jumaat) / 3:00 PM - 5:00 PM
  • Tempat: Rumah Encik Hazizul (Kg. Ganggarak)
2. Hari Keluarga CNI Labuan
  • Tarikh / masa: 06 Julai 2008 (Ahad) - 8:00 AM - 1:00 PM
  • Tempat: Pancur Hitam
  • Aktiviti: Pelbagai sukaneka yang boleh disertai oleh masyarakat, pameran produk kesihatan
  • Objektif: Merapatkan hubungan usahawan CNI Labuan dengan masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan Labuan
  • Orang ramai dijemput hadir dan menyertai aktiviti. Terdapat hadiah menarik menanti anda.

Sumber gambar: Cyber Ant Network




Baca penuh...

11 Jun 2008

0

Kadazan Dusun Murut

Bamboo-view vocabulary is a venue to collect as many Kadazan Dusun Murut words (Sabah local language) and most commonly used dialogue to provide online search and learning for everyone and also for travelers.

Bamboo-view welcomes everyone to contribute their words and knowledge to this community. Please login / register to contribute your words.

REGISTRATION: Currently can be made through : http://www.bamboo-view.com/gallery/.




Perbendaharaan kata Bamboo-view adalah satu tempat untuk mengumpul kata-kata Kadazan Dusun Murut (Bahasa tempatan Sabah) dan pertuturan yang sering digunakan demi menyediakan pencarian dalam talian dan pembelajaran untuk semua orang serta untuk kemudahan para pengembara dan pelancong.

Bamboo-view mengalu-alukan semua orang untuk menyumbang kata-kata dan pengetahuan mereka untuk faedah masyarakat. Sila log masuk / mendaftar untuk menyumbangkan perkataan.

PENDAFTARAN boleh dilakukan melalui http://www.bamboo-view.com/gallery/


Baca penuh...

05 Jun 2008

0

Tiada yang naik minyak

Pengumuman Pak Lah semalam mengenai kenaikan harga minyak berkuatkuasa hari ini adalah sesuatu yang melegakan semua pihak selepas menunggu desas-desus kenaikan yang dijangka dikuatkuasakan mulai Ogos ini. Walaubagaimanapun penantian kita tidaklah lama dan semestinya tidak membosankan kerana semua desas-desus tersebut akhirnya terjawab selepas dua hari berlegar-legar ditiup angin media.
Kenaikan minyak itu menjadikan lebih ramai warga pemandu belajar bersabar dengan sanggup menunggu giliran lebih sejam berbaris sepanjang 2 kilometer di stesen-stesen minyak di seluruh negara untuk mengisi minyak buat kali terakhir sebelum kenaikan dikuatkuasakan. Sebaik sahaja jam menunjukkan angka 00:00 pada malam tadi, beratus-ratus orang pemandu di Labuan (dan mungkin juga di seluruh negara) yang masih menunggu giliran terpaksa akur dan memandu pulang ke rumah dengan perasaan hampa sebaik sahaja mesin pengepam minyak dihentikan untuk penyelarasan harga baru tersebut. Harga petrol di negara ini telah dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel dinaikan sebanyak RM1 iaitu daripada RM1.58 seliter kepada RM1.58.


Walaubagaimanapun, kenaikan tersebut tidak menjejaskan pengguna minyak pelincir Motobest malah pengguna setia minyak pelincir jenama terkemuka ini akan mendapat faedah penjimatan yang lebih. Selain faedah penjimatan penggunaan minyak atas pemakaian minyak pelincir Motobest, faedah penjimatan dari segi penyelenggaraan juga diperolehi oleh pengguna minyak ini. Ini kerana setiap 10,000 kilometer, anda cuma perlu menukar penapis minyak sekali sahaja berbanding minyak pelincir biasa yang perlu ditukar setiap 5,000 kilometer.

Kuasa MAS yang terdapat dalam minyak enjin Motobest sudah tentu merupakan pilihan bijak kepada para pemilik kenderaan yang mengharapkan prestasi dan kuasa enjin. Kuasa M (Metal Treatment) - memberikan perlindungan 5 kali ganda berbanding minyak pelincir biasa sepanjang waktu enjin dihidup dan dipanaskan.

Kuasa A (Additives) dengan 8 agen yang luar biasa hebat dan berkesan untuk mencegah pembentukan karbon, asid sulfurik, minyak kotor, kanji dan pengoksidaan minyak enjin di samping mengekalkan kelikatan minyak enjin. sementara kuasa S (Synthetic) iaitu minyak sintetik yang bermutu tinggi mengelakkan pembentukan karbon dan pengoksidaan minyak kotor. Minyak sintetik ini bertahan sekurang-kurangnya 10,000 km.

Minyak enjin Motobest ini sesuai untuk semua jenis enjin samada petrol ataupun diesel. Anda juga akan mendapati kenderaan anda lebih cekap, jimat minyak dan lebih senyap apabila menggunakan Motobest.

Pautan Promosi: CNI Motobest Engine Oil



Baca penuh...

26 Mei 2008

1

Arghhh...

Sudah sebulan saya mencuba memecahkan Secret Message ini. Secret Message ini dihantar ke H/P saya oleh seorang rakan.

Try 2 solve what it mean: ICE+MOON+I+SUN-NOON+SPEED-E+RUN-RED-CUP+D-END-U+YOUR-R?
Sms me the answer.
Sesiapa yang dapat memecahkan kod tersebut, tulis di komen/ulasan. Terima kasih.


Baca penuh...

25 Mei 2008

3

Tambunan ~ Dekat dengan Tokyo, Jepun

Tambunan, 66km dari Tokyo, Jepun.
Gambar dari: Tong Ku Yuh


Baca penuh...